Penilaian Sendiri Kpm Sedia Beri Input Kepada Sarawak




Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberi input kepada Sarawak berhubung cadangan merangka sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid Tahun Enam di semua sekolah kerajaan di negeri itu.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata ini kerana cadangan itu selaras dengan hasrat KPM untuk mengangkat pentaksiran serta kekuatan sistem pendidikan secara holistik dan bukan hanya berasaskan peperiksaan.

“Kita sentiasa menganggap Sarawak antara negeri contoh yang sentiasa memberi tumpuan kepada pendidikan. Kalau kerangka yang mahu dibangunkan itu bertujuan memperkukuh pentaksiran, pastinya kita akan sokong kerana ia adalah hala tuju KPM iaitu pembangunan holistik (melalui) pentaksiran bukannya peperiksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Minggu Solidariti Palestin di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Razali di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata negeri itu bercadang merangka sistem penilaian sendiri bagi menggantikan UPSR dan langkah itu sedang diteliti kerana pihaknya percaya, ujian itu penanda aras sebenar untuk menilai prestasi pelajar.

Menurut Roland perkara itu juga amat penting bagi menentukan aliran mana harus ditempatkan pelajar terbabit apabila memasuki pendidikan menengah.

Ditanya sama ada KPM pertimbangkan cadangan itu untuk diperluaskan ke seluruh negeri, Fadhlina berkata pandangan itu perlu mendapat input KPM terlebih dahulu kerana ia baru dibangkitkan.

“Kita akan terus berbincang bagaimana ia boleh diselaraskan, mungkin ia hanya perlu diperkukuhkan sahaja di peringkat sekolah dan negeri Sarawak…KPM akan tengok pengukuhan dan kerangkanya dan input pasti akan datang daripada kementerian.

“Jangan risau, insya-Allah dengan adanya MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) dan perbincangan jawatankuasa, kita sentiasa ada panduan untuk pelaksanaan apa sahaja program pengukuhan di peringkat negeri,” katanya.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/11/penilaian-sendiri-kpm-sedia-beri-input.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ujian Penilaian Khas Sarawak Bergantung Kepada Ketersediaan Guru Tpm

Ujian Penilaian Khas Sarawak Bergantung Kepada Ketersediaan Guru Tpm

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 276 hits
BINTULU Ketersediaan guru perlu diambil kira sebelum sistem penilaian tersendiri iaitu peperiksaan khas untuk seluruh pelajar tahun enam di semua sekolah kerajaan di negeri ini dilaksanakan kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah ...
Hapus Upsr Sarawak Mahu Laksana Sendiri Penanda Aras Murid

Hapus Upsr Sarawak Mahu Laksana Sendiri Penanda Aras Murid

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 178 hits
Dato Roland Sagah Wee Inn ketika ditemui media hari ini KOTA SAMARAHAN Sarawak berhasrat untuk melaksanakan sendiri penanda aras pencapaian murid setelah Kementerian Pendidikan memutuskan untuk tidak mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah R...
Kpm Anjur Minggu Solidariti Palestin

Kpm Anjur Minggu Solidariti Palestin

papar berkaitan - pada 27/10/2023 - jumlah : 293 hits
SHAH ALAM Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan Minggu Solidariti Palestin bermula pada 29 Oktober hingga 3 November ini KPM dalam satu kenyataan memaklumkan program itu bertujuan untuk mendidik murid tentang nilai kemanusiaan y...
Isu Murid Pegang Senjata Mainan Kpm Arah Siasatan Menyeluruh

Isu Murid Pegang Senjata Mainan Kpm Arah Siasatan Menyeluruh

papar berkaitan - pada 29/10/2023 - jumlah : 188 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengarahkan siasatan menyeluruh berhubung penampilan senjata mainan dalam satu program yang dipercayai berkaitan solidariti bersama Palestin di sebuah sekolah yang tular di media sosial baru baru ini Me...
Pelaksanaan Minggu Solidariti Palestine Di Institusi Pendidikan Bawah Kpm

Pelaksanaan Minggu Solidariti Palestine Di Institusi Pendidikan Bawah Kpm

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 475 hits
KPM telah mengeluarkan arahan rasmi berkenaan pelaksanaan minggu solidariti Palestine dibawah semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan diadakan bermula minggu hadapan Ini adalah anjuran KPM untuk semua inst...
Neelofa Sedia Berdamai Dengan Fazura Penat Asyik Diapi Apikan Netizen

Neelofa Sedia Berdamai Dengan Fazura Penat Asyik Diapi Apikan Netizen

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 166 hits
Selebriti terkenal Neelofa memaklumkan yang dia sedia berdamai dengan aktres popular Fazura kerana sudah tidak larat dengan sengketa berlarutan selama 13 tahun ini Sengketa perlu dihentikan segera Memetik laporan dari Mstar Neelofa menyatak...
Kapal Hospital Tentera Indonesia Sedia Ke Gaza

Kapal Hospital Tentera Indonesia Sedia Ke Gaza

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 390 hits
Menteri Pertahanan Indonesia Jeneral Prabowo Subianto mengumumkan Indonesia bersedia meletakkan Kapal Hospital Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut di perairan Gaza bagi membantu Pasukan Perubatan Gaza merawat rakyat Gaza ketika ini Run...
Upsr Tidak Akan Dikembalikan Kpm Fokus Kurikulum 2027 Fadhlina

Upsr Tidak Akan Dikembalikan Kpm Fokus Kurikulum 2027 Fadhlina

papar berkaitan - pada 29/10/2023 - jumlah : 319 hits
Imej via Harian Metro Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tidak akan dikembalikan walaupun terdapat permintaan daripada ibu bapa lapor Sinar Harian Katanya Kementerian Pendidikan Malaysia ketika ini mem...
Kpm Teliti Cadangan Ahli Parlimen Buat Pilihanraya Pengawas Sekolah

Kpm Teliti Cadangan Ahli Parlimen Buat Pilihanraya Pengawas Sekolah

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 280 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan akan meneliti cadangan Ahli Parlimen supaya pilihan raya bagi memilih pelajar menjadi pengawas diadakan di peringkat sekolah Timbalan Menteri KPM Lim Hui Ying berkata cadangan tesebut selari dengan usaha ...
Perang Israel Hamas Suatu Naskah Yang Di Ulang Ulang

Jackfruit And What Are The Dishes Or Snacks Made From This Fruit

Kembali Ke Realiti Kehidupan

Perkongsian Empower Quran Global

Ringgit Opens Higher Against Greenback After Washington Pauses Tariffs

15 Evacuated After Kajang Flash Flood

Ambil Alih Tanggungjawab Mak

Prk Ayer Kuning Polis Kenal Pasti Individu Cenderung Buat Provokasi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Makan Itik Salai Dan Telur Itik Masak Lemak Di Bara Salai Muar

Mudah Menyelerakan Resepi Puding Kastard Guna Sukatan Cawan Je Anak Pasti Minta Lagi

Samsuri Bukan Penjenayah Legaaa

Tahun Pertama Raya Tanpa Dia

Kereta Yusoff Rawther Terkunci Tak Dapat Diakses Orang Lain

Hasrat Bertemu Isteri Tidak Kesampaian Lelaki Maut Kemalangan