Peniaga Di Kelantan Bantah Had Waktu Berniaga
Peniaga Di Kelantan Bantah Had Waktu Berniaga | Rata-rata peniaga makanan atau pengusaha restoran di Kelantan menyatakan rasa tidak setuju dengan rancangan kerajaan negeri untuk mengehadkan masa berniaga sehingga jam 12 tengah malam
Tinjauan Malaysiakini mendapati, kebanyakan mereka menolak alasan bahawa operasi restoran melebihi waktu itu menjadi faktor utama yang menyumbang kepada masalah sosial dalam kalangan remaja
Mohd Nazri Husin, 39, berpendapat mengekang operasi kedai makan selepas tengah malam tidak sesuai dilaksanakan kerana dibimbangi ia hanya akan menjejaskan jualan harian peniaga
Tidak menafikan soal rezeki adalah ketentuan Allah SWT, menurut Mohd Nazri, biasanya seseorang peniaga mempunyai sasaran harian berdasarkan pelbagai faktor antaranya kos modal dan margin keuntungan
"Bagi saya larangan itu tidak sesuai kerana akan menyingkatkan waktu peniagaan, sedangkan kita tanggung banyak kos termasuk membayar gaji pekerja. Semua kena ambil kira
"Dengan keadaan ekonomi tidak menentu, kalau tempoh meniaga singkat, kami khuatir akan alami kerugian," katanya
Menurut Mohd Nazri, mengenai gejala sosial, ia boleh berlaku di mana-mana saja dan bukan semestinya berpunca daripada golongan remaja melepak di kedai makan
Akan cari jalan lain
Di kedainya sendiri, kata peniaga kuetiau di Kota Bharu itu, tidak ramai yang datang untuk melepak atau berbual-bual lama, terutama selepas larangan merokok dikuatkuasakan.
Peniaga Di Kelantan Bantah Had Waktu Berniaga
Pada 21 Okt lalu Malaysiakini melaporkan keputusan kerajaan Kelantan mengehadkan masa berniaga bagi kedai makan, warung dan restoran hanya setakat jam 12 tengah malam
Larangan yang diumum Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob, itu akan bermula tahun depan
Mengekang gejala sosial menjadi alasan untuk kerajaan negeri mengambil langkah tersebut
Sementara itu peniaga kedai makan, Abdul Rashid Mat Jusoh, 40-an, berkata kerajaan negeri tidak perlu bertindak sedemikian kerana tanpa kedai makan beroperasi pun, golongan yang terlibat dalam gejala sosial akan memikirkan jalan lain untuk meneruskan aktiviti mereka
"Saya tak setuju, banyak altenatif lain budak-budak boleh melepak
"Kalau tutup kedai makan pun mereka boleh lepak tepi jalan, atas wakaf, berlumba motosikal, sedangkan peniaga mencari rezeki, kami bukan sediakan tempat buat perkara tak elok," katanya
Mohd Zaidi Nuh, 40-an, pula turut menyanggah alasan yang mengatakan kedai makan dan restoran menjadi tempat membiaknya gejala sosial dalam kalangan remaja
Katanya, tanggapan itu tidak tepat kerana golongan remaja tidak berani untuk melakukan aktiviti tidak bermoral di kawasan umum seperti restoran
"Bukan sebab kedai makan budak-budak jadi rosak, saya tak setuju. Kita sediakan hidangan makanan kepada mereka yang memerlukan, macam orang yang bekerja syif malam, dan yang dalam perjalanan jauh seperti dari Kuala Lumpur misalnya
"Sebelum larangan ini diputuskan, kita kena faham keadaan ini dan melihatnya dari sudut lebih luas," katanya.
Peniaga Di Kelantan Bantah Had Waktu Berniaga
Cadang ketatkan lagi
Bagi Fazrul Rahman, 48, yang juga tidak bersetuju dengan idea berkenaan menyarankan hanya kawasan tertentu dikenakan larangan tersebut, bukannya meliputi seluruh Kelantan
"Kalau di kawasan tumpuan, memang perlu ada kerana ada permintaan yang tinggi, macam di Wakaf Che Yeh yang sentiasa jadi tumpuan orang ramai dan pelancong
"Kalau kawasan kurang tumpuan mungkin boleh laksanakan larangan, banyak perkara perlu diperhalusi oleh kerajaan," ujarnya
Dalam perkembangan sama pengusaha restoran berasaskan masakan ketam, Muhammad Syawal Mahmood, 30-an, memilih untuk bersetuju dengan perancangan kerajaan Kelantan itu
Malah dia juga mencadangkan undang-undang sedia ada diperkekatkan lagi
"Bagi saya cadangan ini baik kepada rakyat Kelantan dalam membendung masalah sosial sekiranya pihak berkuasa tempatan dan agensi lain bekerjasama membanteras gejala tidak sihat ini.
Peniaga Di Kelantan Bantah Had Waktu Berniaga
"Kerajaan negeri perlu perketatkan lagi undang-undang yang sedia ada, sebab bagi saya selepas tengah malam ini lebih banyak benda buruk daripada perkara baik
"Rasanya betullah apa yang kerajaan negeri fikirkan," katanya.- mk
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/
Iklan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.addindeen.com/2019/10/peniaga-di-kelantan-bantah-had-waktu.html