Peniaga Perlu Waspada Dunia Bisnes Makin Kritikal


 Pelbagai musibah telah menimpa kita semua iaitu banjir, pandemik Covid19, krisis kewangan dan juga pasaran semakin jatuh. Pernah fikir tak adakah lebih banyak cabaran yang akan berlaku pada tahun hadapan? 

Para usahawan harus waspada, sebenarnya dunia bisnes benar-benar makin kritikal sekiranya anda tidak sedar akan beberapa perkara ini. Mentor usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman berkongsi akan 10 perspektif cabaran bisnes pada tahun 2022 di dalam live session saluran telegram Azizan Osman official.  

Perkongsian ini akan dilakukan pada jam 8 pagi, hari Ahad. Menurut Datuk Wira Dr Azizan Osman lagi, ketika ini pasaran bergerak perlahan di mana tidak ramai pelanggan dan orang membeli, maka ia menjadikan usahawan Malaysia agak terkesan.





Usahawan Perlu Bersedia Hadapi Cabaran 
Datuk Wira Dr Azizan Osman juga mengkaji antara sentimen pasaran kadar inflasi serta kenaikan harga barang yang telah di jangka malah perkara itu yang telah disebut sejak Ogos pada tahun yang lalu.

Rakyat perlu bersedia dengan kenaikan harga barang pada tahun hadapan. Tak salah lagi, makin hari makin menjadi-jadi. Ramai yang berkongsi di media sosial, harga barang itu ini naik. Kebanyakan barangan itu adalah barangan makanan, keperluan dan barang mentah. 

Contohnya adalah telur ayam, gula, ayam dan banyak lagi. Apapun barangan tersebut, kita semua sebagai rakyat tetap perlu bersedia. 











Bagaimana pula dengan usahawan yang berniaga di kedai makan? Jika harga barang naik, harga jualan juga perlu dinaikkan.



Peniaga harus waspada kerana ini adalah keadaan kritikal sekiranya peniaga tidak memikirkan dan sedar akan hal ini. Ia akan menjadikan usahawan Malaysia agak terkesan. Dikatakan juga kenaikan harga, inflasi ini adalah antara 30% sehingga 100%. 


Perkongsian Dari Datuk Wira Azizan Osman
Ujar Datuk Wira Dr Azizan Osman,

“Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.

Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.

Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.

Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.

Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.

Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?

Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.

Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!”

Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.

Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.

Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.

Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.”




Pandangan Peribadi Penulis


Biarpun organisasi berkembang tetapi tanpa matlamat yang jelas, sesebuah syarikat itu buntu akan apa yang perlu mereka lakukan. Syarikat besar juga amat berisiko pada waktu ini sekiranya tidak menyediakan rancangan sebaiknya. Penting untuk ada rancangan jangka masa panjang.


Sekiranya masalah peniaga tidak dapat diselesaikan, dikhuatiri perniagaan akan berhenti dan terpaksa tutup. Dalam proses menyediakan perancangan awal dan jangka masa panjang, usahawan perlu tahu cabaran usahawan yang bakal ditempuhi.









Datuk Wira juga mempunyai kumpulan usahawan yang dibimbing hebat, segala pengajaran dan bimbingan akan membantu usahawan untuk terus mengorak langkah dan tidak buat perkara yang salah. Itu kelebihan bagi usahawan yang bermentorkan Richworks. Apatah lagi, kumpulan Titanium itu sendiri dibimbing oleh Datuk Wira sendiri.


Jumpa Segera Dr Azizan Osman Akan Bongkar 10 Cabaran Usahawan 2022



Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsi mengenai 10 perspektif cabaran usahawan wajib tahu. Ia bertujuan supaya usahawan dapat buat persediaan secara keseluruhannya dengan lebih awal.
Perkongsian akan diadakan Live Session Telegram Dr Azizan Osman pada hari Ahad, jam 8 pagi. Jom masuk ke channel telegram Azizan Osman Official untuk dapatkan segala info.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://adnan-daughter.blogspot.com/2022/02/peniaga-perlu-waspada-dunia-bisnes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru 3 Hari Bernikah Peniaga Ikan Meninggal Dunia Akibat Kemalangan

Baru 3 Hari Bernikah Peniaga Ikan Meninggal Dunia Akibat Kemalangan

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 152 hits
Tular sebuah klip video berdurasi 26 saat memaparkan kemalangan membabitkan motorsikal dan sebuah lori Mangsa Muhammad Mustaqim Mustafa 25 yang juga peniaga ikan air tawar yang baru melangsungkan pernikahan tiga hari lalu maut dalam kemalan...
Isu Perniagaan Cabaran Bisnes Yang Wujud 2022

Isu Perniagaan Cabaran Bisnes Yang Wujud 2022

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 233 hits
Sama ada baru berniaga peniaga kecil kecilan ataupun perusahaan besar terdapat isu perniagaan yang tengah berlaku sekarang Jika dilihat pada keadaan perniagaank ini adalah sangat tidak mudah dan tidak selamat Macam macam isu boleh terjadi d...
Bayi Kembar 9 Pecah Rekod Dunia Semakin Sihat Siap Sedia Untuk Pulang Ke Rumah

Bayi Kembar 9 Pecah Rekod Dunia Semakin Sihat Siap Sedia Untuk Pulang Ke Rumah

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 126 hits
January 29 2022 Seorang wanita dari Mali Halima Cisse 26 yang memecahkan rekod dunia baru baru ini dengan melahirkan sembilan bayi kembar atau dikenali sebagai nonoplet secara pramatang pada Mei lalu dilaporkan kini bersiap sedia untuk pula...
Tiada Jodoh Di Dunia Mungkin Jodoh Saya Di Alam Sana Anuar Zain

Tiada Jodoh Di Dunia Mungkin Jodoh Saya Di Alam Sana Anuar Zain

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 135 hits
Penyanyi bersuara lunak Anuar Zain yang bakal menginjak umur 52 tahun pada Februari ini mengakui dirinya masih memikirkan soal jodoh Kata Anuar sememangnya sudah menjadi fitrah manusia untuk mencintai dan dicintai dan jika ditakdirkan sudah...
Fakta Seputar Sean Gelael Pembalap Berprestasi Kelas Dunia Asal Indonesia

Fakta Seputar Sean Gelael Pembalap Berprestasi Kelas Dunia Asal Indonesia

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 116 hits
Berkecimpung di dunia balap sejak usia 9 tahun Sean ternyata ikuti jejak sang ayah Ricardo Gelael yang juga merupakan seorang pembalap
Dunia Ini

Dunia Ini

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 214 hits
DUNIA INI Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt Bersyukur kita diizin menjadi penghuni di dunia ini Masih bernafas sehingga detik ini atas nikmat rezeki daripadaNYA Umur yang segini itu rezeki Apa adany...
3 Cara Kembangkan Bisnes Online Mudah

3 Cara Kembangkan Bisnes Online Mudah

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 196 hits
3 Cara Kembangkan Bisnes Online Mudah Sesiapa sahaja yang melakukan bisnes online sama ada dropship ataupun berniaga sendiri kalian boleh kembangkan bisnes dengan mudah Jangan terkejut sekiranya dengan hanya melakukan bisnes online sahaja k...
Ketahui Dan Kenali 10 Cabaran Bisnes Selepas Pandemik Untuk 2022 Khas Buat Usahawan Yang Ingin Bangkit Semula

Ketahui Dan Kenali 10 Cabaran Bisnes Selepas Pandemik Untuk 2022 Khas Buat Usahawan Yang Ingin Bangkit Semula

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 710 hits
Di mana mana sahaja kita berjalan di sepanjang lebuhraya atau di tengah bandar bandar pasti terpandang papan billboard terpapar perkataan RICHWORKS Rasanya umum tahu apakah di sebalik papan papan billboard ni kan Tak apa lah kak ana jelaska...
Kesan Pandemik Covid 19 Terhadap Perniagaan Richworks Kongsi Perspektif Tentang 10 Cabaran Bisnes

Kesan Pandemik Covid 19 Terhadap Perniagaan Richworks Kongsi Perspektif Tentang 10 Cabaran Bisnes

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 263 hits
Kesan Pandemik Covid 19 Terhadap Perniagaan RichWorks Kongsi Perspektif Tentang 10 Cabaran Bisnes Ramai yang terjejas akibat pandemik yang melanda sejak dua tahun lepas yang paling terkesan adalah para usahawan dan juga peniaga kecil Zati s...
Kfc Malaysia Tutup Lebih 100 Restoran Francais Kesan Boikot

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Adapting To Consumer Behavior

Keluarga Berang Terima Kiriman Jenazah Individu Lain

Mcmc S Police Report Against Writer Murray Hunter Is High Handed And Has A Chilling Effect On Freedom Of Speech

There Is An Awakening

App Inarah

Netizen Mohon Maaf Asyik Mengutuk Ruhainies Beri Respon Saya Dah Tak Fikir Sekarang Nak Fokus On Being Happy



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Beringatlah Semua

From Mr Olayemi Michael Cardoso

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Berhari Raya Lagi Rumah Saudara Sepupu

Couple Urges Police Mcmc To Act Against Alleged Blackmailer

Housewives Social Protection Scheme Still Short Of Target Says Kasthuri