Penglihatan Kabur Kerap Kencing Tanda Tanda Diabetis Ibu Hamil Perlu Lakukan Gtt


Minum air gula atau dikenali sebagai Ujian toleransi glukosa (GTT) digunakan untuk mendiagnos penyakit diabetis semasa kehamilan (diabetes gestasi) dengan memeriksa keadaan tubuh anda mengawal paras gula dalam darah.

Diabetes gestasi ini adalah komplikasi kehamilan yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita. Walaupun ia adalah biasa, ujiannya tidak dilakukan secara rutin. Ujian akan diberikan sekiranya anda ada kemungkinan mendapat diabetes gestasi. Kebiasaannya ujian dilakukan apabila kandungan berusia antara 24 hingga 28 minggu. Ujian juga boleh dilakukan seawal kandungan 16 minggu bergantung kepada sejaran perubatan anda.
Keperluan melakukan GTT
GTT adalah penting kerana diabetes gestasi selalunya tidak menunjukkan simptom yang jelas. Jikan diabetes gestasi tidak dikenalpasti dan dirawat ia mungkin boleh merisikokan anda dan kandungan.

 
Simptom kebiasaan diabetes gestasi adalah:
• Keletihan
• Dahaga yang melampau
• Banyak membuang air kecil
• Penglihatan kabur
Diabetes gestasi berlaku apabila badan anda gagal untuk menghasilkan insulin yang mencukupi. Insulin adalah hormon yang memastikan paras gula dalam darah anda stabil. Ia juga membantu tubuh anda untuk menyimpan gula apabila anda memerlukannya pada masa akan datang.
Semasa kehamilan, tubuh perlu menghasilkan insulin tambahan untuk memenuhi keperluan bayi terutamanya apabila dia sedang membesar. Sekiranya badan anda tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi, kemungkinan akan mengalami terlalu banyak gula dalam darah dan menyebabkan diabetes gestasi.
Kandungan gula dalam darah yang terlalu banyak bermakna bayi anda besar dan ini meningkatkan kelahiran Caesarean. Manakala diabetes gestasi yang tidak terkawal pula menyebabkan risiko kematian bayi semasa di dalam kandungan.
Risiko diabetes gestasi
• Wanita berumur 25 tahun ke atas
• Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 atau lebih
• Sejarah kelahiran bayi besar, melebihi 4kg
• Sejarah kandungan yang mempunyai diabetes semasa hamil
• Ahli keluarga mempunyai diabetes
• Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnios), keguguran
Jika anda mempunyai salah satu daripada faktor berkenaan, ada perlu menjalani GTT.

Diabetes gestasi

Interpretasi hasil ujian
Jika anda diuji untuk diabetes gestasi, doktor anda akan mempertimbangkan keputusan setiap ujian glukosa darah. Jika tahap glukosa dalam darah anda lebih tinggi daripada 140 mg / dL (7.8 mmol / L) selepas ujian satu jam, doktor anda akan mengesyorkan ujian selama tiga jam. Jika tahap glukosa anda darah anda lebih tinggi daripada 190 mg / dL (10.6 mmol / L) selepas ujian satu jam, anda akan didiagnosis dengan diabetes gestasi.
Rawatan diabetes gestasi
Dalam kebanyakan kes, anda boleh mengawalnya dengan mengubah diet dan selalu bersenam Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan cara:
• Mengamalkan diet seimbang yang sihat;
• Mengurangkan pengambilan makanan dan minuman bergula
Jika berat badan anda berlebihan sebelum hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Doktor juga akan menerangkan bagaimana cara untuk memantau tahap gula dalam darah. Kemudian anda boleh memeriksa sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak.
 
 

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Penglihatan Kabur, Kerap Kencing Tanda-Tanda Diabetis. Ibu Hamil Perlu Lakukan GTT appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/penglihatan-kabur-kerap-kencing-tanda-tanda-diabetis-ibu-hamil-perlu-lakukan-gtt-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimana Jika Ibu Hamil Ingin Ambil Minyak Ikan Selamat Atau Tidak

Bagaimana Jika Ibu Hamil Ingin Ambil Minyak Ikan Selamat Atau Tidak

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 152 hits
Anda mungkin pernah mendengar tentang khasiat dan kebaikan minyak ikan untuk kesihatan bayi yang baru lahir Walau bagaimanapun adakah pengambilan minyak ikan untuk ibu hamil ini benar benar selamat Ini apa yang anda perlu tahu sebelum menga...
Jangan Terkejut Kalau Bayi Baru Lahir Ada Gigi Sebab Tu Penting Pemeriksaan Gigi Ibu Ketika Hamil

Jangan Terkejut Kalau Bayi Baru Lahir Ada Gigi Sebab Tu Penting Pemeriksaan Gigi Ibu Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 225 hits
Doktor anak saya tumbuh gigi sejak dia lahir nak kena cabut ke biarkan saje Jangan terkejut tau kalau baby yang baru lahir tiba tiba ada gigi dua batang kat bawah gigi tu memang boleh tumbuh Gigi yang tumbuh pada hari baby dilahirkan dipang...
Jenis Jenis Vitamin Pemakanan Yang Betul Untuk Ibu Hamil

Jenis Jenis Vitamin Pemakanan Yang Betul Untuk Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 159 hits
Vitamin untuk ibu hamil penting bagi menjaga kesihatan diri dan kandungan Tetapi apakah kandungan yang perlu ada dalam vitamin mengandung serta diet pemakanan yang terbaik Diet pemakanan vitamin untuk ibu hamil Seorang wanita mengandung pas...
Kerap Diasak Wang Rm4 000 Oleh Ibu Mentua Punca Lelaki Tetak 4 Ahli Keluarganya Sendiri

Kerap Diasak Wang Rm4 000 Oleh Ibu Mentua Punca Lelaki Tetak 4 Ahli Keluarganya Sendiri

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 288 hits
The ReporterFoto Berita HarianMahkamah Sesyen Kota Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan terahdap pemandu lori yang mengaku bersalah atas empat pertuduhan mencederakan empat ahli keluarganya dalam kejadian 14 April l...
Speech Delay Kenapa Sebab Main Phone Padan Muka Cikgu Sekolahkan Ibu Bapa Kerap Beri Handphone Kepada Anak

Speech Delay Kenapa Sebab Main Phone Padan Muka Cikgu Sekolahkan Ibu Bapa Kerap Beri Handphone Kepada Anak

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 186 hits
The ReporterTular di media sosial video luahan seorang guru wanita berhubung kanak kanak yang dihantar ke tadika masih belum mahir menguruskan dirinya dan menuding jari pada ibu bapa yang tidak memainkan peranan dalam mendidik perkara asas ...
Kerap Mimpi Bayi Berbvlu Hitam Sedang Menyusu Gadis Kongsi Kisah Hamil Anak M4khluk H4lus

Kerap Mimpi Bayi Berbvlu Hitam Sedang Menyusu Gadis Kongsi Kisah Hamil Anak M4khluk H4lus

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 236 hits
Walaupun orang kata mimpi ini hanyalah mainan tidur dan tidak boleh diambil serius siapa sangka mimpi yang kerap dialami seorang gadis ini merupakan petanda dirinya diganggu Dalam satu pended4han gadis yang dikenali sebagai Tqa dia sering k...
Bertaub4tlah Ini Pesanan P4du Ibu Syamsul Kepadanya Ibu Syamsul Yusof

Bertaub4tlah Ini Pesanan P4du Ibu Syamsul Kepadanya Ibu Syamsul Yusof

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 152 hits
Kata Ibunya sesiapa yang mengganggu rumahtangga anaknya dinasihatkan untuk bertaubat Itulah kata kata dari Datin Fatimah Ibu kepada Syamsul Yusof sendiri
Sekarang Saya Masuk 38 Minggu Mira Filzah Tanya Kaum Ibu Minggu Berapa Lahir Anak Sulung

Sekarang Saya Masuk 38 Minggu Mira Filzah Tanya Kaum Ibu Minggu Berapa Lahir Anak Sulung

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 216 hits
Pelakon pengacara dan model jelita Mira Filzah berkongsi foto kehamilan di Instagram mendapat perhatian ramai kaum ibu di media sosialnya baru baru ini
Jadikan Amalan Pergi Travel Wajib Bawa Medical Kit Ibu Ini Kongsi Ubat Yang Perlu Ada

Jadikan Amalan Pergi Travel Wajib Bawa Medical Kit Ibu Ini Kongsi Ubat Yang Perlu Ada

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 323 hits
Tak lama lagi nak raya dalam kita sibuk menguruskan beg beg baju jangan lupa untuk menyediakan juga medical kit terutama anda yang mempunyai anak kecil Sakit sebenarnya sesuatu yang kita tak boleh nak jangka Puan berkongsi barang barang yan...
Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord

Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Shahril Laments Radical Rafizi Being Sidelined Patronage Rewarded

Setiausha Agong Veteran Umno

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mesyuarat Agong Pibg Dan Mesyuarat Pemuafakatan

Ranking Terkini Bola Sepak Malaysia 2025

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Berjaya Buka Kelas Silat Di Sekolah

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa