Pengundi Rantau Makin Bimbang Kedudukan Islam


MALAYSIAKINI

   
PRK RANTAU | Senator Umno, Khairul Azwan Harun hari ini mendakwa kebimbangan mengenai kedudukan Islam semakin meningkat di kalangan pengundi Rantau.

Khairul berkata ini berdasarkan kajian oleh Pusat Pentadbiran dan Pengajian Politik (Cent-GPS) yang diasaskannya namun enggan mendedahkan butir-butir mengenai kaji selidik itu apabila ditanya.

Khairul mendakwa tinjauan tersebut dilakukan terhadap 600 pengundi di mana dua pertiga daripada mereka berumur lebih 30 tahun dan 59 peratus adalah orang Melayu.

Bagaimanapun, demografi dan metodologi yang digunakan tidak diketahui kerana Khairul memberitahu tinjauan itu tidak boleh didedahkan kepada umum.

"Daripada tinjauan itu, kami mendapati bahawa peluang pekerjaan dan kos sara hidup adalah isu yang paling penting dalam fikiran pengundi. Secara individu, kedua-dua kebimbangan ini diperhatikan terhadap lebih 60 peratus responden.

"Menariknya, kebimbangan mengenai sosial dan agama semakin meningkat dengan 50 peratus daripada subjek menyatakan kebimbangan terhadap kedudukan Islam di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Dari segi populariti, Khairul mendakwa 79 peratus responden menyukai Adun Rantau selama tiga penggal, Mohamad Hasan, yang juga pemangku presiden Umno.

"Di kalangan pemimpin Pakatan Harapan, Tun Mahathir masih menjadi yang paling popular, diterima kira-kira 72 peratus mereka yang ditinjau.

"Timbalan Perdana Menteri (Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan (Presiden PKR) Anwar Ibrahim berada di tempat kedua, kedua-duanya mendapat sekitar 50 peratus dari usaha mereka sejak beberapa bulan lalu.

"Di kem Barisan Nasional, Mohamad Hasan, yang merupakan pemangku presiden Umno adalah yang paling popular dengan 79 peratus, diikuti oleh Khairy Jamaluddin. Kedua-duanya ialah pemimpin tempatan," didakwa Khairul.

"Menariknya, (Anggota Parlimen Sembrong) Hishammuddin Hussein mendapat sambutan lebih besar berbanding bekas perdana menteri Najib Razak," katanya.

Terdahulu, Mohamad, yang juga calon BN bagi Rantau meminta lawannya berkempen secara sihat dan tidak menjejaskan keharmonian kaum di kawasan itu.

Umno dan PAS dituduh menggunakan sentimen perkauman dan agama pada pilihan raya kecil sebelum ini di Semenyih.

Mohamad sendiri mencipta kontroversi apabila mengatakan bahawa orang Melayu telah diketepikan sejak PRU14 dan mereka yang sebelumnya penumpang kini tinggal di rumah besar.

Pilihan raya kecil Rantau akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Mohamad, calon PH, Dr S Streram dan dua calon bebas iaitu R Malar dan Mohd Nor Yasin.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/pengundi-rantau-makin-bimbang-kedudukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Rantau Spr Hantar 20 922 Kad Pengundi Bermula Hari Ini

Prk Rantau Spr Hantar 20 922 Kad Pengundi Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 363 hits
MALAYSIAKINI Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil inisiatif menghantar kad pengundi bermula hari ini kepada 20 922 pengundi termasuk 118 pengundi awal yang bakal mengundi di pilihan raya kecil DUN Rantau Dalam satu kenyataan hari ini Pengerus...
Pengundi Prk Rantau Digesa Tolak Parti Main Isu Perkuaman

Pengundi Prk Rantau Digesa Tolak Parti Main Isu Perkuaman

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 328 hits
Pengundi PRK Rantau digesa tolak parti main isu perkuamanPosted By on March 28 2019Setelah 5 hari berlangsungnya Perhimpunan Solidariti Untuk Keamanan di Kuala Lumpur pelbagai pihak berharap mesej himpunan itu telah sampai ke minda dan hati...
Tinjauan Awal Pengundi Sebelum Prk Rantau

Tinjauan Awal Pengundi Sebelum Prk Rantau

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 457 hits
Tinjauan Awal Pengundi Sebelum PRK Rantau Hari penamaan calon untuk pilihan raya kecil Rantau masih berbaki 12 hari maka masih terlalu awal untuk menelaah kedudukan apatah lagi keputusan parti yang akan bertanding pada PRK tersebut Kecender...
Prk Rantau Tok Mat Makin Gelabah Dan Mula Main Kotor

Prk Rantau Tok Mat Makin Gelabah Dan Mula Main Kotor

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 440 hits
Gelabah Semakin panik Masyarakat Rantau telah mula kenal siapa Tok Mat calon Bn sebenarnya Indah khabar dari rupa Akhirnya sampai ke tahap ini kempen mereka
Amk Keadilan Bimbang Berlaku Pembunuhan Jika Pas Gelar Dap Anti Islam

Amk Keadilan Bimbang Berlaku Pembunuhan Jika Pas Gelar Dap Anti Islam

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 371 hits
Tuduhan anti Islam yang dilemparkan PAS kepada DAP boleh mencetuskan pembunuhan kata Exco Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama AMK PUSAT Wan Ji Wan Hussin Menurutnya perkara tersebut boleh berlaku jika pendirian DAP yang tidak selari dengan ...
Sultan Mizan Bimbang Tindakan Menyentuh Kesucian Islam Institusi Diraja Sesetengah Pihak

Sultan Mizan Bimbang Tindakan Menyentuh Kesucian Islam Institusi Diraja Sesetengah Pihak

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 420 hits
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan rasa bimbang dengan tindakan pihak tertentu yang berani menyentuh kesucian agama Islam di samping memperlekehkan institusi diraja Baginda bertitah pelbagai perkara yang berlaku di neg...
Umno Senator Claims Rantau Voters Growing Worried About Islam S Status

Umno Senator Claims Rantau Voters Growing Worried About Islam S Status

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 267 hits
Umno senator Khairul Azwan Harun today claimed that concerns about the position of Islam are on the rise among voters in This was based he said on a survey conducted by the Centre for Government Political Studies which he co founded Accordi...
Prk Rantau Pengundi Tidak Kenal Siapa Streram Viralhancing

Prk Rantau Pengundi Tidak Kenal Siapa Streram Viralhancing

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 399 hits
Rata rata pengundi dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau didapati tidak mengenali calon Pakatan Harapan Dr S Streram Hasil tinjauan Malaysia Gazette di Pusat Daerah Mengundi Rantau mendapati pengundi di sini tertanya tanya d...
7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu

Pasu Kosong

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders

Nahas Trak Fru Pemandu Lori Direman Empat Hari

10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah

Percutian Ke Batam Indonesia

Another Construction Site Ordered To Close In Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Al Fateh Tak Sihat

Mamee Chef Lontong Sedap Juga

Tri Suaka Kiw Kiw Cinta Chord

Kemaskini Pasaran Saham As Pada 14 Mei

This 1973 Harley Shovelhead Is Inspired By The Legendary Joe Petrali

Kepala Air Punca Tanda Kesan Dan Bahaya