Penilai Tender Dedah Bagaimana Pegawai Curi Duit Projek Kerajaan


 


TALI BARUT kepada kartel yang memonopoli projek kerajaan bernilai RM3.8 bilion sanggup membuat tuduhan palsu untuk menghalang kegiatan mereka terbongkar, kata seorang mangsa.
Individu tersebut yang merupakan salah seorang pegawai tender yang terlibat dalam beberapa projek kerajaan melibatkan kartel tersebut tampil mendedahkannya dalam satu program bual bicara.

Pegawai berkenaan yang memperkenal dirinya sebagai Dr Q itu berkata, ia berkait dengan penilaiannya untuk satu tender projek di Kuala Lumpur.
Beliau yang bercakap dalam program Anekdot: Menyelami Pengalaman Mangsa Kartel berkata beliau menolak tender tersebut kerana melibatkan kes sijil palsu.
“Kita tahu dia tidak layak. Dia buat sijil palsu, saya ada bukti dia buat sijil palsu. Saya kenal salah seorang daripadanya memang tak ada kelulusan tetapi dia (kemuka) diploma, banyak.
“Ada ijazah itu ijazah ini. Kita tahu syarikat ini sudah bertapak lama di Putrajaya. Sudah banyak kementerian dia masuk, tapi dia guna sijil palsu. Jadi takkan saya hendak luluskan?
Katanya beliau seterusnya menyokong syarikat lain yang lebih layak kerana mengemukakan kelulusan yang betul.
“Takkan kita hendak bagi kepada orang sama lagi (yang sudah dapat projek) bertahun-tahun. Sedangkan kita tahu ada penipuan berlaku.
Disebabkan keputusannya itu, timbul tuduhan oleh seorang pegawai dalam jabatan terbabit yang mendakwa beliau mencuri komputer jabatan, katanya.
Seterusnya beliau ditukarkan untuk menutup mulutnya mengenai penyelewengan dalam projek berkenaan, yang diluluskan tanpa rundingan daripadanya.
Beliau yang tidak berpuas hati dengan tuduhan tersebut kemudian membuat laporan polis dan kepada unit integriti jabatan, namun kemudian kes tersebut tidak dimajukan.
“Tapi untuk menutup mulut kita, dia aniaya kita macam itulah… Kes saya itu disenyapkan di peringkat pengarah,” katanya.
Beliau yang tidak menamakan pegawai kanan itu berkata, kes tersebut berlaku dalam kementerian yang pada waktu itu dipimpin Mahdzir Khalid.
Mahdzir pernah mengetuai Kementerian Pendidikan dan kemudiannya Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Sewaktu ditanya oleh pengendali rancangan Sayed Munawar, Dr Q berkata beliau juga mengesan berlaku penyelewengan apabila mendapati terdapat kontraktor sukar menuntut bayaran.
Beliau hairan kerana kelewatan itu berlaku kerana sesuatu projek hanya akan dapat dilaksanakan apabila wang tersebut sudahpun diperolehi dalam akaun jabatan, katanya lagi.

“Projek dijalankan kerana ada kelulusan duit sudah ada dalam akaun. Jadi apabila duit ada dalam akaun baru projek jalan.
“Tak ada pegawai yang berani jalankan projek kalau tidak ada surat kelulusan dari kewangan yang duit sudah ada dalam akaun. (Jika tidak) siapa akan bayar?
“Jadi apabila ada hotel tak dapat duit, kontraktor tak dapat duit, ia disebabkan pegawai itu sendiri,” katanya.
Tindakan beliau seterusnya membolehkan hotel tersebut menerima bayaran dengan cepat dan tidak perlu menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkannya, kata Dr Q.

Beliau seterusnya mendedahkan, hotel tersebut menawarkan untuk membayar jumlah lebihan terus berjumlah RM40,000 ke akaunnya sedangkan bayaran itu sepatutnya dibayarkan kepada kerajaan

“Saya terkejut apabila hotel tanya, puan mahu cash atau masuk akaun?” katanya yang menambah beliau menegaskan wang itu dikembalikan kepada kerajaan

Beliau juga mendapat tahu, hotel berkenaan sejak 30 tahun lalu akan membayar lebihan kepada pengurus projek terlibat dan bukannya kembali ke akaun kerajaan

Dr Q juga berkata, beliau gembira apabila kartel terbabit dilumpuhkan awal bulan ini oleh agensi antirasuah

Operasi ke atas kartel sindiket yang memonopoli projek kerajaan bernilai RM3.8 bilion itu membolehkan akaun bank dan harta bernilai hampir RM150 juta disita dalam siasatan setakat ini

Mereka menemui wang tunai berjumlah RM3.5 juta dalam simpanan seorang individu bergelar Datuk yang disyaki ketua sindiket itu

Turut disita kenderaan mewah bernilai RM15.7 juta dan hartanah termasuk banglo, rumah kedai serta pejabat bernilai RM29 juta

Selain pemilikan hartanah dan wang tunai luar biasa, serbuan sejak semalam di rumah individu berusia 47 tahun itu juga menemukan kereta dan kapal mewah, selain dua helikopter

Sebanyak 644 akaun individu dan syarikat yang dianggarkan bernilai RM100 juta turut dibekukan ~ The Malaysian Insight
Click Image for detail



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/04/penilai-tender-dedah-bagaimana-pegawai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Perkara Yang Kartel Tender Kerajaan Buat Untuk Dapatkan Jumlah Projek Bernilai Rm3 8 Billion

7 Perkara Yang Kartel Tender Kerajaan Buat Untuk Dapatkan Jumlah Projek Bernilai Rm3 8 Billion

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 350 hits
Antara berita besar dua hari sudah meletop kat Malaysia adalah pembongkaran dan penangkapan sindiket kartel tender kerajaan Memang satu berita besar tapi anda terkejut ke Adakah anda terkezut besar dengan berita tu Membaca laporannya lalu g...
2 Penggodam Indonesia Curi As 60 Juta Dana Bantuan Covid 19 Kerajaan As

2 Penggodam Indonesia Curi As 60 Juta Dana Bantuan Covid 19 Kerajaan As

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 201 hits
2 penggodam Indonesia curi AS 60 juta dana bantuan Covid 19 kerajaan AS Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 16 Apr
Kami Student Mana Nak Cari Duit Bayar Saman Buka Mask Sekejap Sebab Sesak Nafas Pegawai Kkm Terus Saman Student Rm1 500

Kami Student Mana Nak Cari Duit Bayar Saman Buka Mask Sekejap Sebab Sesak Nafas Pegawai Kkm Terus Saman Student Rm1 500

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 665 hits
The Reporter Student matrikulasi Perak kena kurung for the whole semester but end up KKM masuk kafe pergi kompaun RM1 500 dekat student Kepala hotak dia Kitorang punya elaun pun enam bulan RM1 250 jeh hanat demikian tweet viral yang mencetu...
Pegawai Kpk Curi 1 9 Kg Emas Anggota Dpr Minta Evaluasi Sistem Pengawasan

Pegawai Kpk Curi 1 9 Kg Emas Anggota Dpr Minta Evaluasi Sistem Pengawasan

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 206 hits
Menurut dia selalu ada ruang perbaikan untuk memperkuat sisi pengawasan sistem operasional kerja
Muhyiddin Kata Kerajaan Dah Tak Banyak Duit Tapi Timbalan Menteri Pelancongan Baru Tetap Akan Dilantik Hari Ini

Muhyiddin Kata Kerajaan Dah Tak Banyak Duit Tapi Timbalan Menteri Pelancongan Baru Tetap Akan Dilantik Hari Ini

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 246 hits
April 16 2021 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan kesenian dan kebudayaan esok Saya bersyukur atas pelantikan ini tapi semestinya ada banyak kerja yan...
Kartel Miliki 150 Syarikat Bolot Rm3 6billion Projek Kerajaan

Kartel Miliki 150 Syarikat Bolot Rm3 6billion Projek Kerajaan

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 617 hits
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menumpaskan sindiket kartel projek dengan penahanan tujuh individu termasuk seorang ketua sindiket pada Ahad Menurut sumber sindiket kartel projek yang beroperasi sejak 2014 itu telah memonop...
Kartel Projek Kerajaan Rm3 5 Juta Tunai Ditemui Di Rumah Datuk

Kartel Projek Kerajaan Rm3 5 Juta Tunai Ditemui Di Rumah Datuk

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 917 hits
PUTRAJAYA Wang tunai berjumlah RM3 5 juta ditemukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hasil yang diperoleh seorang ketua sindiket bergelar Datuk selepas terlibat dalam sindiket kartel projek kerajaan Sumber berkata selain wang tunai ya...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Risks To Avoid Buy Sell Domains

Dua Hari Guna Hotspot

Us Tarik Diri Daripada Who Malaysia Perlu Menimbang Langkah Serupa Kenyataan Media Ppim 24 01 2025

Filem Bukan Hantu Biashe Biashe

Kkm Larang Jualan Produk Yang Dikesan Mengandungi Racun

Lirik Lagu Rayuan Nurani Saffone