Pening Kepala Bila Si Kecil Asyik Tiru Percakapan Kita Ikuti Panduan Bagaimana Ajar Anak Bercakap Cara Sopan


Bercakap dengan anak adalah salah satu momen yang paling menyeronokkan buat ibu bapa. Malah, percakapan yang didengarnya setiap hari akan menjadi ‘bahan rujukan’ buatnya. Ketika ini juga, anak anda suka melakukan peniruan percakapan.

Namun, ia perkara biasa yang dilakukan oleh kanak-kanak pada usia ini. Bagaimanapun, ia akan menjadi perkara yang amat  dibimbangkan apabila anak-anak ini akan meniru apa sahaja yang didengarinya.
Salah satu peniruan yang dilakukan ialah mengulangi kata-kata anda tanpa jemu. Malah, anak ini juga akan meniru kata-kata yang didengari tanpa mengira kata-kata itu positif atau negatif. Seterusnya anak anda mulai mengumpul dan meluahkan maklumat dalam cara kemahiran komunikasi.
Biasanya anak yang baru boleh bercakap akan bersikap begini. Situasi ini berlaku disebabkan kemampuan berbicara yang baru dikuasai membuatkan anak kecil ini ingin sentiasa mencuba untuk bercakap.

Malah akan berasa seronok apabila melihat percakapannya mendapat tindak balas daripada ibu bapanya.
Ikuti beberapa panduan mudah untuk anda memastikan anak ini bercakap dengan cara yang betul dan bersopan:
Bebas bercakap Memang menyeronokkan apabila anak mula bercakap. Namun jika anak anda kelihatan meniru apa yang anda ucapkan, biarkan dia berbuat demikian. Jika melarang perbuatan peniruan ini, kemungkinan akan membuatkan anak ini hilang minat untuk menyebut perkataan yang didengarinya. Memang benar, anda tidak merasa selesa apabila si kecil meniru percakapan anda tetapi biarkan sahaja. Ini kerana dia dalam tempoh belajar bercakap dan perbendaharaan kata.
Perbendaharaan kata baru Anda sebagai ibu bapa adalah orang yang paling rapat dengan anak. Apa sahaja yang anda ucapkan anak akan melakukan peniruan bahasa. Oleh itu, ungkaplah perkataan baru yang boleh anak anda mengembangkan perbendaharaan katanya. Berbuallah dengan anak-anak dan biarkan dia belajar bahasa baru. Malah pada usia ini juga boleh didedahkan dengan penggunaan bahasa asing seperti Arab, Inggeris dan Mandarin.
Pengucapan yang betul Anak anda masih sukar untuk menyebut perkataan yang baru didengarinya. Sebutan menjadi pelat untuk sesetengah perbendaharaan kata. Oleh itu, untuk memastikan sebutannya jelas dan betul, anda perlu berkomunikasi dengannya secara perlahan tetapi jelas. Buka mulut ketika mengucapkan perkataan dan disebut dengan betul. Biarkan anak anda melihat pergerakaan mulut anda. Kemudian, ajarinya untuk bersama-sama menyebutnya dengan sempurna. Dengan ini, proses pembelajaran berjalan dengan lancar.
Bahasa negatif   Awas jika anak-anak menyebut perkataan yang negatif. Kadang kala, si kecil mengucapkan kata-kata yang tidak baik kepada anda atau saudara mara. Situasi ini amat mengejutkan anda, sedangkan anda tidak mengungkapkan kata-kata tidak baik kepadanya. Ia mungkin disebabkan pengaruh persekitaran membuatkan anak kecil mula meniru. Pengaruh daripada televisyen, rakan sebaya, sepupu, teman sebaya dan pengasuh akan mempengaruhi percakapan anak.
Pengucapan positif Amat penting untuk mendidik anak supaya bercakap menggunakan bahasa yang positif. Apabila si kecil mengucapkan kata-kata yang tidak baik (ungkapan yang kasar) dan  tidak tepat, janganlah terus memarahinya. Anda harus menjelaskan kepadanya bahawa pengucapan itu tidak baik. Perlu juga menjelaskan maksud perkataan itu dan gantikan perkataan itu dengan perkataan yang bersopan.
Pujian Kanak-kanak suka apabila dirinya dihargai. Begitu juga jika si kecil meniru perkataan yang baik, berikan tindak balas positif  misalnya memberikan pujian kepadanya. “Bagusnya anak mama. Sudah pandai mengucapkan ‘terima kasih’ kepada mama.” Kata-kata dorongan kepada anak ini adalah untuk terus mendidiknya bersikap begitu seterusnya. Selain itu, anad juga digalakkan memberikan senyuman dan pelukan sebagai penghargaan kepada sikapnya itu.
The post Pening Kepala Bila Si Kecil Asyik Tiru Percakapan Kita. Ikuti Panduan Bagaimana Ajar Anak Bercakap Cara Sopan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/pening-kepala-bila-si-kecil-asyik-tiru-percakapan-kita-ikuti-panduan-bagaimana-ajar-anak-cara-bercakap-sopan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakar Bahasa Kongsi Cara Kenal Pasti Tanda Awal Anak Lewat Bercakap 3 Tip Ini Mungkin Membantu

Pakar Bahasa Kongsi Cara Kenal Pasti Tanda Awal Anak Lewat Bercakap 3 Tip Ini Mungkin Membantu

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 378 hits
Setiap ibu bapa mengambil berat mengenai perkembangan bahasa pertuturan anak anak Berikut adalah beberapa tanda awal yang mungkin dan patut di perhatikan oleh ibu bapa Jika ada sebarang masalah pada artikel ini di facebook sila klik type ka...
Anak Asyik Nak Berdukung 24 Jam Ada 6 Cara Ibu Boleh Buat Bagi Anak Faham

Anak Asyik Nak Berdukung 24 Jam Ada 6 Cara Ibu Boleh Buat Bagi Anak Faham

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 396 hits
Anak asyik nak berdukung je 24 jam Nak buat kerja pun tak boleh Letak je terus nangis Sampaikan kerja rumah jadi terbengkalai luah Aini Mesti ramai yang mengalami masalah anak asyik nak berdukung setiap masa dan akan menangis setiap kali le...
Betul Ke Selama Ini Cara Anda Bersihkan Bayi Ikuti Panduan Menjaga Membersikan Alat Kelamin Bayi Perempuan

Betul Ke Selama Ini Cara Anda Bersihkan Bayi Ikuti Panduan Menjaga Membersikan Alat Kelamin Bayi Perempuan

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 550 hits
Jika anda rasa kulit bayi memerlukan penjagaan rapi ada lagi yang perlu anda titikberatkan pada tubuh anak anda Bagi ibu bapa yang mempunyai bayi perempuan salah satu penjagaan penting yang perlu anda ambil tahu adalah mengenai bahagian kem...
4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging

4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 1125 hits
4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging Daging jarang orang alah tapi kadang boleh jadi alahan tertentu sebab tindak balas badan yang berlainan MF sendiri takde alahan apa makan daging Tapi kadang jadi pening kepala lepas makan d...
Cara Sekat Anak Daripada Main Game Seusia Kecil

Cara Sekat Anak Daripada Main Game Seusia Kecil

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 429 hits
Cara sekat anak daripada main game seusia kecil Beberapa hari yang lalu Naufal asyik duduk ditepi saya melihat saya main game di telefon Saya tahu dia berminat Berulang kali bertanya Game apa ayah Pandai ayah main game Saya sedar dia menant...
Tak Mahu Anak Perempuan Bayi Kecil Dibuang Ke Tebing Oleh Bapa Kandung

Tak Mahu Anak Perempuan Bayi Kecil Dibuang Ke Tebing Oleh Bapa Kandung

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 524 hits
Seorang bayi perempuan yang baru lahir ditemui di tebing jalan di selatan China dipercayai di baling oleh bapa kandungnya Namun dia ditemui selamat dari sebarang kecederaan selepas dia terjatuh di kanopi pada sebatang pokok Kakitangan di se...
Guna Bahasa Yang Baik Penuh Dan Tepat Dengan Anak Kecil Barulah Tak Pelat Dan Cepat Belajar

Guna Bahasa Yang Baik Penuh Dan Tepat Dengan Anak Kecil Barulah Tak Pelat Dan Cepat Belajar

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 402 hits
Seawal anak dalam kandungan lagi mereka dah boleh mendengar apa yang diperkatakan oleh orang paling dekat dengannya Sebab itu penting untuk ibu bapa sentiasa merangsang anak bercakap dengan menggunakan bahasa penuh walaupun si kecil masih b...
Hampir Kesemua Bayi Yang Lahir Mengalami Refluks Ikuti Cara Mudah Atasi Reluks

Hampir Kesemua Bayi Yang Lahir Mengalami Refluks Ikuti Cara Mudah Atasi Reluks

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 365 hits
Muak atau mual adalah lelehan susu yang dikeluarkan Ia disebabkan oleh astroesofageal reflux GER berlaku apabila bahagian bawah sfinkter esofagus terbuka secara spontan beberapa kali atau tidak tertutup dengan betul Sehinggakan kandungan ya...
Cara Tingkatkan Kesihatan Anak Anak Supaya Tidak Pergi Klinik Selalu

Cara Tingkatkan Kesihatan Anak Anak Supaya Tidak Pergi Klinik Selalu

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 338 hits
Kanak kanak paling mudah untuk jatuh sakit Ini kerana antibodi badan mereka masih lemah Waktu diusia awal ini lah antibodi mereka baru nak aktif Jadi sekiranya kita tidak membantu untuk tingkatkan kesihatan anak anak mereka akan mudah jatuh...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tewas Akhirnya

Khasiat Dan Kelebihan Halba Untuk Kesihatan

Himpunan Anti Rasuah Jelaskan Motif

Egg Stra Ong Maryybrown Menu Sempena Tahun Baru Lunar

Nak Hidup Tenang Cuba Tengok Perkongsian 32 Tip Untuk Hidup Tenang

Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti