Penglaman Hadapi Sekatan Solat Jumaat Dan Rakan Non Muslim Amat Saya Hargai



‘Sekatan’ Solat Jumaat: Pengalaman bekas pekerja Sony

"HANYA mati sahaja yang akan menidakkan saya tidak boleh lagi Solat Jumaat!” demikian tegas Nor Zamri Latiff berkongsi imbasan pengalamannya menghadapi ‘sekatan’ untuk pergi mengerjakan Solat Jumaat kira-kira 20 tahun dahulu.


Ketika itu beliau bekerja di sektor perkilangan, antara syarikat terkemuka dunia iaitu Sony EMCS di Perai, Pulau Pinang dan telah berkhidmat selama 18 tahun, sebelum berhenti 12 tahun lepas.

Cerita beliau, jadual kerja ketika itu disusun ‘Bos Melayu’, tetapi dipantau ‘Bos bukan-Melayu’ yang dibidasnya membuat undang-undang bodoh dan kerana keingkarannya untuk tetap solat, beliau dipanggil pihak atasan.

Akibat dari hal tersebut katanya, berlaku peristiwa beliau menumbuk rakan sejawatan bukan-Muslim hingga membuka mata mereka yang lain dan mendesak peraturan membenarkan Solat Jumaat.

“Saya tetap keluar (pergi Solat Jumaat). Tahun 1995 direzekikan oleh Allah S.W.T (saya dapat) kenaikan pangkat untuk bersama membina department baru iaitu Sony ODD. Alhamdulillah. Jasa Bos dan rakan non-Muslim amat saya hargai.

“Semua (pekerja Sony ODD) keluar (pergi) Solat Jumaat hingga ‘mencemburukan’ (pekerja) department lain. Director ODD, Mr TK Ong begitu rapat dengan saya. Sentiasa support dan cover berkaitan solat dan kebajikan.

“Tahun 2000 alhamdulillah semua pekerja keluar Solat Jumaat dan dimestikan menaiki bas kilang sahaja. Selepas itu bertambah baik dengan 2 jam stop operasi. Pekerja wanita Muslim (pula) boleh mendengar Kuliah Muslimat di surau dengan jemputan Ustazah.

“Allahuakbar! Apabila kita meletakkan Islam dalam pekerjaan, insya-Allah, Allah permudahkan. (Malah) Sony ODD terlalu banyak (dapat) award Juara sejak penubuhannya 1995,” ujarnya merujuk anugerah produktiviti, kualiti, IPS Kaizen dan 5S setiap tahun.

Katanya, walaupun sudah bersara, beliau masih mendapat jemputan dari sahabat Sony dalam masyarakat kerja itu seperti Jejak Ramadhan, Kembali Ke Sekolah, Akikah dan Korban Perdana, serta aktiviti sukan.

Semua itu jelasnya, kerana erat hubungan persaudaraan yang terjalin atas semangat Islam, bahkan mengharmonikan hubungan dengan rakan-rakan bukan-Islam, termasuk hal ehwal kebajikan sesama mereka.

Kini Zamri selaku Yang DiPertua PAS Kawasan Nibong tebal menjelaskan bahawa beliau mengimplementasi segala usaha seperti tersebut dari roh perjuangan PAS yang membawa dakwah, tarbiyah dan siyasah.

Bahkan beliau berbangga, terdapat empat pekerja dari Sony Perai pernah menjadi Calon PAS dalam PRU dan mereka terus berjuang meletakkan Islam di hadapan, setidak-tidaknya solat pada waktu.

Tetapi kesali beliau, di zaman PH memerintah ini sebagaimana dapat dilihat pada perbahasan Parlimen beberapa minggu lalu, Menteri gagal memberi jawapan mengenai garis panduan berkenaan Solat Jumaat untuk pekerja.

Bidasnya, sikap tanpa pendirian jelas tersebut seolah-olah meminggirkan Islam sebagai Agama Persekutuan Malaysia. – HARAKAHDAILY 20/12/2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/02/penglaman-hadapi-sekatan-solat-jumaat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jemaah Solat Subuh Penuh Masjid Macam Solat Jumaat Inilah Masjid Paling Meriah Di Malaysia

Jemaah Solat Subuh Penuh Masjid Macam Solat Jumaat Inilah Masjid Paling Meriah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 507 hits
TEMERLOH Meriah Itu yang dapat digambarkan suasana di Masjid Temerloh Jaya di sini yang pasti penuh dengan jemaah setiap waktu solat meskipun pada waktu Subuh Adakalanya masjid yang mampu memuatkan 800 orang itu tidak mampu menampung jumlah...
Bersentuhan Dengan Non Muslim Adakah Batal Wudhu

Bersentuhan Dengan Non Muslim Adakah Batal Wudhu

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 223 hits
SOALAN Adakah batal wudhu wanita Muslim yang bersentuhan kulit dengan wanita bukan Muslim Sebabnya saya ada ramai kawan kawan non Muslim di pejabat Rasa bersalah pula kalau tidak menyambut tangan mereka ketika bersalam sedangkan saya mahu p...
Iran Batalkan Solat Jumaat Akibat Koronavirus

Iran Batalkan Solat Jumaat Akibat Koronavirus

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 225 hits
Kementerian Kesihatan Iran meminta pihak berwajib untuk membatalkan solat Jumaat dan ibadah berjemaah dan melibatkan 23 ibu negeri dan 31 wilayah di negara Iran termasuk Tehran bandar suci Qom dan Mashhad untuk mencegah jangkitan Covid 19 J...
Penganut Agama Hindu Buat Perisai Lindung Umat Islam Sedang Solat Jumaat Dari Diserang Perusuh

Penganut Agama Hindu Buat Perisai Lindung Umat Islam Sedang Solat Jumaat Dari Diserang Perusuh

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 311 hits
Ramai sedia maklum rusuhan yang sedang berlaku di negara India ketika ini yang melibatkan kumpulan perusuh dan penganut agama Islam di negara itu Namun tak semua sakit dan darah yang dapat kita saksikan kerana gambar yang dikongsi oleh Md J...
Insiden Tembakan Rambang Ketika Solat Jumaat Di Masjid Chrischurch Seorang Rakyat Malaysia Turut Jadi Mangsa

Insiden Tembakan Rambang Ketika Solat Jumaat Di Masjid Chrischurch Seorang Rakyat Malaysia Turut Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 251 hits
Beberapa orang terbunuh dalam satu tembakan besar di dua buah masjid di bandar New Zealand Menurut laporan daripada Radio New Zealand terdapat dua insiden penembakan setakat ini Ia berlaku di Masjid Al Noor di sebelah Hagley Park dan satu l...
Covid 19 Ekoran Kematian Meningkat Hingga 26 Orang Solat Jumaat Di Tehran Dibatalkan

Covid 19 Ekoran Kematian Meningkat Hingga 26 Orang Solat Jumaat Di Tehran Dibatalkan

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 323 hits
Iran berkata pada hari Khamis bahawa angka kematiannya daripada Koronavirus telah meningkat kepada 26 iaitu yang menjadi angka tertinggi di luar China dan jumlah orang yang dijangkiti kini berada pada 245 termasuk beberapa pegawai kanan Wab...
Non Muslim Dominasi Kerajaan Anwar

Non Muslim Dominasi Kerajaan Anwar

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 215 hits
Anwar Ibrahim isytihar siang tadi bahawa PH telah bersetuju mencalonkan beliau sebagai PM ke 8 PH terdiri dari parti parti PKR DAP dan Pan setelah PPBM isytihar keluar dari pakatan mereka Mereka memiliki 92 kerusi di Dewan Rakyat Komposisi ...
Solat Jumaat Pertama Sebagai Perdana Menteri

Solat Jumaat Pertama Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 322 hits
KUALA LUMPUR 6 Mac Tan Sri Muhyiddin Yassin pertama kali menunaikan solat Jumaat sebagai Perdana Menteri di Masjid Saidina Umar Al Khattab Bukit Damansara hari ini Muhyiddin 72 mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di ha...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi