Hapus Upsr Sarawak Mahu Laksana Sendiri Penanda Aras Murid



Dato Roland Sagah Wee Inn ketika ditemui media hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Sarawak berhasrat untuk melaksanakan sendiri penanda aras pencapaian murid setelah Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan untuk tidak mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Roland Sagah Wee Inn berkata, Sarawak akan mencari penyelesaian untuk mempunyai sistem penilaian sendiri untuk murid.

“Anda akan mempunyai pelajar yang pergi ke sekolah selama bertahun-tahun tetapi tidak mengetahui tahap pencapaian (prestasi akademik) mereka, dan tentu saja ini sangat penting apabila tiba masanya untuk memilih aliran sains atau seni.

“Anda tidak boleh hanya menghantar pelajar ke aliran yang mereka tidak mampu menghadapinya.

“Jadi biarkan Kerajaan Persekutuan dengan dasar mereka sendiri, tetapi kami (Sarawak) akan melaksanakan sistem kami sendiri untuk membuat penilaian kemudian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis pembukaan rasmi Persidangan Antarabangsa Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan (ICERI) 2023 di Dewan Sri Samarahan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR), di sini hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM tidak akan mengembalikan UPSR walaupun ada permintaan daripada ibu bapa yang mahu satu penanda aras pencapaian anak mereka.

Sebaliknya, tumpuan KPM ketika ini ialah Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 dalam membangunkan kurikulum baharu, bagi memastikan pendidikan masa depan yang lebih baik.

Ogos lalu, KPM melaksanakan Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 secara dalam talian sebagai langkah membangunkan kurikulum persekolahan yang baharu.

Pelaksanaan tindakan segera dilakukan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pentaksiran dijalankan secara berkesan dengan merujuk kepada aras yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran.

Kementerian itu memansuhkan UPSR pada 2021.

Roland Sagah berkata Kerajaan Persekutuan memainkan peranan yang baik untuk menjalankan kaji selidik mengenai Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027.

“Secara peribadi, saya belum melihat rancangan terperinci mengenai kurikulum yang dicadangkan itu. Jadi saya tidak mempunyai sebarang komen mengenainya.

“Saya juga merasa hairan sama ada orang ramai telah melihatnya atau tidak, malah guru-guru juga belum melihatnya. Jadi, untuk bersikap adil, saya tidak boleh memberikan komen tentang sesuatu yang belum saya lihat,” katanya.

Oleh NICKELYSON LAKUN | Utusan Sarawak

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/11/hapus-upsr-sarawak-mahu-laksana-sendiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Upsr Sekat Peluang Murid Aktif Bidang Selain Akademik Kppm

Upsr Sekat Peluang Murid Aktif Bidang Selain Akademik Kppm

papar berkaitan - pada 4/11/2023 - jumlah : 132 hits
Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali beramah mesra bersama warga kerja Kementerian Pendidikan pada majlis Bicara Inspirasi KPPM di Auditorium Kompleks E hari ini PUTRAJAYA 3 Nov Rata rata pihak berkepentingan menyatakan Ujian ...
Penilaian Sendiri Kpm Sedia Beri Input Kepada Sarawak

Penilaian Sendiri Kpm Sedia Beri Input Kepada Sarawak

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 292 hits
Kementerian Pendidikan akan memberi input kepada Sarawak berhubung cadangan merangka sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah untuk murid Tahun Enam di semua sekolah kerajaan di negeri itu Menteri Pendidika...
Bagi Yang Rajin Dan Mahu Berusaha Ianya Tidak Datang Sendiri Tapi Harus Berusaha

Bagi Yang Rajin Dan Mahu Berusaha Ianya Tidak Datang Sendiri Tapi Harus Berusaha

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 458 hits
Rafizi Ramli Saya kongsikan perkembangan semasa projek Inisiatif Usahawan Tani di Shah Alam Selangor Kawasan di sini kita usahakan tanaman pokok cili dengan kerjasama Koperasi Kebuniti Selangor Berhad Seramai 16 peserta yang terdiri daripad...
Unifi Tv Melancarkan Kandungannya Sendiri

Unifi Tv Melancarkan Kandungannya Sendiri

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 263 hits
Unifi TV hari ini melancarkan Unifi TV Originals produksi aslinya sendiri untuk memberikan kepelbagaian dan lebih banyak kandungan bernilai untuk para penontonnya Barisan siri dan filem ini disesuaikan dengan citarasa tempatan untuk memuask...
Rumah Flat Selera Banglo Buat Macam Tanah Sendiri Pondok Warga Diroboh Pihak Berkuasa

Rumah Flat Selera Banglo Buat Macam Tanah Sendiri Pondok Warga Diroboh Pihak Berkuasa

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 159 hits
Baru baru ini tular apabila seorang individu memuatnaik satu video di laman Twitter menunjukkan pihak berkuasa telah merobohkan pondok yang dibina berdekatan rumah flat awam Berdasarkan individu tersebut pemilik rumah yang duduk di flat itu...
Bina Kolam Renang Untuk Anak Sebagai Hadiah Bapa Ni Kongsi Pengalaman Bila Buat Sendiri

Bina Kolam Renang Untuk Anak Sebagai Hadiah Bapa Ni Kongsi Pengalaman Bila Buat Sendiri

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 205 hits
Siapa sahaja yang tidak gembira atau teruja bila mendapat hadiah daripada insan tersayang sempena sambutan ulang tahun kelahiran Apatah lagi anak anak yang masih kecil Pasti setiap tahun ternanti nanti apakah hadiah yang bakal dimiliki pada...
Dekorasi Ruang Tv Pasang Flutted Wall Panel Sendiri

Dekorasi Ruang Tv Pasang Flutted Wall Panel Sendiri

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 228 hits
Kak ana memang suka dekor ruang rumah dan di luar rumah pula dengan tanaman pokok bunga di ruang depan pokok kebun tanaman di belakang rumah Rumah biasa ajer Cuma kalau dekor tu kak ana akan buat sedikit demi sedikit ikut kemampuan Nak reno...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Rm80m Isp Victory In Senai To Feature As Isp Group S Greenfield Expansion Into Industrial Dev T

Ruth Buzzi Beloved Comedian And Iconic Gladys Ormphby Of Laugh In Dies At 88

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sayur Kubis Dan Karot Goreng Simple

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Saat Ia Pergi

Hard Rock Penang

Pengguna Terperangkap Hutang Sepanjang Hayat Kosmo Ahad 04 05 2025

Sagon Tumbuk

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan