Isu Perniagaan Cabaran Bisnes Yang Wujud 2022
Sama ada baru berniaga, peniaga kecil-kecilan ataupun perusahaan besar, terdapat isu perniagaan yang tengah berlaku sekarang. Jika dilihat pada keadaan perniagaank ini, adalah sangat tidak mudah dan tidak selamat.
Macam-macam isu boleh terjadi diluar jangkaan kita. Berniaga memerlukan kita berurusan dengan beberapa pihak. Apabila melibatkan orang lain, ia bukan sesuatu yang mudah. Kita perlu melihat setiap aspek dengan lebih jelas.
Isu Perniagaan | Cabaran Bisnes Kerana Sentimen Pasaran
Datuk Wira Dr Azizan Osman yang merupakan pengasas Richworks International Sdn Bhd atau Mentor usahawan Malaysia berkata, “Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi. Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini. Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.”- DW Dr. Azizan Osman
Usahawan perlu sedar iaitu buat bisnes pada tahun ini bukan mudah, makin banyak cabarannya. Apa persediaan para usahawan tahun ini?
Isu Perniagaan | Cabaran Bisnes Kerana Kurang Ilmu
Datuk Wira Dr Azizan Osman juga berkongsi, ada syarikat yang sedang tutup dan lingkup kerana tidak pandai soal pemasaran. Syarikat ini juga sudah besar tetapi tidak mendapat rentak pemasaran sepatutnya.
“Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup. Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.” - DW Dr. Azizan Osman
Isu Perniagaan Bisnes Semakin Sukar
Tepat sekali, bina bisnes sekarang adalah tidak mudah jika tidak ada strategi pemasaran yang kuat dan tidak tahu apa yang mereka mahu dan jalan untuk mendapatkannya.
Itu adalah tentang mereka yang sedia telah mempunyai bisnes, bagaimana pula usahawan yang baru mula bisnes dari kosong?
“Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini? Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa. Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!” - DW Dr. Azizan Osman
Pendapat saya sendiri, perkongsian Datuk Wira Dr Azizan Osman ini membuatkan usahawan perlu sedar cepat, sekarang bukanlah masa yang buat bisnes sambil lewa. Jika usahawan kita buat lebih baik, usahawan itu sendiri akan terkesan dengan faktor-faktor isu perniagaan dan cabaran 2022.
Punca Bisnes Makin Sukar Bergerak
Beberapa sebab utama kenapa bisnes makin sukar bergerak adalah kerana pasaran yang perlahan, tetapi dalam masa yang sama ramai peniaga dalam satu industri yang sama. Jika terlalu banyak pesaing, usahawan perlu buat sesuatu yang luar biasa untuk bezakan mereka dengan orang lain. Ia juga berkaitan apakah nilai yang ingin mereka berikan.
“Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.. Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus. Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.”
“Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'. Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.”
Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi. Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.
Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.” ” - DW Dr. Azizan Osman
Datuk Wira Dr Azizan Osman telah melahirkan kata-kata buat para usahawan termasuk untuk ahli usahawan di bawah bimbingan mereka sendiri. Sama-sama masing mengingatkan.
Ramai orang diluar sana inginkan peluang untuk bermentor dan belajar, tetapi tidak mampu. Atas sebab itu, Datuk Wira telah membantu seramai 650,000 usahawan dalam kelas percuma sebelum ini.
Program Live Session Voice Chat Telegram Bersama Azizan Osman
Program Live Session Telegram akan diadakan di Voice Chat pada Ahad (8 Pagi) ini bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman. Richworks menjemput semua usahawan dan peniaga sertai.
Antara kupasan perbincangan Sesi Voice kali ini adalah untuk merungkai 10 cabaran usahawan untuk tahun 2022.
https://bit.ly/vcdwdao
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.syamimisaad.com/2022/02/isu-perniagaan-cabaran-bisnes-yang.html