Pengusaha Perkahwinan Terpaksa Pinjam Ceti Haram Akibat Tiada Pendapatan


Kamariah Khalidi Presiden Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM), Zarinah Mohideen bersama ahli yang lain berkumpul di Dataran Putra bagi menghantar memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri merayu supaya industri perkahwinan dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 di Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL PUTRAJAYA – Gara-gara terdesak kerana industri perkahwinan tidak beroperasi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada segelintir pengusaha terpaksa meminjam dari ceti haram atau ‘ah long’ akibat kehilangan pendapatan.
Presiden Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM), Zarinah Mohideen berkata, pengusaha industri berkenaan mengalami keperitan kerana masih perlu menyelesaikan pelbagai komitmen termasuklah sewa dewan.

Zarinah MohideenMenurut Zarinah, sudah hampir setahun mereka tidak dapat beroperasi secara lancar akibat PKP sehingga menyebabkan ratusan pengusaha terpaksa gulung tikar.
“Kita menghadapi masalah apabila ada dalam kalangan pengusaha terpaksa meminjam wang dari ceti haram.
“Mereka ini meminjam dari banyak tempat sehingga berbelas ‘ah long’ akibat tiada pendapatan walaupun sebelum ini mereka bukanlah kaki ‘ah long’ mahupun kaki judi.
“Mereka semua ini pengusaha majlis perkahwinan tetapi terjebak kerana tiada jalan lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dataran Putra di sini hari ini.
Sebahagian daripada ahli-ahli Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM) berkumpul di Dataran Putra bagi menghantar memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri merayu supaya industri perkahwinan dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawakan Pergerakan 2.0 di Putrajaya. Foto HAZROL ZAINALTerdahulu puluhan pengusaha industri perkahwinan berdaftar terdiri daripada pengurus acara, peniaga katering, penyedia dewan perkahwinan, jurusolek serta deejay berhimpun untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mengulas lanjut, Zarinah berkata, tujuan mereka berhimpun beramai-ramai bukan berniat untuk mencetuskan huru-hara namun atas dasar memohon kepada kerajaan supaya mendengar suara pengusaha dalam industri berkenaan.
“Kami harap Perdana Menteri dengar suara kami dan buka semula industri ini. Jangan ‘double standard’ kerana banyak sektor lain sudah dibuka.
“Kami sendiri tidak tahu hendak tuju ke mana kerana kalau pergi kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kami ditolak, hendak pergi ke Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pun sama.
“Kami cuma mahu hak kami didengar oleh kerajaan kerana industri perkahwinan di negara ini sudah nazak,” ujarnya.
Tambah Zarinah lagi, mereka bukan sahaja dibebani dengan kos bayaran sewa premis malah turut berdepan dengan isu Mahkamah Tribunal dan pembayaran balik kepada pelanggan.
Zarinah menjelaskan, setiap kali pelaksanaan PKP, mereka harus memulangkan semula wang kepada pelanggan yang sudah membayar untuk mendapatkan perkhidmatan.
“Kami juga menanggung kos tribunal dan isu refund (bayaran balik). Syarikat yang besar kadang-kala berdepan sehingga RM200,000 hingga RM300,000 ‘refund’.
“Kami ini tiada ‘check and balance’, bukan sahaja pengguna yang terkesan tetapi kami dalam kalangan pengusaha pun sama,” katanya.
Sementara itu, menurut Timbalan Presiden PPMPM, Daeng Syamsalleh Hamzah, pihaknya sudah menghantar surat kepada Pejabat Perdana Menteri pada 18 Februari lalu namun tiada sebarang balasan.
Daeng Syamsalleh HamzahJusteru katanya, perhimpunan  pada hari ini yang membabitkan puluhan pengusaha bertujuan merayu kepada kerajaan supaya menilai keperluan industri berkenaan untuk beroperasi semula ketika tempoh PKP 2.0.
“Kita ada tiga gabungan iaitu pengusaha perkahwinan Melayu, Cina dan juga India.
“Kira-kira 10,000 pengusaha terkesan dengan penutupan penuh industri ini termasuk hampir 200,000 pekerja yang kehilangan mata pencarian.
“Jadi kami mohon pihak berwajib agar mempertimbangkan supaya kami dapat menjalankan aktiviti perniagaan semula memandangkan April nanti sudah masuk bulan Ramadan, jadi tiada sebarang majlis perkahwinan berlangsung,” katanya. – Malaysia Gazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/pengusaha-perkahwinan-terpaksa-pinjam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengusaha Majlis Kahwin Terpaksa Pinjam Ah Long Bayar Semula Duit Pelanggan

Pengusaha Majlis Kahwin Terpaksa Pinjam Ah Long Bayar Semula Duit Pelanggan

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 261 hits
Saya rasakan ini adalah bulan terakhir yang kami mampu untuk hidup sebab bila memasuki April iaitu bulan Ramadan sudah tentu tiada majlis perkahwinan akan diadakan Wang yang ada semua sudah digunakan jika sektor ini tidak dibenarkan untuk b...
Pengusaha Majlis Perkahwinan Tertekan Ada Nyaris Bunuh Diri Zarinah

Pengusaha Majlis Perkahwinan Tertekan Ada Nyaris Bunuh Diri Zarinah

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 190 hits
Presiden Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia Zarinah Mohideen KUALA LUMPUR Pelbagai masalah termasuk perundangan yang dihadapi oleh pihak pengusaha majlis perkahwinan dan pengusaha yang terbabit dalam industri perkahwinan selepa...
Zamani Akui Sumber Pendapatan Terjejas Terpaksa Hentikan Rawatan Skoliosis

Zamani Akui Sumber Pendapatan Terjejas Terpaksa Hentikan Rawatan Skoliosis

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 152 hits
49 total views 49 views today Penyanyi Gerimis Mengundang iaitu Zamani sebelum ini pernah berkongsikan masalah kesihatan yang dialaminya Dia menghidapi penyakit tulang belakang melengkung ataupun dikenali sebagai Skoliosis sejak dahulu lagi...
Akibat Terdesak Golongan B40 Di Pulau Pinang Terpaksa Jual Atau Pajak Geran Motosikal

Akibat Terdesak Golongan B40 Di Pulau Pinang Terpaksa Jual Atau Pajak Geran Motosikal

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 261 hits
Akibat kesempitan hidup golongan B40 terutama pekerja kilang yang diberhentikan kerja dan peniaga yang terjejas ekoran penularan wabak Covid 19 di Pulau Pinang dikatakan sanggup menjual motosikal milik mereka termasuk yang baharu dibeli dua...
Lebih 1 000 Penduduk Jakarta Terpaksa Berpindah Akibat Banjir

Lebih 1 000 Penduduk Jakarta Terpaksa Berpindah Akibat Banjir

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 257 hits
Hujan lebat angin kencang dijangka berterusan hingga awal Mac Banjir besar di beberapa daerah di ibu negara Indonesia memaksa lebih 1 000 penduduk meninggalkan rumah mereka hari ini Seramai 1 380 penduduk Jakarta dari daerah selatan dan tim...
40 Pengusaha Bas Gulung Tikar Ketika Penutupan Sekolah Akibat Covid 19

40 Pengusaha Bas Gulung Tikar Ketika Penutupan Sekolah Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 346 hits
Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia Amali Munif Rahmat berkata secara keseluruhan mereka hanya dibayar enam bulan sepanjang 2020 iaitu Januari Februari Mac Julai Ogos dan September KUALA LUMPUR Pengusaha bas sekolah boleh me...
Stasiun Tawang Dinonaktifkan Kembali Akibat Banjir Perjalanan Kereta Api Terganggu

Stasiun Tawang Dinonaktifkan Kembali Akibat Banjir Perjalanan Kereta Api Terganggu

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 207 hits
Dia menyebut terdapat kereta api yang tidak bisa melanjutkan perjalanan sementara waktu yakni KA Jayabaya relasi Malang Pasar Senen Pihaknya telah mengoperasikan lokomotif Hidrolik untuk sarana menarik rangkaian KA Jayabaya yang tertahan di...
Kanta Sentuh Dilema Antara Kosmetik Dan Kebutaan Akibat Jangkitan Parasit

Kanta Sentuh Dilema Antara Kosmetik Dan Kebutaan Akibat Jangkitan Parasit

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 239 hits
Oleh Dr Noradilah Samseh binti Abdullah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM Kanta sentuh merupakan alternatif bagi merawat masalah rabun selain menggunakan cermin mata Ia digunakan untuk menambah baik tahap penglihatan sesorang indiv...
Lelaki Mati Dalam Kereta Dipercayai Akibat Terhidu Asap Polis

Lelaki Mati Dalam Kereta Dipercayai Akibat Terhidu Asap Polis

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 174 hits
Oleh ISWAN SHAFIQ ISA BUKIT MERTAJAM Seorang lelaki yang ditemukan di dalam keadaan bersandar di tempat duduk pemandu sebuah kereta di Taman Impian Jaya di sini pukul 9 30 malam tadi dipercayai mati akibat terhidu asap kenderaan tersebut Ke...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Masih Beraya

Continuous Learning

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


The Hardest Singing Show

Dato Azizul Khamis Feat Alyah Joget Celoteh Raya Chord

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

2 Minute Microwave Onsen Tamago