Sengsara Pkp Muhyiddin Mana Bantuan Untuk Rakyat


 
Pada 13 Januari 2021oleh Zamzani Husin
Oleh Zamzani Husin
Pengumuman perintah kawalan pergerakan (PKP) oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin semalam ternyata mengecewakan rakyat kebanyakan. 
Mereka yang datang dari kelompok B40 adalah golongan yang paling terkesan dengan pengumuman tersebut. Malah golongan M40 juga sedikit sebanyak merasai tempiasnya. 
Apatah lagi mangsa banjir. Masalah yang dihadapi mereka bagai sudah jatuh ditimpa tangga, kini menjelma pula masalah baru dalam bentuk PKP.
Seperti yang ditegaskan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Syahredzan Johan, pelaksanaan PKP harus diiringi dengan bantuan kewangan. 
Namun pengumuman yang dibuat Muhyiddin semalam tidak memperincikan sebarang bantuan kewangan kepada rakyat yang bakal terkesan dengan PKP ini.
Rata-rata rakyat meluahkan kekecewaan mereka di media sosial. Mereka menuntut supaya syarat pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi I-Sinar dihapuskan dan moratorium pinjaman dilaksanakan semula. 
Walaupun pelaksanaan PKP ini difahami untuk melandaikan semula kes jangkitan Covid-19 di negara ini, namun rakyat yang masih terpaksa meneruskan hidup dengan gaji harian misalnya, harus tetap dibela. 
Atas dasar ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan pengumuman PKP 2.0 ini sebagai lemah malah mengecewakan rakyat kebanyakan. 
Tegas Guan Eng, pengumuman Muhyiddin semalam tidak diiringi langsung dengan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM45 bilion untuk meringankan beban rakyat dan perniagaan yang mengalami kesan buruk ekonomi. 
Pakej rangsangan tersebut merangkumi:
Kenaikan pembayaran bantuan bulanan kebajikan masyarakat kepada RM1,000, termasuk kepada penganggur.Pelanjutan automatik moratorium pembayaran balik pinjaman bank, tidak termasuk golongan 20% Teratas, sehingga tarikh akhir Perisytiharan Darurat pada 1 Ogos yang akan membantu 8 juta individu dan syarikat Malaysia.Insentif pengambilan pekerja untuk jangka masa 2 tahun, di bawah MalaysiaKerja sebanyak RM500 sebulan kepada pekerja dan RM300 sebulan kepada majikan untuk mendorong mereka mengambil pekerja tempatan yang dapat mewujudkan pekerjaan bagi 600,000 pekerja Malaysia. Kadar pengangguran meningkat daripada 4.7% kepada 4.8% pada bulan November 2020 ketika PKP Bersyarat dan Pemulihan dilaksanakan.Mendigitalkan pendidikan termasuk membeli komputer riba untuk menyediakan pembelajaran atas talian bagi pelajar yang tidak dapat bersekolah, di mana pelajar hanya menghadiri 4 bulan persekolahan tahun lalu. Geran kewangan berjumlah RM10 bilion harus diberikan untuk menyediakan talian hayat kepada perniagaan baru dan sedia ada, pinjaman dan pemberian kredit, terutama untuk industri kecil dan sederhana dan industri pelancongan yang lumpuh. Industri pelancongan kehilangan pendapatan RM100 bilion tahun lalu dan tanpa “sokongan hidup” daripada kerajaan, menghadapi masa depan yang suram.Situasi ekonomi negara tambah memburuk dengan kadar pengangguran meningkat 0.1 peratus dari 4.7 peratuas kepada 4.8 peratus pada bulan November 2020 semasa PKPB dan PKPP ketika itu.
Sehubungan itu, kerajaan Muhyiddin harus segera mengumumkan bantuan kewangan kepada golongan yang paling rentan ekoran pelaksanaan PKP. 
Jangan sampai timbul cakap-cakap yang mengatakan pelaksanaan PKP dan juga darurat ini hanya untuk menyelamatkan tembolok Muhyiddin Yassin dan konco-konconya yang kini hilang majoriti.
Jika tidak benar dakwaan tersebut, Muhyiddin harus tunjukkan keprihatinan kepada rakyat yang terkesan dan segera umumkan bantuan. Jangan biarkan rakyat terus menanti. 








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2021/01/sengsara-pkp-muhyiddin-mana-bantuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Darurat Dan Pkp Kenapa Hanya Najib Yg Saran Bantuan Kpd Rakyat

Darurat Dan Pkp Kenapa Hanya Najib Yg Saran Bantuan Kpd Rakyat

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 405 hits
Parti dan mana pemimpin lebih bercakap dari sufut politik dan perundangan samada sokong atau bantah Hanya Najib sarankan kenapa darurat dan pkp tidak diiringi dengan bantuan kepada rakyat ITU yang sepatutnya diutamakan oleh semua pemimpin s...
Jangan Khayal Sediakan Rm500 Juta Untuk Rakyat Hadapi Pkp Pkpb Anwar Beritahu Muhyiddin

Jangan Khayal Sediakan Rm500 Juta Untuk Rakyat Hadapi Pkp Pkpb Anwar Beritahu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 351 hits
January 12 2021 Mulai Rabu hingga 26 Jan ini PKP akan dilaksanakan di Pulau Pinang Selangor Kuala Lumpur Putrajaya Labuan Melaka Johor dan Sabah PETALING JAYA Ketua pembangkang Anwar Ibrahim mendesak kerajaan segera menyediakan dana RM500 j...
Rakyat Kecam Muhyiddin Ulang Intipati Belanjawan 2021 Tiada Bantuan Baru

Rakyat Kecam Muhyiddin Ulang Intipati Belanjawan 2021 Tiada Bantuan Baru

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 409 hits
Pada 19 Januari 2021Oleh Zamzani HusinPerdana Menteri Muhyiddin Yassin menerima kecaman daripada warganet selepas beliau menyampaikan perutusan berkenaan bantuan khas sempena pelaksanaan PKP 2 0 semalam Ini selepas rata rata daripada mereka...
Aktiviti Sosial Sewaktu Pkp Tidak Dibenar Demi Kekang Penularan Covid 19 Muhyiddin

Aktiviti Sosial Sewaktu Pkp Tidak Dibenar Demi Kekang Penularan Covid 19 Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 292 hits
29 total views 29 views today KUALA LUMPUR 11 Jan Aktiviti sosial melibatkan perkumpulan beramai ramai seperti kenduri kahwin persidangan perarakan keagamaan termasuk Thaipusam mesyuarat seminar kursus dan sukan berkumpulan tidak dibenarkan...
Rakyat Pulau Pinang Diminta Terima Keputusan Pkp Chow Kon Yeow

Rakyat Pulau Pinang Diminta Terima Keputusan Pkp Chow Kon Yeow

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 377 hits
Kerajaan Pulau Pinang meminta semua rakyat di negeri ini menerima keputusan dan memberi kerjasama demi menjayakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dalam tempoh dua minggu bermula 13 hingga 26 Januari ini Ketua Menteri Chow Kon Yeow b...
Jangan Henti Program Bantuan Insentif Rakyat Salleh Beritahu Putrajaya

Jangan Henti Program Bantuan Insentif Rakyat Salleh Beritahu Putrajaya

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 343 hits
Seorang pemimpin Umno Sabah mengingatkan Putrajaya untuk meneruskan program bantuan dan insentif kepada rakyat ketika negara berusaha membendung penularan Covid 19 dan perintah kawalan pergerakan 2 0 dilaksanakan di beberapa negeri ADUN Usu...
Khabar Angin Pkp Rakyat Sabah Tak Panik

Khabar Angin Pkp Rakyat Sabah Tak Panik

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 374 hits
Pegawai KPDNHEP Sabah membuat pemeriksaan barangan keperluan di pasar raya di negeri itu KOTA KINABALU Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Georgie Abas berkata pembelian panik tidak berlaku di negeri i...
Pelaksanaan Pkp Bersasar Perlu Diiringi Dengan Bantuan Kewangan

Pelaksanaan Pkp Bersasar Perlu Diiringi Dengan Bantuan Kewangan

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 252 hits
Pada 8 Januari 2021Oleh Syahredzan JohanDilaporkan semalam bahawa Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia mencadangkan supaya adanya pemutus litar seperti PKP yang ber...
Pkp Orang Politik Menang Rakyat Kalahkalah

Pkp Orang Politik Menang Rakyat Kalahkalah

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 305 hits
Gambaran paling tepat nasib rakyat biasa sekarang ialah kalahkalah Minggu depan mungkin diumumkan PKP sekali lagi Saya pasrah dan saya faham tapi bagi jutaan rakyat spt saya yg ada tanggungan dll lockdown ada harga yg besar Jangkitan COVID ...
Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Yen Melemah Selepas Komen Pengerusi Fed Powell

Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Itu Aptx Lossless Teknologi Audio Tanpa Wayar Dengan Kualiti Cd

Pertolongan Allah Dekat

Peria Goreng Dengan Udang

Rendang Kerang Nasi Lemak Haji Din Tanjung Malim

Jasa Penyewaan Cold Storage Pontianak Solusi Efektif Bagi Pemilik Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material