Himpunan 8 12 Kl Sama Dengan Himpunan 2 12 Jakarta
Salam Solidariti Ummah 212 kepada Ummah 812
HIMPUNAN Menolak ICERD (HMI) di Dataran Merdeka pada 8 Disember lalu, rupanya turut diperhatikan secara dekat dan serius oleh rakyat negara jiran, Indonesia yang berkebetulannya turut mengadakan satu perhimpunan raksaksa seminggu sebelum itu.Salah seorang peserta Himpunan 212 yang berlangsung pada 2 Disember di Jakarta yang dihadiri kira-kira 11 juta orang, Muhammad Mundir Fathony 43, mengucapkan tahniah kepada peserta HMI sebagai tanda solidariti mewakili rakyat Indonesia yang mencintai Islam.
Kebersamaan umat Islam dalam menangani isu.Menurut Mundir yang berkerja di Qatar, himpunan seperti ini sememangnya mesti diadakan bagi menunjukkan kebersamaan umat Islam dalam menangani isu-isu yang besar yang boleh menyebabkan krisis antara agama dan kaum dan tidak mahu melihat martabat Islam diperendah-rendahkan.“Bagus (HMI) ini kerana kita melihat ada kesatuan paling kurang antara umat Nusantara untuk saling bersama menjaga agama."Di Indonesia ada partai yang berasaskan Islam tetapi menyokong pemerintah dan mereka turut sama merendahkan kedudukan Islam."Mereka ini menjadi petualang kepada gerakan Islam, menghalang agar Islam tenggelam ditekan musuh."Mereka tidak setuju dengan perjuangan Islam kerana mendapat keuntungan dari pemerintah,” terang Mundir, menggambarkan sikap yang sama oleh beberapa parti yang mengaku memperjuangkan Islam di Malaysia.Himpunan 212 itu pada dasarnya adalah hampir sama dengan tujuan asal HMI iaitu menyatakan amaran keras kepada bukan Islam untuk tidak memperolok-olokkan Islam sekali gus tidak mencampuri urusan keagamaan yang bukan hak mereka.“Himpunan 212 ini, minta keadilan daripada pemerintah kerana Kerajaan Jokowi tidak boleh dikritik dan pernah mengenakan hukuman kepada Muslim, tetapi membiarkan suara-suara menentang Islam berleluasa."Ia juga bagi memperingati himpunan tahun lalu yang mana berjaya menekan kerajaan bagi mengenakan tindakan terhadap Ahok, calon Gabenor kegemaran Presiden Jokowi, selepas beliau didakwa menghina Islam."Ada juga laporan bendera berlambangkan syahadah turut dibakar oleh pihak-pihak yang pro kerajaan dibiarkan dan umat Islam masih bersabar,” kata Mundir lagi.Jokowi, bagi Mundir adalah yang paling lemah mempertahankan Islam daripada keseluruhan Presiden Indonesia yang ada.
Kesatuan Ulamak IndonesiaBuat masa ini, calon Presiden, Probowo disokong oleh Kesatuan Ulamak Indonesia dan kerana itu, Jokowi menjadi marah, banyak juga ulamak yang telah dikenakan hukuman dakwa Mundir.Seorang lagi rakyat Indonesia di Qatar yang ditemui, Sayid Iskandar Sayid Hamzah 47, berkata, beliau gembira dengan himpunan seperti kedua-dua ini, kerana menunjukkan kebersamaan Islam dalam menangani isu-isu semasa."Walaupun dalam himpunan itu tidak terlalu dibicarakan isu politik, tetapi kita faham akan keperluan orang Islam memiliki kuasa bagi menentukan arah tuju negara, sekali gus tidak dipermudahkan oleh pihak lain."Ini semua berlaku akibat pemerintah yang gagal memberikan hak yang sepatutnya kepada orang Islam."Ditambah sekarang ini sedang dalam kempen pemilihan Presiden tahun hadapan, makanya ia akan memberi kesan," tegas beliau.Berkaitan ketiadaan pimpinan dari parti Islam yang boleh ditonjolkan untuk melawan Jokowi, beliau berpendapat, parti-parti Islam itu, sudah ada yang telah dibeli bagi memecahkan sokongan.Parti lawan bijak mengambil kesempatan dengan mencerai-beraikan kesatuan orang Islam kerana terbukti apabila orang Islam bersatu seperti himpunan ini, musuh pasti kalah.Selain itu, terdapat juga pimpinan gerakan Islam ini dituduh dengan pelbagai kes bagi merobek kepercayaan pengikut kerana peribadi pimpinan itu kotor dan tidak boleh dipercayai.Beliau mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana memberikan kesan yang sangat baik kepada umat Islam, walaupun jumlahnya mungkin kurang dari Himpunan 212 tetapi ia sangat baik jika dibandingkan populasi rakyat Malaysia. - HARAKAHDAILY 11/12/2018 (IH)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2018/12/himpunan-812-kl-sama-dengan-himpunan.html