Pengorbanan Patuh Sop Satu Jihad Besar Muhyiddin


Siti Hafidah

PM percaya percaya kemeriahan sambutan Aidiladha tetap dirasa KUALA LUMPUR– Pengorbanan dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan pandemik COVID-19, termasuk tidak melakukan aktiviti merentas negeri dan saling menziarahi semasa Hari Raya Aidiladha, merupakan jihad besar di sisi Allah SWT dalam ikhtiar untuk menyelamatkan nyawa.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun kerajaan menguatkuasakan beberapa larangan tertentu mengikut SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN),  namun beliau percaya kemeriahan sambutan tetap dirasakan.
“Ini bermakna, saudara saudari perlu terus berada di rumah dan menyambut Aidiladha dengan keluarga di rumah secara sederhana. Panduan dan SOP yang dikeluarkan pihak berkuasa perlu kita patuhi kerana ia semata-mata untuk memenuhi tuntutan syarak dalam melindungi nyawa kita daripada bahaya COVID-19.
“Namun berita baiknya ialah kita membenarkan pelaksanaan Solat Sunat Aidiladha dan Solat Jumaat dengan diperluaskan kuantitinya kepada 50 orang. Bagaimanapun Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri akan menetapkan SOP mengikut kesesuaian di negeri atas perkenan Sultan-Sultan Negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Ucapan Khas Bersempena Hari Raya Aidiladha 1442H/2021 yang disiarkan di stesen televisyen tempatan malam ini.
Sementara itu, Muhyiddin menyifatkan petugas barisan hadapan yang terdiri daripada kalangan petugas kesihatan, keselamatan, penjawat awam, sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mempamerkan bentuk pengorbanan yang tinggi dalam melawan wabak COVID-19 semenjak lebih setahun lalu.
“Saya sangat menghargai pengorbanan ini. Saya doakan agar pengorbanan saudara dan saudari petugas barisan hadapan, malah pengorbanan rakyat secara umumnya akan dikurniakan ganjaran terbaik di sisi Allah SWT,” katanya.
Menyentuh mengenai ibadah korban, Perdana Menteri berkata, pelaksanaannya kali ini sedikit berbeza dengan sebelumnya kerana perlu mematuhi garis panduan dan SOP yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Veterinar bagi melindungi nyawa orang ramai daripada bahaya COVID-19.
Sementara itu, katanya ramai sedih apabila terpaksa menangguhkan semua urusan berkaitan operasi musim haji tahun ini susulan keputusan pihak berkuasa Arab Saudi tidak membenarkan jemaah negara luar ke Tanah Suci atas faktor ancaman COVID-19, dan Perdana Menteri berharap umat Islam dapat menerima ketentuan itu dengan penuh reda, sabar dan berlapang dada.
“Peluang untuk menunaikan ibadah haji merupakan saat yang sangat ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Kita semua rindukan kesempatan untuk mengunjungi Baitullah al-Haram dan menziarahi maqam Rasulullah SAW ketika berada di tanah suci,” katanya sambil berharap semoga tahun depan umat Islam di Malaysia dapat mengerjakan ibadah haji.
Muhyiddin turut mengajak umat Islam bersama-sama membacakan Al-Fatihah kepada mereka yang telah pulang ke Rahmatullah akibat COVID-19, selain berdoa agar individu yang sedang menerima rawatan akibat jangkitan virus itu segera sembuh.
“Kepada Allah SWT kita mohonkan semoga wabak COVID-19 segera berakhir. Sesungguhnya, pertolongan dan rahmat Allah itu bersama hamba-hambanya yang sentiasa berusaha gigih, bersabar dan bertawakal. Insya-Allah kita akan berjaya.
“Saya, isteri dan seisi keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aildiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia, khususnya kepada barisan petugas hadapan yang telah mengorbankan masa dan tenaga mereka demi memastikan keselamatan dan kesihatan kita semua. Maaf zahir dan batin,” katanya. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/pengorbanan-patuh-sop-satu-jihad-besar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awani Borneo 20 07 2021 Patuh Sop Ditetapkan Kadar Vaksinasi Rendah Hanya Di Rumah

Awani Borneo 20 07 2021 Patuh Sop Ditetapkan Kadar Vaksinasi Rendah Hanya Di Rumah

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 271 hits
Laporan berita padat dan ringkas dari Kepulauan Borneo bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut Tumpuan AWANIBorneo 20 Julai 2021 Aidiladha disambut sederhana dalam norma baharu Penduduk Kampung Astana Lot di Kuching sambut Aidil
Bakul Makanan Tak Salah Bagi Bantuan Perlu Patuh Sop Mkn

Bakul Makanan Tak Salah Bagi Bantuan Perlu Patuh Sop Mkn

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 284 hits
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hanya membuat permohonan pemberian bakul makanan dari rumah ke rumah dan bukannya pemberian bakul makanan secara berpusat di Pejabat Parlimen Muar Justeru Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan My...
Kontak Rapat Punca Kes Di Sabah Meningkat Masih Ramai Tidak Patuh Sop Kata Masidi

Kontak Rapat Punca Kes Di Sabah Meningkat Masih Ramai Tidak Patuh Sop Kata Masidi

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 342 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata masih ada rakyat di negeri itu yang tidak mematuhi SOP KOTA KINABALU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata masih ada rakyat di negeri itu yang tidak memat...
Mudarat Besar Jika Muhyiddin Terus Memimpin

Mudarat Besar Jika Muhyiddin Terus Memimpin

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 258 hits
Mudarat besar jika Muhyiddin terus memimpin Mudarat lebih besar jika kerajaan Muhyiddin diberi peluang lagi gabungan NGO serah memorandum ke Istana Satu gabungan hampir 50 NGO menyeru Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Jemaah Menterinya b...
Kebarangkalian Tinggi Penduduk Masih Tidak Patuh Sop Di Sabah

Kebarangkalian Tinggi Penduduk Masih Tidak Patuh Sop Di Sabah

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 279 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun KOTA KINABALU Terdapat kebarangkalian tinggi penduduk di Sabah masih melaksanakan aktiviti tanpa mematuhi prosedur operasi standard walaupun pelbagai seruan dan saranan telah...
Covid 19 Bukti Penduduk Tak Patuh Sop 712 Kes Meningkat Di Sabah

Covid 19 Bukti Penduduk Tak Patuh Sop 712 Kes Meningkat Di Sabah

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 339 hits
Covid 19 Penduduk tak patuh SOP kes meningkat di Sabah KOTA KINABALU Peningkatan kes baharu harian Covid 19 hingga 712 kes pada Sabtu berbanding 516 kes semalam menggambarkan penduduk di Sabah masih tidak mematuhi sepenuhnya prosedur operas...
Ahli Mt Umno Dedah Kenapa Menteri Umno Sokong Muhyiddin

Ahli Mt Umno Dedah Kenapa Menteri Umno Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 299 hits
Tidak sampai seminggu UMNO meminta Muhyiddin Yassin berundur secara terhormat daripada jawatan perdana menteri 14hb Julai yang lalu kabinet yang mana di dalamnya termasuk ahli parlimen UMNO menyatakan sokongan kepada Presiden Bersatu itu Da...
Muhyiddin Kata 100 Dewasa Telah Divaksin Menjelang Oktober

Muhyiddin Kata 100 Dewasa Telah Divaksin Menjelang Oktober

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 216 hits
Muhyiddin kata 100 dewasa telah divaksin menjelang Oktober Kerajaan telah menempah lebih 76 1 juta dos vaksin kerana hanya vaksinasi kunci untuk memerangi wabak COVID 19 kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Beliau berkata daripada ...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Lirik Lagu Untuk Semua Jiwa Hun Haqeem Ft Noki