Beginilah suasana jalan raya di Nat Pokok Getah - sesak dengan kenderaan yang bergerak perlahan dan gerai jualan memenuhi bahu jalan. Di kanan dan kiri jalan nampaknya terdapat beberapa kawasan yang dijadikan tempat parkir. Saya tak pasti sama ada ia percuma atau berbayar
Kami parkir di tempat yang terletak sebelum kawasan nat - kereta kami pusing ikut jalan lain untuk berpatah balik ke sini. Perlu berjalan kaki jauh sedikit tapi dapatlah ruangan parkir yang selesa dan selamat untuk kenderaan kita
Wah! Memang lain macam suasana pasar di sini. Khemah-khemah jualan berada di bawah pokok getah menjadikan suasana lebih redup. Tambahan pulak masa ni cuaca sedikit mendung, saya rasa selesa berjalan di sini
Sebelum sampai sini, saya cakap dengan Encik Suami - saya tak ada apa nak dibeli, datang sini cuma nak tengok suasana 😝
Giliran Encik Suami pula membuat pembelian. Bila dah menetap di kawasan kampung, memang menjadi keperluan memiliki beberapa jenis pisau dan parang
Kami masuk ke kawasan jualan barang terpakai dan barang antik. Rata-rata barang jualan di pamerkan atas tanah beralaskan kanvas
Pelbagai jenis peralatan elektrik turut dijual
Eh, buku terpakai pun ada
Belek punya belek, saya berkenan dengan sebuah buku berjudul Duri dan Api. Buku kumpulan sajak-sajak pilihan karya Sasterawan Negara - Usman Awang ini merupakan cetakan ketiga tahun 1972. Kondisi buku ini masih elok - tiada helaian yang koyak atau tertanggal
Dari kawasan jualan barangan, kami melintas jalan raya untuk ke kawasan jualan makanan dan barang dapur (bahan kering dan basah) pula. Pengunjung lebih ramai bertumpu di sini
Kami beli kuih apam, entah apa nama apam jenis ni
Asam jawa kepal. Saya beli bawang di gerai ni sebab nampak elok cantik bawangnya, padahal bawang di dapur masih ada lagi 😄
Pelbagai jenis pes masakan - CT Rempah Giling Kodiang. Penjualnya seorang lelaki dan seorang perempuan muda begitu ramah menerangkan pes jualan mereka. Saya beli beberapa jenis pes di sini. Bekas kecil RM6 dan bekas besar RM12
Jomlah kita balik! Hampir satu jam kami jalan-jalan di sini dengan jarak 1.25 km pergi/balik dan 1,814 langkah - data dari smart watch. Itu pun kami tak pergi ke semua tempat|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |