Kfc Malaysia Tutup Lebih 100 Restoran Francais Kesan Boikot


Dianggarkan lebih 100 restoran francais Kentucky Fried Chicken (KFC) di Malaysia ditutup ekoran kempen boikot yang giat dijalankan sejak Oktober 2023 susulan konflik Israel-Palestin. (📸 ©Nanyang Siang Pau) klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt) Boikot akibatkan lebih 100 kedai KFC gantung operasi harian KUALA LUMPUR: Gelombang kempen boikot rangkaian produk dan perniagaan terkait Israel di Malaysia dilapor telah menyaksikan lebih 100 restoran francais makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) ditutup buat sementara waktu di seluruh negara itu.

Menurut laporan akhbar harian berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau (Nanyang), maklumat dan dapatan itu diperoleh hasil petikan data daripada Peta Google.

The Business Times telah menghubungi QSR Brands untuk mendapatkan ulasan, namun sehingga berita ini ditulis, syarikat berkenaan tidak memberi sebarang maklum balas.

QSR Brands ialah syarikat tempatan yang dimiliki oleh usahawan Malaysia, yang mengendalikan perniagaan 850 restoran francais KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja, juga lebih 480 restoran Pizza Hut di Malaysia dan Singapura.

Penutupan itu dilaporkan berikutan kempen boikot yang telah dijalankan selama kira-kira enam bulan sejak konflik dua negara, Palestin dan Israel, tercetus sejak Oktober 2023.

Selain KFC, kempen boikot di seluruh negara turut memberi kesan kepada perniagaan Starbucks dan McDonald’s secara berterusan sejak bermulanya konflik Israel-Palestin pada Oktober 2023.

Menurut New Straits Times (NST), laporan Nanyang itu menyatakan lebih 10 peratus cawangan KFC di seluruh negara telah menggantung operasi.


“Sebanyak 108 kedai di seluruh negara telah ditutup buat sementara waktu sehingga 27 April dengan KFC di Kelantan adalah yang paling teruk terjejas. Hampir 80 peratus atau sehingga 21 cawangan di negeri itu telah ditutup buat sementara waktu,” lapor NST. Kelantan mencatatkan angka paling tinggi dengan hampir 80 peratus atau sehingga 21 cawangan ditutup buat sementara waktu. ( 📸 ©Google Maps) Kelantan mencatatkan angka paling tinggi dengan hampir 80 peratus atau sehingga 21 cawangan ditutup buat sementara waktu. ( 📸 ©Google Maps) Sejak bertapak di Malaysia selama lebih 50 tahun, KFC telah menjadi sebahagian daripada makanan kegemaran rakyat negara itu dengan sejumlah lebih 700 cawangan di seluruh negara.

Johor Corporation (JCorp), cabang pelaburan negeri Johor, memegang pegangan terbesar dalam QSR, yang bersama anak syarikatnya KFC Holdings, telah diswastakan pada Februari 2013.

McDonald’s Malaysia pada 30 Disember 2023 memfailkan saman sivil terhadap pertubuhan bukan kerajaan, BDS Malaysia, iaitu antara yang menggerakkan kempen boikot, selepas terdapat gerakan memboikot rangkaian makanan segera itu di Malaysia.

Gerakan boikot itu dibuat susulan tindakan McDonald’s Israel membekalkan makanan kepada tentera negara itu.

Pada Mac lalu, pengasas Berjaya Corp Bhd, Encik Vincent Tan, meminta orang ramai berhenti memboikot Starbucks Malaysia yang menjejas hampir 85 peratus pekerja Starbucks.

Beliau berkata hampir 85 peratus pekerja Starbucks Malaysia adalah orang Islam dan tiada warga asing bekerja di ibu pejabat syarikat tersebut.

Duta Besar Amerika ke Malaysia, Encik Edgard D Kagan, sebelum ini berkata Amerika Syarikat mengiktiraf pendirian tegas Malaysia berhubung isu Gaza, sekali gus menghormati hak negara ini dan rakyatnya untuk melakukan boikot serta bantahan secara aman di luar kedutaannya berhubung konflik perang Israel-Palestin.

SOURCE: beritaharian.sg

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaup2date.blogspot.com/2024/04/kfc-malaysia-tutup-lebih-100-restoran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

papar berkaitan - pada 5/5/2024 - jumlah : 250 hits
Selepas 51 tahun bertapak di Malaysia dengan premis sulungnya terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur cawangan rangkaian makanan segera itu ditutup buat sementara waktu Menerusi satu kenyataan pemegang francais KFC Malaysia QSR B...
Qsr Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan Kfc

Qsr Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan Kfc

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 188 hits
KUALA LUMPUR QSR Brands Holdings Bhd pemegang francais restoran KFC di Malaysia mengambil langkah proaktif menutup sementara lebih 100 daripada 770 cawangan KFC Malaysia sebagai cara menguruskan kos perniagaan yang semakin meningkat dan men...
Kesan Boikot Produk Lokal Lebih Baik Berbanding Barangan Import

Kesan Boikot Produk Lokal Lebih Baik Berbanding Barangan Import

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 150 hits
FARHANA ABD KADIRRata rata masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai pandangan terhadap pembelian barangan import mahupun produk lokal Gambar hiasan BernamaSEBELUM ini pembelian barangan import dan berjenama antarabangsa merupakan pilihan utam...
Lebih As 100 000 Dan Telefon Pintar Terkini Honor Menanti Pemenang Anugerah Honor Magic Moments 2024

Lebih As 100 000 Dan Telefon Pintar Terkini Honor Menanti Pemenang Anugerah Honor Magic Moments 2024

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 187 hits
KUALA LUMPUR 29 April 2024 Anugerah HONOR Magic Moments mengadakan pertandingan fotografi mudah alih global tahunan ke empat dan kini menerima penyertaan untuk 2024 Pertandingan ini dibuka mulai sekarang sehingga 6 Ogos Peminat fotografi Ma...
Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 321 hits
1 Ada seorang sepupu aku ada diploma Habis belajar dia cari kerja dalam bidang dia tak dapat dapat Sebab nak juga kerja demi membina kehidupan dewasa dia kerja di KFC Aku tak pasti dia start dari bawah atau masuk management trainee 2 Tau ta...
Boycott Causes Over 100 Kfc Outlets To Suspend Ops Report Says

Boycott Causes Over 100 Kfc Outlets To Suspend Ops Report Says

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 258 hits
Johor state investment arm Johor Corporation is the largest shareholder in QSR which together with its unit KFC Holdings Bhd were taken private in February 2013 QSR Brands Holdings Bhd is suspending over 100 KFC outlets temporarily nationwi...
Restoran Di Jepun Buang 25 Set Nasi Lemak Kena Tipu Ejen Dari Malaysia

Restoran Di Jepun Buang 25 Set Nasi Lemak Kena Tipu Ejen Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 179 hits
KOSMO Sebuah restoran di Shibuya Tokyo Jepun terpaksa membuang 25 set nasi lemak gara gara ejen pelancongan dari Malaysia membatalkan tempahan tanpa memaklumkan kepada mereka Foto Facebook Sou TanakaPETALING JAYA Sebuah restoran di Jepun ya...
Rasa Nak Putus Asa Byun Wooseok Mengaku Pernah Gagal Lebih 100 Uji Bakat Lakonan

Rasa Nak Putus Asa Byun Wooseok Mengaku Pernah Gagal Lebih 100 Uji Bakat Lakonan

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 95 hits
Byun Woo seok telah mendedahkan kesukaran yang dihadapi selepas memilih untuk menceburi bidang lakonan Artikel Berkaitan Pada 16 April Byun Woo seok telah menjadi tetamu dalam satu rancangan YouTube Hong Suk Chun s Jewelry Box Di mana pelak...
Pabrik Arang Batok Kelapa Di Jaktim Yang Disegel Bisnis Turun Temurun Sudah Eksis Lebih Dari 40 Tahun

Pabrik Arang Batok Kelapa Di Jaktim Yang Disegel Bisnis Turun Temurun Sudah Eksis Lebih Dari 40 Tahun

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 169 hits
Pabrik yang berada di sisi Sungai Ciliwung itu saat ini masih disegel dengan garis kuning milik Dinas Lingkungan Hidup DKI Jakarta
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Daging Goreng Belengas

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera