Pengusaha Kantin Rayu Bantuan One Off Susulan Pkp Kali Kedua



PETALING JAYA: Bagi meringankan beban pengusaha kantin yang sudah pun mengeluarkan modal yang besar untuk persiapan pembukaan sesi persekolahan tahun ini, seorang pengusaha kantin berharap kerajaan menyediakan bantuan khas “one-off” sekurang-kurangnya RM3,000.
Miskiah Diran dan suami, Ahmad Bungkik adalah antara pengusaha kantin sekolah yang teruk terjejas tahun lalu kerana mereka hanya dapat beroperasi beberapa bulan sahaja.
Namun, jika mahu diimbas kembali episod tersebut, pasangan pengusaha kantin di SK Felda Palong Timur 1 di Segamat, Johor, itu berkata, keperitan beberapa bulan tanpa pendapatan sukar untuk diungkap – berat bahu yang memikul ibarat sudah tidak terasa.
Untuk pembukaan sesi persekolahan tahun ini, pasangan pengusaha kantin itu sudah pun berbelanja RM5,000 membeli barangan kering dan membaiki peralatan kantin yang kebanyakannya mula rosak akibat sudah lama tidak digunakan.
Baru sahaja mahu melupakan derita lama, pasangan yang sudah mengusahakan kantin sekolah sejak 2017 itu kembali diuji apabila kerajaan mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) selama dua minggu bermula 13 Jan lalu.
Ini bermakna, sesi persekolahan turut ditangguhkan dan ia memberi kesan kepada pengusaha kantin seperti mereka.
Kantin di SK Felda Palong Timur 1 di Segamat, Johor, kelihatan usang kerana sudah lama tidak beroperasi. “Kami terduduk dan tidak tahu mahu bergantung dengan sesiapa lagi,” kata mereka susulan pengumuman pelaksanaan PKP kali kedua itu.
“Kerajaan secara mengejut umumkan penangguhan sesi persekolahan 2021. Sepatutnya, ia diumumkan sebulan lebih awal atau sekurang-kurangnya awal bulan lalu kerana kami sudah pun mengeluarkan modal yang besar membaiki bumbung kantin yang kebanyakannnya rosak teruk akibat sudah lama ditinggalkan.
“Peralatan seperti pemanas air dan dinding kantin yang sudah kusam juga baru sahaja kami baik pulih,” kata mereka.
Lebih memeritkan, pasangan ini hanya menerima bantuan RM1,500 daripada Pejabat Pendidikan Daerah hujung tahun lalu dan ia sudah pun digunakan untuk menampung keperluan harian.
“Saya tidak tahu kenapa permohonan bantuan perniagaan kami ditolak. Kami juga terpaksa memberhentikan empat pekerja tetap kerana (kami) sudah tidak mempunyai sumber untuk membayar gaji mereka,” kata Miskiah yang kini berniaga secara kecil-kecilan menjual nasi lemak bungkus di sekitar kawasan kediamannya.
Justeru, Miskiah berharap kerajaan menyediakan bantuan khas “one-off” sekurang-kurangnya RM3,000 untuk menampung kerugian yang dialami pengusaha kantin yang sudah pun mengeluarkan modal yang besar bagi membuat persiapan pembukaan sekolah.
“Kita tidak tahu berapa lama lagi sesi persekolahan akan ditangguhkan, jadi bantuan ini ibarat memberi nafas baharu kepada kami untuk terus bertahan,” katanya.
Setiausaha Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM) Siti Normah Md Desa. Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM) Siti Normah Md Desa berharap Kementerian Pendidikan (KPM) membenarkan murid kembali ke sekolah secara berperingkat selepas PKP berakhir agar pengusaha kantin dapat meneruskan perniagaan mereka seperti biasa.
Siti Normah, pengusaha kantin di SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor, juga mendesak KPM mengkaji prosedur operasi standard (SOP) semasa yang tidak membenarkan pelajar membeli di kantin.
“SOP ini menyebabkan pendapatan pengusaha kantin merudum teruk. Sepatutnya KPM dapat pertimbangkan SOP lebih ketat dengan membenarkan pelajar membeli di kantin,” katanya yang mahu kaedah pesanan seperti sebelum ini dimansuhkan kerana ia dianggap tidak efektif dan menyusahkan penjaga dan pengusaha kantin.
“SOP makan di dalam kelas ‘OK’, tapi kita mahu KPM benarkan mereka membeli di kantin. Ini dapat memberi kelebihan kepada pelajar itu sendiri kerana mereka berhak memilih (pelbagai) makanan,” katanya yang turut mengeluh kantin sekolahnya hilang pendapatan hampir RM50,000 sebulan susulan PKP.
Baru-baru ini, KPM mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka di Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor dan Sabah, serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hanya membabitkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama.
Ia membabitkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) 2020 dan 2021 serta peperiksaan antarabangsa setara.
The post Pengusaha kantin rayu bantuan ‘one-off’ susulan PKP kali kedua appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/15/pengusaha-kantin-rayu-bantuan-one-off-susulan-pkp-kali-kedua/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pengusaha-kantin-rayu-bantuan-one-off-susulan-pkp-kali-ked

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan One Off Rm500 Pemandu Teksi Bas Boleh Mohon Kepada Apad Tunggu Makluman

Bantuan One Off Rm500 Pemandu Teksi Bas Boleh Mohon Kepada Apad Tunggu Makluman

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 376 hits
PUTRAJAYA Permohonan bagi mendapatkan bantuan kewangan secara one off sebanyak RM500 kepada pemandu bas dan teksi yang diumumkan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia boleh dibuat menerusi Agensi Pengangkutan Awam ...
Azmi Muslim Pasukan Lebih Bersedia Hadapi Pkp Buat Kali Kedua

Azmi Muslim Pasukan Lebih Bersedia Hadapi Pkp Buat Kali Kedua

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 258 hits
Pemain pertahanan Pulau Pinang Azmi Muslim menyifatkan persediaan pasukan kali ini lebih tersusun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan meskipun ketika ini hanya mengikuti program latihan dalam talian Jelasnya pasukan dilihat lebih matan...
Sengsara Pkp Muhyiddin Mana Bantuan Untuk Rakyat

Sengsara Pkp Muhyiddin Mana Bantuan Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 324 hits
Pada 13 Januari 2021Oleh Zamzani HusinPengumuman perintah kawalan pergerakan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam ternyata mengecewakan rakyat kebanyakan Mereka yang datang dari kelompok B40 adalah golongan yang paling terkesan den...
Awani Ringkas Pelaksanaan Pkp Kedua Lebih Tersusun Kes Covid 19 Dijangka Menurun Pada Mei

Awani Ringkas Pelaksanaan Pkp Kedua Lebih Tersusun Kes Covid 19 Dijangka Menurun Pada Mei

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 353 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terk
Ziela Jadi No Dua Kali Kedua Ini Wajah Madu Ziela Jalil Yang Jelita

Ziela Jadi No Dua Kali Kedua Ini Wajah Madu Ziela Jalil Yang Jelita

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 2929 hits
loading Kuala Lumpur Tiada angin tiada rebut tiba tiba sahaja nama penerbit dan pelakon terkenal Datuk Ziela Jalil kembali hangat diperkatakan
Negara Bakal Berdepan Kemelesetan Susulan Pkp Kata Ahli Ekonomi

Negara Bakal Berdepan Kemelesetan Susulan Pkp Kata Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 304 hits
Pakar ekonomi Yeah Kim Leng berkata perintah kawalan pergerakan dijangka melemahkan perbelanjaan pengguna PETALING JAYA Negara dijangka mengalami kemelesetan ekonomi hingga suku tahun kedua kesan daripada perintah kawalan pergerakan kata se...
Bila Nak Umum Sop Syed Saddiq Tegur Dan Beri Cadangan Susulan Pengumuman Pkp Di 6 Buah Negeri Oleh Perdana Menteri

Bila Nak Umum Sop Syed Saddiq Tegur Dan Beri Cadangan Susulan Pengumuman Pkp Di 6 Buah Negeri Oleh Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 330 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari yang akan bermula pada Rabu 13 Januari sehingga 26 Januari di 6 buah negeri iaitu Pulau Pinang Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lum...
Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan Pkp 2 0

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan Pkp 2 0

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 516 hits
1 460 total views 784 views today Tarikh Buka Sekolah 2021 Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Susulan pengumuman PKP 2 0 melalui Perutusan Khas YAB Perdana Menteri pada 11 Januari 2021 adalah dimaklu...
Hiburan Susulan Pkp 2 0 Dilaksanakan Anugerah Juara Lagu 35 Ditunda Ke Tarikh Baharu

Hiburan Susulan Pkp 2 0 Dilaksanakan Anugerah Juara Lagu 35 Ditunda Ke Tarikh Baharu

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 418 hits
Susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di beberapa buah negeri di Malaysia Anugerah Juara Lagu ke 35 yang sepatutnya berlangsung pada 7 Februari ini terpaksa ditunda ke tarikh baru yang akan diumumkan nanti Sumber ...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Normalisasikan Wanita Tegur Ibu Beri Anak Makanan Belum Dibayar

Dendam Kena Paksa Belajar Pelajar Spm Mengamuk Ibu Dan Abang Jadi Mangsa

Malaysia Negara Ke 10 Paling Menakutkan Untuk Memandu

Sajikan Dengan Keaslian Jadikannya Rasa Italian Meraikan Warisan Kulinari Itali Di B I G Publika

Resepi Ayam Kukus Mudah

Sedap Rupanya Daging Berlengas Berselera Encik Suamiku Makan