Penginapan Pilihan Di Perlis


 Penginapan Pilihan di Perlis

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Musim harumanis bakal menjelma mesti ada yang teringin pergi ke negeri syurga harumanis tu yer. Mana lagi kalau bukan Negeri Perlis Indera Kayangan. 

Kali ni Zumal nak share tentang penginapan pilihan buat anda semua jika hendak berkunjung ke Perlis. Ini sebagai tambahan penginapan yang pernah Zumal share dulu.

Pertama Zumal ingin perkenalkan kepada anda semua ialah Hotel Savana Kuala Perlis. Hotel Savana Kuala Perlis ini adalah hotel terbaru di Perlis. Ianya terletak berhampiran dengan Stesen Bas Ekspress Kuala Perlis dan Jeti Kuala Perlis di samping ianya juga berdekatan dengan Masjid Terapung Al Hussain Kuala Perlis. Selain itu Hotel Savana Kuala Perlis ini dikelilingi oleh kedai-kedai serbaneka dan restoran yang memudahkan anda yang menginap di sini untuk mencari barangan keperluan.

Hotel Savana Kuala Perlis
 


Hotel Savana Kuala Perlis ini mempunyai 50 bilik dari pelbagai pilihan saiz iaitu dari bilik single bed, double bed, bilik keluarga, juga unit jenis apartment dan mempunyai beberapa dewan untuk tempahan pelbagai majlis. Hotel Savana Kuala Perlis juga menyediakan snack corner untuk kemudahan tetamunya mendapatkan pilihan makanan segera. Kemudahan meletak kenderaan juga luas untuk memenuhi keperluan tetamu pada satu-satu masa.





Setiap bilik di Hotel Savana Kuala Perlis ini lengkap dengan katil yang empuk, sofa (family room dan apartment), peti sejuk, seterika, dapur (apartment), penghawa dingin, jug elektrik, televisyen dan pelbagai keperluan asas seperti hotel lain. Untuk pandangan ruang di dalam bilik yang lebih jelas, anda boleh ikuti laman sosial Zumal untuk melihat dalam bentuk video.

Seterusnya Zumal ingin kongsikan kepada anda satu lagi tempat penginapan yang patut berada dalam senarai pilihan anda apabila berkunjung ke Perlis. Penginapan seterusnya adalah homestay yang terletak di Bintong iaitu Homestay Kebun Mangga Harumanis Wan Pa.

Homestay Kebun Mangga Harumanis Wan Pa 


Homestay Kebun Mangga Harumanis Wan Pa terletak di dalam kawasan kebun mangga harumanis yang dikelilingi oleh sawah padi dan berlatarkan bukit bukau yang memukau. Homestay Kebun Mangga Harumanis Wan Pa ini mempunyai kolam renang untuk kegunaan tetamunya selain mempunyai kolam ikan untuk aktiviti riadah seperti memancing, berkayak atau berakit.

Salah satu homestay di Kebun Mangga Harumanis Wan Pa ini mempunyai loteng lengkap bermeja untuk tetamunya beriadah di atas bumbung bagi menikmati sunset mahupun bersantai di waktu malam.

Bagi tetamu yang menginap di homestay Kebun Mangga Harumanis Wan Pa ini boleh la ke Sadiah Cafe untuk menjamu selera. Untuk pengetahuan anda Sadiah Cafe dan Homestay Kebun Mangga Harumanis Wan Pa ini adalah sama pemiliknya. 


Akhir sekali bagi anda yang inginkan menginap di dalam khemah pula bolehlah jadikan Santuari Ikan Air Tawar di Tasik Timah Tasoh sebagai pilihan. Almaklumlah sekarang ramai yang suka bercamping dalam khemah dan tak kurang juga yang menggunakan campervan dan motorhome.

Santuari Ikan Air Tawar

Tapak perkhemahan di Santuari Ikan Air Tawar ini dilengkapi dengan kemudahan tandas, surau, kedai makan selain pemandangan indah berlatarkan Tasik Timah Tasoh. Sewaan tapak perkhemahan di sini bermula dari hanya RM5 sahaja. Ianya sangat berpatutan. Pengunjung di sini juga boleh mendapatkan perkhidmatan rondaan tasik dengan menaiki bot yang disediakan oleh pemiliknya. Zumal akan buat review seterusnya untuk perkhidmatan tersebut.

Terima kasih tidak terhingga kepada Unic Astana Holidays untuk pakej percutian 3 hari 2 malam di Perlis ini. Mereka sangat friendly dan sangat membantu melancarkan percutian kami di sini.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut:
Hubungi UNIC Astana Holidays
Tel: 04-9781133 / 012-4257743 / 012-4763743
Email : [email protected]

#unicastanaholidays
#letstravelwithourunicstyle
#TravelogueMalaysia
#TravelogueMalaysiaPerlis #Perlis
#schoolholidayideas #schoolholidays #duniazumal #duniazumaldotmy #bloggerutara #bloggerutaraofficial #checkin #seo #fyp #foryourpage #cuticutimalaysia #foodie #foodiemy #foodporn #jjcm #viralfoodmalaysia




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://duniazumal.blogspot.com/2023/03/penginapan-pilihan-di-perlis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kakitangan Kerajaan Perlis Didakwa Seleweng Bantuan Mualaf Lebih Rm100k

Kakitangan Kerajaan Perlis Didakwa Seleweng Bantuan Mualaf Lebih Rm100k

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 139 hits
SITI NUR ZAWANISeorang kakitangan jabatan kerajaan negeri Perlis didakwa menyeleweng wang bantuan untuk mualaf yang berjumlah RM132 000 Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata suspek berusia 28 tahun itu dipercayai sudah melak...
Tiket Group Vs Fit Mana Satu Pilihan Terbaik Untuk Perjalanan Anda

Tiket Group Vs Fit Mana Satu Pilihan Terbaik Untuk Perjalanan Anda

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 242 hits
Merancang perjalanan impian memerlukan pemilihan tiket yang tepat Dua pilihan utama dalam dunia pelancongan adalah Tiket Group dan Tiket FIT Jom kita bongkar perbezaan kelebihan dan kekurangan kedua duanya supaya anda dapat membuat keputusa...
Tarikan Terbaru Di Perlis Yl Recreation Park

Tarikan Terbaru Di Perlis Yl Recreation Park

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 225 hits
YL RECREATION PARKAssalamualaikum dan salam sejahtera semua Baru baru ini Zumal berkesempatan berkunjung ke sebuah tempat OOTD terbaru di Perlis iaitu YL RECREATION PARK yang terletak di Pekan Kaki Bukit berdekatan dengan Pusat Rekreasi Gua...
Keunikan Pasar Tradisional Nat Pokok Getah Arau Perlis

Keunikan Pasar Tradisional Nat Pokok Getah Arau Perlis

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 209 hits
Catatan hari Ahad 12 Januari 2025 Setelah lebih setahun menetap di Perlis baru kali ini saya dan Encik Suami berkunjung ke pasar pagi yang terkenal di sini iaitu Nat Pokok Getah Pasar pagi ini terletak di Pauh Arau dengan jarak perjalanan s...
Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 523 hits
BernamaKedua dua suspek wanita berusia antara 30 dan 40 an ditahan kira kira jam 1 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Perlis Foto SPRMKUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Perlis menahan dua ka...
Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 284 hits
Hajat kami nak bawa anak anak bersarapan di Dusun Genting Nakawan tercapai juga pada 27 Disember tahun lepas bila kesemua anak dan menantu kami turut balik kampung bagi menghadiri resepsi anak buah dan resepsi cucu saudara habibi di Kedah S...
Mengapa Kotak Raya Hardcover Menjadi Pilihan Utama Untuk Hadiah Unik

Mengapa Kotak Raya Hardcover Menjadi Pilihan Utama Untuk Hadiah Unik

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 286 hits
Kehangatan Ramadan dan sambutan Hari Raya adalah waktu yang dinantikan oleh semua Di musim perayaan ini memberikan hadiah yang istimewa kepada orang tersayang adalah salah satu cara untuk menunjukkan kasih sayang dan penghargaan Antara pili...
20 Pilihan Hotel Mesra Kanak Kanak Di Malaysia 2025

20 Pilihan Hotel Mesra Kanak Kanak Di Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 314 hits
Hotel Mesra Kanak kanak di Malaysia 2025 Lengkap Dengan Kolam Renang Playground Merancang percutian bersama anak anak sejujurnya agak mencabar Ada banyak faktor yang perlu dipertimbangkan termasuklah pemilihan hotel Di Malaysia terdapat ban...
Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh