Pengusaha Teksi Buat Himpunan Aman Tuntut Hak Sama Rata



KUANTAN - Persatuan Pemandu-pemandu Teksi dan Kereta Sewa Pahang Timur menuntut kesamarataan di antara perkhidmatan teksi dan perkhidmatan e-hailing menerusi satu perhimpunan aman oleh 50 pemandu teksi di sini, hari ini.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan, Roslan Ghazali berkata pihaknya tidak membantah perkhidmatan e-hailing daripada beroperasi namun pihaknya melihat komuniti e-hailing menikmati beberapa kelebihan berbanding pemandu teksi.

“Terdapat perbezaan ketara dapat dilihat bagi kedua-dua perkhidmatan ini, antaranya dari segi syarat perkhidmatan. Pemandu teksi perlu memiliki kad memandu, pemeriksaan kesihatan, insurans dan banyak lagi prosedur yang perlu dipenuhi sebelum mendapat kelulusan membawa teksi berbanding perkhidmatan e-hailing.

“Kami melihat perkhidmatan e-hailing ini juga mendapat kelonggaran daripada pihak kerajaan untuk beroperasi tetapi kami pemandu teksi pula perlu mengikuti syarat-syarat yang ketat.

“Kita lihat syarat-syarat yang diberikan itu boleh membunuh kita (pemandu teksi) sebab pemandu e-hailing akan mendapat kelebihan dari pelbagai segi,” katanya ketika ditemui pada sidang media di pejabat persatuan itu di Hentian Teksi Jalan Mahkota yang turut dihadiri Yang Dipertuanya, Mat Yasin Talib.

Roslan berkata pihaknya mengadakan himpunan ini sebagai tanda sokongan kepada tuntutan Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM) dan dijalankan secara serentak di seluruh negara.

“Perkhidmatan e-hailing juga pengangkutan awam seperti teksi jadi bagi memupuk persaingan yang adil, kelonggaran ini boleh diberikan kepada komuniti teksi juga,” katanya.

“Kita ada minta dengan kerajaan terdahulu di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) satu aplikasi untuk teksi tetapi jawapan yang kami terima, kosnya terlalu tinggi.

“Agak pelik juga dengan jawapan yang diberikan pihak kerajaan kerana pihak swasta mampu untuk buat (aplikasi) tapi kerajaan tidak.

“Jadi macam mana kerajaan mahu menaiktarafkan perkhidmatan teksi tapi tidak mahu menyediakan platform bagi kami untuk menaiktaraf perkhidmatan kami,” katanya.


Beliau memaklumkan pihak GTSM juga akan menghantar memorandum berkenaan tuntutan ini kepada Kementerian Pengangkutan di Putrajaya hari ini untuk tindakan lanjut. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/blogspot/LWFdy/~3/m_pde-FEIcE/pengusaha-teksi-buat-himpunan-aman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan Aman 812 Bantah Icerd

Himpunan Aman 812 Bantah Icerd

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 498 hits
81218 hari Sabtu adalah hari yang berlakunya sejarah himpunan aman 812 untuk bersama sama bangkit menolak Icerd Alhamdulillah aku berkesempatan untuk turun dan menunjukkan sokongan juga Disebabkan aku takde tudung putih aku pun pakai jerlaa...
Himpunan 8 12 Kl Sama Dengan Himpunan 2 12 Jakarta

Himpunan 8 12 Kl Sama Dengan Himpunan 2 12 Jakarta

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 227 hits
Salam Solidariti Ummah 212 kepada Ummah 812HIMPUNAN Menolak ICERD di Dataran Merdeka pada 8 Disember lalu rupanya turut diperhatikan secara dekat dan serius oleh rakyat negara jiran Indonesia yang berkebetulannya turut mengadakan satu perhi...
25 12 2018 Himpunan Aman Keadilan Untukmu Adib Desak Pecat P Waytha Moorthy

25 12 2018 Himpunan Aman Keadilan Untukmu Adib Desak Pecat P Waytha Moorthy

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 570 hits
HIMPUNAN AMAN Keadilan Untukmu ADIB Desakan Pecat P Waytha Moorthy Tarikh 25 12 2018Hari SelasaMasa 04 00 Petang1 Lokasi Berkumpul Masjid Bandar Diraja KlangJalan Pasar Kawasan 18 41300 Klang Selangor2 Lokasi Berhimpun Dataran SeniKawasan 1...
Polis Nasihat Himpunan Tuntut Keadilan Adib Tak Provokasi

Polis Nasihat Himpunan Tuntut Keadilan Adib Tak Provokasi

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 308 hits
MALAYSIAKINI Peserta perhimpunan aman bagi menuntut keadilan atas kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang akan dianjurkan di Klang Selangor petang esok dinasihatkan mematuhi arahan pihak polis dan tidak menimbulkan sebarang pr...
Peserta Himpunan Aman Di Klang Esok Dinasihat Patuhi Arahan Polis

Peserta Himpunan Aman Di Klang Esok Dinasihat Patuhi Arahan Polis

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 402 hits
Diterbitkan pada 24 December 2018Peserta himpunan di masjid Putrajaya meminta keadilan terhadap kematian Muhammad Adib Mohd Kasim ditegakkan 21 Dis 2018 Foto oleh Mukhriz HazimSHAH ALAM 24 Dis Peserta perhimpunan aman bagi menuntut keadilan...
Syukur Himpunan Aman Icerd

Syukur Himpunan Aman Icerd

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 257 hits
1 Setinggi penghargaan diucapkan kepada para peserta penganjur NGO dan parti politik yang telah berhimpun secara aman pada hari yang penuh bersejarah ini di hadapan Dataran Merdeka 2 Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak PDRM dan DBKL ...
Mahathir Vs Anwar Siapa Lebih Pertahankan Melayu Islam Agenda Sama Rata Dap

Mahathir Vs Anwar Siapa Lebih Pertahankan Melayu Islam Agenda Sama Rata Dap

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 325 hits
KONSPIRASI JATUHKAN ANWAR KALI 2Mahu tidak mahu saya terpaksa menulis hakikatnya yg berlaku dlm keluarga PH bahawa konspirasi utk menidakkan Anwar menjadi PM ke 8 benar2 berlaku di kalangan pasukan PH sendiri Mula2 saya hairan kenapa sebaha...
10 Sebab Himpunan Aman Tolak Icerd Perlu Diteruskan

10 Sebab Himpunan Aman Tolak Icerd Perlu Diteruskan

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 546 hits
SEMUA sedia maklum bahawa kerajaan telah menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Perkara ini dianggap sebagai kejayaan oleh kumpulan pendukung Perlembagaan dan seharusnya diraikan bagi...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan