Pening Kepala Jika Berfikir Banyak Hal
Pening Kepala Jika Berfikir Banyak Halبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Setiap anak yang dilahirkan ada beza yang Allah berikanTakkan sama sikap dan peribadinya namun semuanya membahagiakan. Usah Pening Kepala.VIRAL -Sila klikSesiapa yang ada anak lelaki ke perempuan pastinya ada pengalaman masing-masing hadapi karenah anak-anak yang disayangi. Tidak terkecuali Etuza, hadap karenah anak lelaki dan anak perempuan. Memang perlukan kesabaran dan ketabahan, sejujurnya usah sakiti hati anak, tetapi apakan daya untuk niat mendidik bertujuan mebawanya ke arah yang lebih baik terjentiklah hatinya. Maafkan ayah.
Percaya lah hanya kesabaran dan kasih sayang yang boleh mempertahankan kebahagiaan, apa tah lagi jika kita bajai kasih kita kepada anak-anak dengan membawa mereka kenali Allah, ajak tegakkan solat lima waktu dan memberitahu mereka hukum pahala dan dosa.
Mesej Etuza hari ini ialah tentang adanya beberapa perbezaan sikap dan peribadi ANAK SULUNG DAN ANAK BONGSU dari anak perempuan mahupun anak lelaki. Memang jauh beza anak sulung dan anak bongsu, boleh jadi pening kepala hadap anak bongsu ni.
Ya Allah manja bukan main, merajuk dan banyak kerenah. Segera Etuza bawa diri BERMUHASABAH, bayangkan tengah malam CALL ibu dia dari asrama, dia pesan nak lawati dia esok, baru tu di hantar petang ahad di asrama. Hai anak bongsu..begitu kah pula ye. Anak sulung tak pun sering minta lawat dekat asrama. Aduhai...demi anak yee kan saja lah esok nak lawat.
Anak bongsu ni ..sayangnya ibu dia bukan main, kakak dua orang dah tegur, lebih kan sangat bongsu ni. Lastly terjentiklah hatinya, punyalah merajuk. Tak nak makan ..tidur memanjang. Ha padan muka ayah dia ni. Ya Allah pening kepala bertambah lagi lah.
Etuza ambil lah jalan pintas, cuba dulu kenali anak bongsu ni lagi jauh, nak mentelaah lah di google ni. Lupa lah belajar dengan elok cara tangani sikap karenah ank bongsu. kadang tu klik ja di google ada juga ilmu dari otai-otai blog. Insha Allah. semoga usaha Etuza dan amalkan cara yang baik didik anak bongsu akan Allah kabulkan. Amiin. Jika tak usaha nanti pening kepala fikir banyak hal tau. Bye. Jumpa lagi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://madey09.blogspot.com/2018/11/pening-kepala-jika-berfikir-banyak-hal.html