Khaskan satu ruangan dlm kabinet utk simpan ubat
pastikan kedudukan tinggi dari capaian anak-anak
tapi mudah diakses oleh org dewasa (jgn simpan laci bawah katil)
Dah lama asik tertangguh je nak kongsi pengurusan ubat kat rumah Hani ni. Hani share sekali ya tutorial pengurusan ubat. Ada beberapa bahagian Hani pecahkan.
Pastikan ruang yg dipilih cukup tinggi tak mudah dicapai oleh anak-anak.
pastikan ruang yg dipilih jauh dari kawasan lembap (spt bilik air), tidak terlalu terdedah kpd cahaya matahari atau tidak terlalu dekat dengan dapur masak (ubat-ubat sensitif kd tiga perkara ni: cahaya, haba dan kelembapan)
Asingkan ubat ikut kategori sakit. Nnt kalau sakit perut ke apa takdala menggagau cari ubat kat mana2 kotak. Just bukak satu kotak je yg dah dilabelkan
2⃣Guna bekas yang lutsinar
Gunakan ruangan pintu sebaiknya utk maksimum storage
3⃣Simpan dalam bekas mengikut kategori
oral care
eye care
Ear
nose and throat
muscle pain
wound treatment
skin
syringe and dosage cup
indigestion
supplement
medical kit Aqil
prescription
Labelkan setiap bekas. Boleh guna mesin label maker, atau masking tape pun boleh juga
5⃣keluarkan ubat dari kotak yg besar
sebelum buang kotak ubat, pastikan maklumat penting ada juga tertulis pada ubat. Kalau dalam kotak ada brochure yg penting, boleh simpan dalam fail medical. Boleh rujuk bila2.
Ubat pil simpan Dalam pill box, jangan sesekali keluarkan dari packaging dia. Potong kecil2 papan ubat dan masukkan dalam pill box Untuk ubat yg sekali makan 2 biji (contoh panadol) boleh dipotong dua2 Untuk ubat yg lambat habis (contoh ponstan, ubat tahan sakit, jarang makan), tulis tarikh expired kat setiap pill (selalu kat papan pill tu ada tulis expired date)
P/s: hanya ubat tertertu shj boleh disimpan dalam peti ais. Contoh: ubat diarah bancuhs sendiri i.e ubat antibiotik, insulin. Ubat berbentul sirap yg sudah sedia dibancuh jgn disimpan dalam peti ais ya contoh nya ubat batuk atau ubat demam anak. Hanya menyebabkan ubat cepat rosak.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |