Saham Pengasas Public Bank Bakal Diwarisi Amanah Keluarga




KUALA LUMPUR: Pegangan saham mendiang Pengasas dan Emeritus Public Bank, Tan Sri Dr Teh Hong Piow di dalam bank yang diasaskannya pada tahun 1965 itu dijangka akan diserahkan kepada syarikat amanah keluarga buat masa ini.
Penganalisis Maybank Investment Bank, Desmond Ch'ng, berkata mendiang memegang 23.4 peratus kepentingan di dalam Public Bank, yang dianggarkan bernilai kira-kira RM19.9 bilion berdasarkan harga penutup saham kumpulan perbankan ketiga terbesar di Malaysia dari segi aset itu pada RM4.40, Isnin lalu.
"Saham Public Bank diniagakan pada nisbah harga berbanding nilai perusahaan tertinggi dalam sejarah bagi sektor perbankan, selain diperkukuhkan dari segi pulangan ke atas ekuiti (ROE) yang juga tertinggi dalam industri.
"Sebarang usaha pengambilalihan dan penggabungan (M&A) akan menjadi proses yang menelan belanja besar kepada mana-mana pihak domestik yang mahu berbuat demikian, pada pandangan kami. 
"Kami menjangkakan pegangan saham (mendiang) akan diserahkan kepada amanah keluarga, pada peringkat ini," katanya dalam satu nota penyelidikan.
Selain mendiang, dua lagi pemegang saham terbesar Public Bank adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu sebanyak 14.5 peratus dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP sebanyak 4.1 peratus.
Mengulas lanjut, Ch'ng berkata, walaupun kehadiran mendiang pastinya akan dirindui, operasi Public Bank sepatutnya berjalan seperti biasa di peringkat kumpulan perbankan kerana ia sudah diserahkan kepada pasukan yang berkebolehan.
"Pengurusan Public Bank kekal utuh dengan Lai Wan (berumur 79 tahun) sebagai Pengerusi, Tan Sri Tay Ah Lek (79) sebagai Pengarah Urusan, dan Datuk Chang Kat Kam (67) sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif selain dua Ketua Pegawai Operasi Kanan iaitu Cik Chang Siew Yen (53) dan Datuk Sulaiman Abd Manap (65)," katanya.
Mendiang tokoh perbankan itu adalah antara individu penting dalam pembangunan institusi kewangan di Malaysia dan individu keempat terkaya di Malaysia berdasarkan senarai Forbes dengan nilai kekayaan sebanyak RM26 bilion.
Hong Piow memulakan kerjaya perbankannya pada tahun 1950 sebagai kerani bank di Overseas-Chinese Banking Corporation Ltd sebelum dinaikkan pangkat kepada pegawai dalam tempoh lima tahun.
Mendiang kemudiannya menyertai Malayan Banking Bhd sebagai pengurus pada 1960 sebelum pada 1964 dinaikkan pangkat ke jawatan Pengurus Besar pada usia 34 tahun.
Hong Piow kemudian meninggalkan Malayan Banking untuk menubuhkan Public Bank pada 1965.
Sejak itu, mendiang menyelia evolusinya menjadi sebuah institusi kewangan moden dan bersepadu dengan rangkaian luas lebih 200 cawangan domestik dan di luar negara.
Mendiang memegang jawatan utama dalam pelbagai organisasi seperti Yayasan Awam, Malaysia dan LPI Capital Bhd.
Hong Piow dilahirkan di Singapura pada 14 Mac 1930 dan mengikuti pendidikan formal rendah dan menengah di Sekolah Cina Anglo di republik itu.
Public Bank mula disenaraikan di Bursa Malaysia pada 1967. Sejak itu, kumpulan perbankan itu semakin berkembang kukuh dengan 293 cawangan dalam negara, 150 cawangan luar negara dan lebih 19,000 kakitangan, dengan kehadiran di pasaran seperti China, Hong Kong, Kemboja, Vietnam, Laos serta Sri Lanka. - Berita Harian

 
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lagiberita.blogspot.com/2022/12/saham-pengasas-public-bank-bakal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parti Amanah Bakal Terkubur

Parti Amanah Bakal Terkubur

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 494 hits
AMANAH menang 8 kerusi dari 54 kerusi yang mereka tandingi Tokoh seperti Khalid Samad Mujahid dan beberapa tokoh lagi dalam AMANAH tumbang Biarpun kalah menang dalam sesuatu PRU itu perkara biasa jangan dipandang enteng kekalahan itu Mudah ...
Dakwaan Terdapat Bantuan Kanak Kanak Berjumlah Sehingga Rm1000 Bakal Diterima Bermula 2023 Adalah Tidak Benar

Dakwaan Terdapat Bantuan Kanak Kanak Berjumlah Sehingga Rm1000 Bakal Diterima Bermula 2023 Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 232 hits
SEBENARNYA Menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Dimaklumkan bahawa informasi yang tular di laman sosial berhubung dengan Bantuan Kanak kanak Berjumlah Sehingga RM1000 Bakal Diterima
Usai Tuai Kritikan Oscar 2023 Akhirnya Bakal Siarkan Lagi Seluruh 23 Kategori Secara Live

Usai Tuai Kritikan Oscar 2023 Akhirnya Bakal Siarkan Lagi Seluruh 23 Kategori Secara Live

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 205 hits
Semoga ke depannya nggak ada lagi kontroversi kontroversi yang bikin banyak orang jadi males nonton ajang penghargaan ini ya
Beli Motor Listrik Bakal Disubsidi Rp6 5 Juta Haruskah Kita Beralih Ke Kendaraan Listrik

Beli Motor Listrik Bakal Disubsidi Rp6 5 Juta Haruskah Kita Beralih Ke Kendaraan Listrik

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 173 hits
Ada rencana pemerintah untuk subsidi motor listrik tahun depan tapi cermati dulu kebutuhanmu serta kelebihan dan kekurangan kendaraan listrik sebelum memutuskan untuk membelinya ya
Disney Umum Bakal Lancar Dokumentari Super Junior The Last Man Standing

Disney Umum Bakal Lancar Dokumentari Super Junior The Last Man Standing

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 177 hits
Siap sedia semua untuk pelbagai kandungan menarik di laman Disney ARTIKEL BERKAITAN Terbaru acara Disney Content Showcase 2022 telah diadakan di dewan acara utama Marina Bay Sands Singapore mempamerkan kandungan yang dijadualkan untuk tayan...
Alhamdulillah Syukur Dr Sheikh Muszaphar Bakal Timang Cahaya Mata Guna Lagu Fifa World Cup Dalam Video

Alhamdulillah Syukur Dr Sheikh Muszaphar Bakal Timang Cahaya Mata Guna Lagu Fifa World Cup Dalam Video

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 284 hits
Alhamdulillah itulah kata kata yang diucapkan saat berita kehamilan disampaikan oleh Dr Halina Hasrat Dr Sheikh Muszaphar Shukor ingin menambah cahaya mata yang dikongsi dalam webinar Mama Tak Penat Susukan Anak Pa Ma pada tahun lepas akhir...
Kamera Tilang Elektronik Bakal Lebih Canggih Bisa Deteksi Pengendara Tanpa Sim

Kamera Tilang Elektronik Bakal Lebih Canggih Bisa Deteksi Pengendara Tanpa Sim

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 157 hits
Nantinya sistem ETLE akan menerapkan fitur face recognition sehingga bisa menangkap wajah dan mengidentifikasi namanya siapa alamatnya di mana punya SIM atau enggak
Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Aidilfitri 2025

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri