Pengumuman Dividen Tabung Haji 2023 2024 Semakan


HIBAH / DIVIDEN TABUNG HAJI (TH) 2024: AGIHAN KEUNTUNGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 & CARA SEMAKAN MELALUI THIJARI
Setelah diumumkan kadar pengagihan dividen ASB, ramai yang tertanya-tanya, bilakah pula pengumuman dividen / hibah Tabung Haji (TH) akan diumumkan.
Untuk makluman, Sidang Media Pengumuman Agihan Keuntungan Tabung Haji 2023 yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar telah berlangsung pada 2 April 2024 (Selasa), di Menara TH, Kuala Lumpur.
Di sini dikongsikan info lanjut tentang jumlah agihan pendapatan TH 2023 / 2024 serta kadar yang diperolehi pada tahun-tahun sebelumnya.
Kriteria Kelayakan Pendeposit Menerima Agihan Keuntungan Tabung Haji 2024 Pastikan semua kriteria ini dipenuhi bagi melayakkan pendeposit menerima Agihan Keuntungan / dividen TH 2024:
Telah membuka akaun sebelum / pada 5 hb Disember bagi tahun kewangan terlibat Akaun mestilah berstatus aktif pada 31 Disember dan kekal aktif sehingga tarikh kredit agihan keuntungan dibuat Pendeposit yang membuat penutupan akaun sebelum tarikh pengkreditan agihan keuntungan tidak layak menerima agihan keuntungan bagi tahun kewangan terlibat. Pengumuman Dividen TH 2023 / 2024 TERKINI : Sidang Media Agihan Keuntungan TH telah diumumkan pada 2 April 2024 secara langsung di TV AlHijrah dan Astro Awani.
Sidang media pengumuman agihan keuntungan Tabung Haji 2023 yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar di Menara TH, Kuala Lumpur.
Lembaga Tabung Haji mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun 2023 kekal pada kadar 3.10% setelah zakat 2.57 peratus dilunaskan bagi pihak pendeposit – Datuk Mohd Na’im Mokhtar
Tarikh Semakan Akaun Semakan dividen Tabung Haji (TH) ini boleh dibuat mulai hari ini, 2 April 2024 jam 12.00 tengah hari melalui
Portal Internet : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB & Ambank THiJARI ATM : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank & CIMB Cara Semakan Dividen (Hibah) & Bonus Tabung Haji 2023 Di sini dikongsikan cara membuat semakan dividen Tabung Haji 2023 / 2024 secara online melalui portal THiJARI:
Dapatkan capaian internet dan pergi ke laman web rasmi ThiJARI di  www.thijari.com.my. Masukkan login ID yang telah didaftarkan. Kesemua akaun termasuk akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar dan login ke THiJARI.  Untuk menyemak butiran terperinci berkaitan dividen melalui THiJARI, anda boleh menekan pada menu “Ringkasan Akaun” pada akaun yang diinginkan. Anda boleh semak pada ‘Penyata Akaun’ > Bulan Februari 2022 atau ‘Transaksi Terkini’.
Jumlah dividen yang dikreditkan akan ditulis sebagai AGIHAN KEUNTUNGAN 2023 (seperti dalam gambar di bawah). NOTA:
Agihan keuntungan TH tahun 2023/2024 ini boleh disemak bermula jam 12.00 tengah hari, Sabtu, 2 April 2024 melalui saluran berikut:
Semakan dividen TH melalui THiJARI Kaunter-kaunter Tabung Haji Saluran elektronik Bagi yang belum mendaftar akaun Tabung Haji Online di THiJARI, sila rujuk langkahnya di sini: THiJARI: Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online
Sejarah Dividen Tabung Haji Terdahulu (1994-2022) TH telah mengumumkan kadar Agihan Keuntungan TH bagi tahun 2023 sebanyak 3.10% setelah zakat dilunaskan bagi pihak pendeposit.
Berikut adalah sorotan pembahagian hibah / dividen Tabung Haji yang diumumkan pada tahun 2022 dan tahun-tahun sebelum ini.
1994 : 9.5% 1995 : 9.5% 1996 : 9.5% 1997 : 9.5% 1998 : 8.0% 1999 : 8.0% 2000 : 5.5% 2001 : 3.25% 2002 : 3.5% 2003 : 4.0% 2004 : 4.3% 2005 : 4.5% 2006 : 4.75% 2007 : 5.0% + 2.0% Bonus 2008 : 5.0% 2009 : 5.0% 2010 : 5.5% 2011 : 6.0% 2012 : 6.5% + 1.5% Bonus 2013 : 6.0% + 2.0% Bonus 2014 : 6.25% + 2% Bonus 2015 : 5% + 3% Bonus 2016 : 4.25% + 1.50% Bonus 2017 : 4.25% + 1.75% 2018 : 1.25% 2019 : 3.05% 2020 : 3.10% 2021 : 3.10% 2022 : 3.10%
Pendeposit Tidak Perlu Bayar Zakat Lagi Setelah Menerima Dividen Tabung Haji Salah satu kelebihan membuat simpanan di Tabung Haji adalah, TH turut melunaskan pembayaran zakat.
Oleh itu, selain mendaftar Haji, para pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan yang diterima oleh mereka.
Pembayaran zakat ini akan memberi manfaat kepada golongan asnaf yang memerlukan di seluruh negara.
Cara Pengiraan Dividen TH Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2023/2024 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2023 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, contohnya 3.10% bagi tahun 2023.
Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:
Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2022 / Bilangan Bulan) x 3.10% Maklumat Lanjut Tabung Haji Contact Centre (THCC)
Telefon : +603 – 6207 1919
Faks : +603 – 7728 4959
Emel : [email protected]

SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990
*setiap jawapan akan dicaj RM0.50
Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang 
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)
Follow media sosial Tabung Haji untuk update terkini di Facebook Official : Lembaga Tabung Haji
Rujuk : Sidang Media Pengumuman Agihan Keuntungan 2022 TH
Soalan Lazim : https://www.tabunghaji.gov.my/ms


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/hibah-dividen-tabung-haji-2024/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hibah-dividen-tabung-haji-2024

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dividen Tabung Haji 2023 Agihan Keuntungan Th Tahun Ini

Dividen Tabung Haji 2023 Agihan Keuntungan Th Tahun Ini

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 132 hits
Pada 2 April 2024 Lembaga Tabung Haji mengumumkan dividen atau agihan keuntungan Tabung Haji tahun 2023 adalah sebanyak 3 10 setelah dilunaskan zakat 2 57 bagi pihak pendeposit Jika dilihat dan dibandingkan dengan tahun sebelum sebelumnya n...
Dividen Bank Rakyat 2023 2024 Tarikh Pengkreditan

Dividen Bank Rakyat 2023 2024 Tarikh Pengkreditan

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 128 hits
Masuk bulan April ahli Bank Rakyat mungkin mula tertanya tanya bilakah dividen akan diumumkan dan berapa agaknya kadarnya pada tahun ini kan Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang dividen Bank Rakyat dan cara membuat semakan pengkreditan ...
Jemaah Haji 2023 Yang Mengidap Demensia Naik Drastis Totalnya Capai 431 Orang

Jemaah Haji 2023 Yang Mengidap Demensia Naik Drastis Totalnya Capai 431 Orang

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 77 hits
Kementerian Kesehatan mencatat jemaah haji yang mengidap demensia pada penyelenggaraan haji tahun 2023 mengalami peningkatan drastis
Daging Pembayaran Dam Jemaah Haji Akan Dibawa Pulang Ke Indonesia Mulai 2024 Ini Alasannya

Daging Pembayaran Dam Jemaah Haji Akan Dibawa Pulang Ke Indonesia Mulai 2024 Ini Alasannya

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 78 hits
Kementerian Agama sudah membuat pedoman untuk rencana tersebut agar bisa mulai diterapkan pada musim haji 2024
Terbanyak Sepanjang Masa 241 000 Jemaah Haji Indonesia Akan Berangkat Ke Tanah Suci Tahun 2024

Terbanyak Sepanjang Masa 241 000 Jemaah Haji Indonesia Akan Berangkat Ke Tanah Suci Tahun 2024

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 87 hits
Sebanyak 241 000 orang Indonesia akan menunaikan ibadah haji tahun 2024 Keberangkatan jemaah haji tahun ini menjadi yang terbanyak sepanjang sejarah
45 000 Lansia Akan Tunaikan Ibadah Haji Tahun 2024

45 000 Lansia Akan Tunaikan Ibadah Haji Tahun 2024

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 105 hits
Jumlah petugas haji tahun ini 4 200 orang Artinya satu petugas harus bisa melayani 11 jemaah haji lansia
All Cheers For 1q 2024 Gdp Growth Of 4 2 But Sustaining That Pace Is Tricky And Highly Challenging

Tajuk Utama Minggu Ini Ytl Power Euforia Gabungan Axiata Inflasi Rendah Gdp 1q Wajib

Kenapa Bini Aku Tak Cantik

Menyamar Polis Samun Warga Asing Penjawat Awam Antara 4 Ditahan

Iranian President Raisi Feared Dead As Helicopter Wreckage Found

Tutorial Cara Daftar Asb Online Dan Cara Semak Asb Guna Ic

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Biodata Shalin Zulkifli Ratu Boling Tenpin Negara



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Tengok Movie Godzilla X Kong The New Emipire

Manfaat Flyers Untuk Pemasaran Tempatan Yang Berkesan

Mengapa Memilih Bahan Percetakan Berkualiti Untuk Perniagaan Anda

Ucapan Kepada Saudara Dan Sahabat Yang Akan Pergi Menunaikan Haji

Apa Itu Wang What Is Money

Zamree Sendiri Kesepian Chord