Pengusaha Majlis Kahwin Terpaksa Pinjam Ah Long Bayar Semula Duit Pelanggan




"Saya rasakan ini adalah bulan terakhir yang kami mampu untuk hidup, sebab bila memasuki April iaitu bulan Ramadan sudah tentu tiada majlis perkahwinan akan diadakan.
"Wang yang ada semua sudah digunakan, jika sektor ini tidak dibenarkan untuk beroperasi ramai pengusaha akan terjejas serta terpaksa menutup perniagaan masing-masing," kata Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM), Daeng Syamsalleh Hamzah.
PUTRAJAYA – Gara-gara terdesak kerana industri perkahwinan tidak beroperasi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada segelintir pengusaha terpaksa meminjam dari ceti haram atau ‘ah long’ akibat kehilangan pendapatan.

Presiden Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM), Zarinah Mohideen berkata, pengusaha industri berkenaan mengalami keperitan kerana masih perlu menyelesaikan pelbagai komitmen termasuklah sewa dewan.
Menurut Zarinah, sudah hampir setahun mereka tidak dapat beroperasi secara lancar akibat PKP sehingga menyebabkan ratusan pengusaha terpaksa gulung tikar.
“Kita menghadapi masalah apabila ada dalam kalangan pengusaha terpaksa meminjam wang dari ceti haram.
“Mereka ini meminjam dari banyak tempat sehingga berbelas ‘ah long’ akibat tiada pendapatan walaupun sebelum ini mereka bukanlah kaki ‘ah long’ mahupun kaki judi.
“Mereka semua ini pengusaha majlis perkahwinan tetapi terjebak kerana tiada jalan lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dataran Putra di sini hari ini.
Terdahulu puluhan pengusaha industri perkahwinan berdaftar terdiri daripada pengurus acara, peniaga katering, penyedia dewan perkahwinan, jurusolek serta deejay berhimpun untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mengulas lanjut, Zarinah berkata, tujuan mereka berhimpun beramai-ramai bukan berniat untuk mencetuskan huru-hara namun atas dasar memohon kepada kerajaan supaya mendengar suara pengusaha dalam industri berkenaan.
“Kami harap Perdana Menteri dengar suara kami dan buka semula industri ini. Jangan ‘double standard’ kerana banyak sektor lain sudah dibuka.
“Kami sendiri tidak tahu hendak tuju ke mana kerana kalau pergi kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kami ditolak, hendak pergi ke Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pun sama.
“Kami cuma mahu hak kami didengar oleh kerajaan kerana industri perkahwinan di negara ini sudah nazak,” ujarnya.
Tambah Zarinah lagi, mereka bukan sahaja dibebani dengan kos bayaran sewa premis malah turut berdepan dengan isu Mahkamah Tribunal dan pembayaran balik kepada pelanggan.
Zarinah menjelaskan, setiap kali pelaksanaan PKP, mereka harus memulangkan semula wang kepada pelanggan yang sudah membayar untuk mendapatkan perkhidmatan.
“Kami juga menanggung kos tribunal dan isu refund (bayaran balik). Syarikat yang besar kadang-kala berdepan sehingga RM200,000 hingga RM300,000 ‘refund’.
“Kami ini tiada ‘check and balance’, bukan sahaja pengguna yang terkesan tetapi kami dalam kalangan pengusaha pun sama,” katanya.

Sementara itu, menurut Timbalan Presiden PPMPM, Daeng Syamsalleh Hamzah, pihaknya sudah menghantar surat kepada Pejabat Perdana Menteri pada 18 Februari lalu namun tiada sebarang balasan.
Justeru katanya, perhimpunan pada hari ini yang membabitkan puluhan pengusaha bertujuan merayu kepada kerajaan supaya menilai keperluan industri berkenaan untuk beroperasi semula ketika tempoh PKP 2.0.
“Kita ada tiga gabungan iaitu pengusaha perkahwinan Melayu, Cina dan juga India.
“Kira-kira 10,000 pengusaha terkesan dengan penutupan penuh industri ini termasuk hampir 200,000 pekerja yang kehilangan mata pencarian.
“Jadi kami mohon pihak berwajib agar mempertimbangkan supaya kami dapat menjalankan aktiviti perniagaan semula memandangkan April nanti sudah masuk bulan Ramadan, jadi tiada sebarang majlis perkahwinan berlangsung,” katanya. 
Sumber: Malaysia Gazette

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/02/pengusaha-majlis-kahwin-terpaksa-pinjam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengusaha Perkahwinan Terpaksa Pinjam Ceti Haram Akibat Tiada Pendapatan

Pengusaha Perkahwinan Terpaksa Pinjam Ceti Haram Akibat Tiada Pendapatan

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 200 hits
Presiden Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia Zarinah Mohideen bersama ahli yang lain berkumpul di Dataran Putra bagi menghantar memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri merayu supaya industri perkahwinan dibenarkan beroperasi d...
Pkp Semakin Ramai Peniaga Kecil Pinjam Ah Long

Pkp Semakin Ramai Peniaga Kecil Pinjam Ah Long

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 301 hits
PKP Semakin ramai peniaga kecil pinjam Ah Long Oleh February 23 2021Tidak dinafikan sejak pandemik Covid 19 melanda negara sejak Mac yang lalu ramai individu yang terkesan Hal ini disebabkan ada syarikat yang terpaksa mengurangkan gaji peke...
Hiburan Kalau Anak Sakit Kita Bayar Bil Sendiri Rita Rudaini Risau Dengan Keputusan Buka Semula Sekolah

Hiburan Kalau Anak Sakit Kita Bayar Bil Sendiri Rita Rudaini Risau Dengan Keputusan Buka Semula Sekolah

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 353 hits
Masih lagi mencecah empat angka bagi kes harian baru Rita Rudaini meluahkan rasa risau mengenai keputusan ingin membuka sekolah semula buat semua pelajar bermula 1 Mac ini Menerusi hantaran di Instagram Story itu pelakon wanita itu risau de...
Rider Kumpul Duit Kahwin Temui Ajal Sempat Diajar Mengucap

Rider Kumpul Duit Kahwin Temui Ajal Sempat Diajar Mengucap

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 230 hits
Seorang penghantar makanan Foodpanda maut dalam kemalangan jalan raya selepas motosikal ditunggang dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang warga emas berusia 64 tahun di di Taman AST Seremban kelmarin Mangsa dikenali sebagai Muhammad A...
Rina Harun Baru Je Sronok Dh Krus Tiba2 Individu Persoal Mana Datang Duit Dia Banyak2 Bayar Utang

Rina Harun Baru Je Sronok Dh Krus Tiba2 Individu Persoal Mana Datang Duit Dia Banyak2 Bayar Utang

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 233 hits
Sejak minggu lalu nama Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun menjadi bualan hangat netizen di mana penampilannya dilihat semakin cantik dan bergaya
Pengusaha Majlis Perkahwinan Tertekan Ada Nyaris Bunuh Diri Zarinah

Pengusaha Majlis Perkahwinan Tertekan Ada Nyaris Bunuh Diri Zarinah

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 189 hits
Presiden Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia Zarinah Mohideen KUALA LUMPUR Pelbagai masalah termasuk perundangan yang dihadapi oleh pihak pengusaha majlis perkahwinan dan pengusaha yang terbabit dalam industri perkahwinan selepa...
Tular Video Nenek Kena Kelentong Pelanggan Bagi Sampul Tebal Konon Berisi Duit Bila Buka Rupanya Kertas

Tular Video Nenek Kena Kelentong Pelanggan Bagi Sampul Tebal Konon Berisi Duit Bila Buka Rupanya Kertas

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 186 hits
1 321 total views 702 views today Kisah seorang nenek yang menjual pinggan dipercayai ditipu pembeli telah menjadi tular di media sosial Kisah nenek itu telah dimuat naik menerusi akaun TikTok bernama vs brl pada Selasa Pengguna TikTok yang...
Saya Dah Beri Amaran Jangan Kahwin Lagi Isteri Serbu Majlis Ibu Mertua Siap Tampar Muka Anaknya

Saya Dah Beri Amaran Jangan Kahwin Lagi Isteri Serbu Majlis Ibu Mertua Siap Tampar Muka Anaknya

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 267 hits
The ReporterMajlis perkahwinan seorang anggota polis di Chai Nat Thailand berakhir dengan rasa malu setelah isterinya yang berpakaian serba hitam datang menyerbu dan menunjukkan sijil perkahwinan mereka untuk membuktikan pengantin lelaki it...
Pengusaha Bas Van Sekolah Ibarat Mati Hidup Semula

Pengusaha Bas Van Sekolah Ibarat Mati Hidup Semula

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 219 hits
PENGUSAHA BAS VAN SEKOLAH IBARAT MATI HIDUP SEMULA JOHOR BAHRU Pengusaha bas dan van sekolah di negeri ini bimbang pendapatan mereka terjejas susulan kerisauan ibu bapa menggunakan perkhidmatan itu pada pembukaan sesi persekolahan 1 Mac ini...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Coretan Dari Tingkat 2 Wad 29 Katil 18 Hprz 2

Sambutan Birthday Ke 9 Nur Wardina Soffea

Puding Jagung Yang Sedap

Play88 Online Slots The Evolution Of Graphics And Sound Effects

Iltizam Anak Selangor Aka Anas Yawas Pengganti Tawas

Perkhidmatan Senarai Kiosk Kwsp