Peningkatan Kes Covid 19 Kelantan Seru Rakyat Buat Solat Hajat


MALAYSIAKINI

Kerajaan Kelantan menyeru rakyat negeri itu mengadakan solat hajat susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.
Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob menyeru rakyat Kelantan berbuat demikian susulan penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 16 April hingga 29 April serta kewujudan beberapa kluster baharu yang semakin membimbangkan.
“Sepanjang tempoh PKP ini, semua rakyat diminta untuk mengadakan solat hajat di masjid dan kediaman masing-masing, memperbanyakkan bacaan al-Quran dan bersedekah.
“Mudah-mudahan dengan amalan taqarrub (menghampirkan diri kepada Allah) tersebut dan dengan keberkatan bulan Ramadan wabak ini dapat dibendung,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Tambahnya lagi, negeri Kelantan telah mencatat kadar kebolehjangkitan paling tinggi di Malaysia iaitu 1.32 berbanding kadar kebangsaan 1.19.
Pada masa sama, masih terdapat 2,627 sampel yang belum mendapat keputusan ujian selain kakitangan kesihatan juga berdepan masalah fasiliti yang terhad.
“Lebih membimbangkan lagi, penggunaan katil hospital dan PKPRC semakin meningkat. Sebanyak 23 peratus kes dikesan tidak melibatkan kontak rapat yang mana menunjukkan jangkitan dalam komuniti yang sangat tinggi,” katanya.
Dia juga berkata penutupan sekolah turut dilaksanakan bagi mengurangkan penularan wabak ini.
“Langkah penutupan sekolah-sekolah dalam kawasan PKP terpaksa dilaksanakan berikutan 30 peratus jangkitan adalah dalam kalangan warga sekolah.
“Sehubungan dengan itu, beberapa langkah akan dimabil bagi mengatasi penularan di tempat kerja, sekolah, masjid dan komuniti,” katanya.
Hari ini Malaysiakini melaporkan penutupan semua sekolah membabitkan tujuh daerah di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) di Kelantan bermula hari ini sehingga Khamis. 
Sementara itu, Ahmad mengingatkan rakyat negeri Kelantan agar sama-sama mengambil peranan untuk membendung penularan wabak ini.
“Kerajaan negeri juga menyeru kepada seluruh rakyat negeri Kelantan dan semua pihak untuk sama-sama mengambil peranan dan tanggungjawab bagi membendung penularan dengan memastikan saranan serta SOP yang ditetapkan sentiasa dipatuhi.
“Semoga Allah SWT memberi perlindungan dan kesejahteraan kepada negeri Kelantan daripada wabak Covid-19,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/peningkatan-kes-covid-19-kelantan-seru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Kelantan Catat Kes Tertinggi Dengan 662 Kes

Covid 19 Kelantan Catat Kes Tertinggi Dengan 662 Kes

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 245 hits
Malaysiakini Jangkitan Covid 19 di engara ini terus meningkat apabila sebanyak 2 875 kes positif direkodkan setakat tengah hari tadi Daripada jumlah itu Kelantan merekodkan angka tertinggi iaitu sebanyak 662 kes diikuti Selangor dan Sarawak...
Apa Punca Sebenarnya Peningkatan Kes Covid 19

Apa Punca Sebenarnya Peningkatan Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 270 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan sebanyak 2 148 kes positif baharu Covid 19 pada Khamis 15 April 2021 iaitu tertinggi sejak 40 hari lalu Adakah peningkatan ini disebabkan terdapat kes seorang selebriti ter...
Jumlah Kes Baharu Covid 19 Di Thailand Terus Melonjak

Jumlah Kes Baharu Covid 19 Di Thailand Terus Melonjak

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 251 hits
Jumlah kes baharu Covid 19 di Thailand terus melonjak Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 8 Apr 2021 11 41PM
Kelantan Tak Benar Solat Jumaat Tarawih Di Semua Masjid Surau Mukim

Kelantan Tak Benar Solat Jumaat Tarawih Di Semua Masjid Surau Mukim

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 271 hits
Masjid negeri bandar dan jajahan di seluruh Kelantan dibenar mengadakan aktiviti ibadah dengan 50 kapasiti masjid dan jemaah perlu mengamalkan penjarakan fizikal 2m PETALING JAYA Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan mengarah...
Covid 19 Kes Baharu Harian Melonjak 2 551 Kes Sarawak Paling Tinggi

Covid 19 Kes Baharu Harian Melonjak 2 551 Kes Sarawak Paling Tinggi

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 299 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media perkembangan terkini COVID 19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya Foto AFFAN FAUZI PUTRAJAYA Kes baharu harian Covid 19 terus melaporkan tr...
Tiada Sekatan Pergerakan Di Thailand Walaupun Kes Covid 19 Meningkat

Tiada Sekatan Pergerakan Di Thailand Walaupun Kes Covid 19 Meningkat

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 327 hits
Tiada sekatan pergerakan di Thailand walaupun kes Covid 19 meningkat Dikemas kini 5 jam yang lalu Diterbitkan pada 16 Apr 202
Covid 19 Sebanyak 1 510 Kes Positif Baharu Hari Ini Jadikan Jumlah Keseluruhan 359 177

Covid 19 Sebanyak 1 510 Kes Positif Baharu Hari Ini Jadikan Jumlah Keseluruhan 359 177

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 332 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 1 510 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid 19 sebanyak 359 117 kes Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah tersebut Selangor kembali melaporkan angka ...
Rakyat Kelantan Yang Guna Boring Tanpa Lesen Akan Berdepan Dengan Tindakan Denda

Rakyat Kelantan Yang Guna Boring Tanpa Lesen Akan Berdepan Dengan Tindakan Denda

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 571 hits
Rakyat Kelantan yang mengguna sumber air tanah dari telaga tiub atau boring tanpa memohon lesen Abstraksi Air Tanah daripada Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan akan berdepan dengan tindakan denda Mangikut Seksyen 13 Enakmen Sumber Air Neger...
Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 674 hits
Beliau turut mempersoalkan mengapa polis memberikan layanan istimewa dengan membenarkan majikan itu mengadakan sidang media ketika sedang direman Kesan rotan di badan mangsa Gambar PDRM Seorang ahli Dewan Negara menyelar tindakan majikan ya...
Mayat Pasangan Suami Isteri Warga Emas Ditemui Dalam Rumah Mereka Di Kampung Sungai Ruan Raub

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam

Kpkt Raikan Kejayaan Pemaju Hartanah Tempatan Rangkul 5 Pingat Emas Di Fiabci World Prix D Excellence Awards 2025

Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Explore Malaysia And Beyond

Nahas Bas Upsi Laporan Puspakom Tunjuk Sistem Brek Bas Dalam Keadaan Memuaskan

Drama Hilang Kasyorga

Tiket Konsert Sold Out Lagi Inteam Mohon Maaf Pada Peminat Yang Gagal Beli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Labubu Craze The Plush Toy Phenomenon Redefining Pop Culture Collectibles

Ziell Ferdian Kuhentikan Tangisku Chord

Payung Besar Najib Antara Pembebasan Prinsip Dan Ancaman Sebenar

Tell The Truth If You Don T Want People To Speculate Zaid Tells Agc

When Silence Turns To Violence Call To Reform Mental Health

Jinda55 17 June 2568 100 Jinda55 Top 83 By Clay Jin55 Vip