Pengusaha Kedai Makan Diminta Pamer Tanda Larangan Merokok Atau Bakal Disaman


SEREMBAN, 29 Jun (Bernama) — Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengingatkan pengusaha kedai makan agar mempamerkan tanda larangan merokok di premis perniagaan mereka, kerana mereka berdepan dengan tindakan saman, sekiranya gagal berbuat demikian, bermula 1 Januari tahun hadapan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata justeru dalam tempoh aktiviti penguatkuasaan pendidikan larangan merokok di premis makanan yang dilanjutkan sehingga Disember ini, ia bukan sahaja perlu dimanfaatkan golongan perokok tetapi juga pengusaha kedai makan.
“Dari segi pematuhan premis untuk mempamerkan tanda larangan merekok agak tinggi, kita sudah buat pemeriksaan di 111,042 premis makanan dan antaranya hanya 26,357 yang tidak mempamerkan notis larangan merokok ini, kebanyakkannya patuh. “Buat sementara waktu ini kita cuma bagi amaran kerana kita masih di peringkat penguatkuasaan pendidikan tetapi tahun hadapan sekiranya masih terdapat premis yang gagal mematuhi arahan ini, kita akan ambil tindakan saman, ” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Negeri Sembilan Presidangan Saintifik Kesihatan Oral 2019 di sini, hari ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada 25 April lepas mengumumkan tempoh aktiviti penguatkuasaan pendidikan di tempat makan yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok dilanjutkan selama enam bulan lagi iaitu sehingga Disember ini.
Tempoh enam bulan sebelum ini ditetapkan berakhir pada bulan hadapan selepas pewartaan tempat makan sebagai kawasan larangan merokok bermula pada 1 Januari lepas dan susulan itu, tiada lagi penangguhan tindakan saman ke atas individu yang merokok di premis makanan selepas 1 Januari tahun hadapan.
Lee dalam pada itu turut menggalakkan mana-mana pengusaha kedai makan yang secara sukarela menghentikan penjualan rokok di premis mereka dan memberikan tumpuan kepada ´core business´ mereka seperti yang dilakukan restoran Pelita.
“Kita sebelum ini pernah mempertimbangkan untuk mendaftar premis yang menjual rokok tetapi perkara itu masih belum ada keputusan bagaimanapun sudah ada premis yang secara sukarela menghentikan penjualan rokok di premis mereka, ini amat kita galakkan kerana mereka (pengusaha) seharusnya menumpukan core business mereka.
“Memang kita gembira bila restoran ambil tindakan atau inisiatif berhenti jual rokok sebab kita sebenarnya berharap rokok ini tidak begitu senang untuk diakses perokok khususnya perokok yang masih remaja, ” katanya.
Mengenai pendaftaran perokok untuk mendapatkan perkhidmatan berhenti merokok di klinik kesihatan, hospital kerajaan dan swasta, farmasi termasuk pendaftaran secara atas talian, Lee berkata sejak pengumuman perluasan kawasan larangan merokok yang mula dilaksanakan tahun ini, jumlah pendaftaran merekodkan peningkatan.
“Berdasarkan statistik pendaftaran bagi perkhidmatan berhenti merokok yang diterima pada 2015 merekodkan seramai 7,757; 2016 seramai 9,570; 2017 seramai 10,240 manakala pada 2018 seramai 20,032. “Bagi pendaftaran secara atas talian pula pada 2016 seramai 474; 2017 seramai 325; pada 2018 seramai 485 manakala pada 2019 seramai 1,182, ” katanya.
Sumber: BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/06/29/pengusaha-kedai-makan-diminta-pamer-tanda-larangan-merokok-atau-bakal-disaman/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aduanrakyat Kkmputrajaya Drdzul Apakah Tindakan Kerajaan Ke Atas Perokok Yang Merokok Di Meja Makan Kedai Makan

Aduanrakyat Kkmputrajaya Drdzul Apakah Tindakan Kerajaan Ke Atas Perokok Yang Merokok Di Meja Makan Kedai Makan

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 468 hits
AduanRakyat Mohon Admin JohorTimes my panjangkan gambar yang diambil di kedai makan baru sebentar tadi kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia Perokok ini tanpa rasa tanggungjawab mulai membakar rokok dan menghisapnya tanpa memikirkan u...
Orang Yang Dulunya Merokok Sebaiknya Rajin Makan Tomat Agar Paru Paru Kembali Bersih

Orang Yang Dulunya Merokok Sebaiknya Rajin Makan Tomat Agar Paru Paru Kembali Bersih

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 192 hits
Sebuah penelitian baru menemukan bahwa mantan perokok yang rajin makan tomat dan buah buahan segar memiliki risiko lebih rendah mengalami penurunan fungsi paru paru menyiratkan bahwa makanan tersebut mungkin membantu memperbaiki kerusakan p...
Petition Larang Jualan Arak Di Kedai Runcit Capai 90 Ribu Tanda Tangan

Petition Larang Jualan Arak Di Kedai Runcit Capai 90 Ribu Tanda Tangan

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 408 hits
Sebuah petition yang membantah penjualan arak di kedai kedai terbuka seperti kedai runcit dan hypermarket kini telah mencapai lebih 90 ribu tanda tangan rakyat Malaysia Petition tersebut https www change org p menteri agama malaysia menghad...
Geli Kotor Bahaya Sebelum Nak Suap Anak Dengan Sudu Kedai Makan Pastikan Basuh Dahulu

Geli Kotor Bahaya Sebelum Nak Suap Anak Dengan Sudu Kedai Makan Pastikan Basuh Dahulu

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 596 hits
Banyak benda yang berada disekeliling kita sebenarnya terdedah kepada kuman dan virus Terkadang kita terlupa sekecil kecil perkara boleh membahayakan kesihatan anak anak Baca Nak makan kat kedai pastikan basuh dulu sudu dan garfu yang terse...
Kuatkuasa Larangan Merokok Mulai 1 Januari

Kuatkuasa Larangan Merokok Mulai 1 Januari

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 187 hits
Balqis Jazimah Zahari PENGUATKUASAAN larangan merokok di semua restoran dan premis makanan tetap akan dilakukan bermula 1 Januari tahun hadapan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mereka ...
Larangan Merokok Di Semua Restoran Tetap Akan Dilaksankan 1 Januari Depan

Larangan Merokok Di Semua Restoran Tetap Akan Dilaksankan 1 Januari Depan

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 326 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Pemkab Purwakarta Keluarkan Larangan Merokok Bagi Asn Saat Jam Kerja

Pemkab Purwakarta Keluarkan Larangan Merokok Bagi Asn Saat Jam Kerja

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 194 hits
Alasan utamanya pegawai harus fokus bekerja Selain itu demi kesehatan dan kebersihan juga ujar Anne
Lelaki Rakam Suara Mengilai Di Kedai Makan

Lelaki Rakam Suara Mengilai Di Kedai Makan

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 571 hits
Lelaki Rakam Suara Mengilai Di Kedai MakanBaru baru ini tular satu video seorang lelaki merakan suara benda mengilai sekitar kedai makan tersebut
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Indian Youth Ngo Condemns Racist Hawker S Sign In Sepang

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik

Gambaran Suit Power Rangers X Digimon Adventure Bergabung Meletop