20 Pilihan Hotel Mesra Kanak Kanak Di Malaysia 2025


Hotel Mesra Kanak-kanak di Malaysia 2025 – Lengkap Dengan Kolam Renang & Playground!
Merancang percutian bersama anak-anak sejujurnya agak mencabar. Ada banyak faktor yang perlu dipertimbangkan termasuklah pemilihan hotel. 
Di Malaysia, terdapat banyak hotel mesra kanak-kanak yang bukan sahaja selesa tetapi dengan harga yang berpatutan. Kebanyakannya siap ada kolam renang, taman permainan, dan aktiviti khas lagi untuk si kecil anda!
Jom tengok senarai hotel mesra kanak-kanak yang dikongsikan di bawah. Bolehlah anda masukkan dalam senarai pilihan anda untuk pengalaman percutian keluarga yang bermakna. 
Sebarang tempahan boleh dilakukan melalui KLOOK untuk harga istimewa!
Klook.com BACA JUGA: 20+ Tempat Menarik Di KL, Destinasi Mesra Kanak-kanak!
Hotel Mesra Kanak-kanak Di Malaysia 1. The Shore Hotel & Residence – Melaka The Shore Melaka merupakan salah satu hotel popular yang terkenal dengan kemudahan mesra kanak-kanak. Hotel ini menawarkan kolam renang yang luas dan selamat, lengkap dengan gelongsor air yang pasti menghiburkan si kecil.
The Shore Hotel & Residence Bukan itu sahaja, lokasinya yang strategik memudahkan tetamu untuk mengunjungi tarikan terkenal seperti Menara Taming Sari dan Jonker Street. 
Dengan suasana yang selesa dan perkhidmatan yang mesra, ia menjadi pilihan ideal bagi mereka yang bercuti bersama keluarga.
Laman web: https://theshorehotelmelaka.com/ 
2. Sunway Resort Hotel – Selangor Sunway Resort Hotel  merupakan pilihan ideal untuk keluarga yang mencari percutian penuh aksi. Hotel ini bukan sahaja menawarkan penginapan mewah, tetapi juga akses mudah ke pelbagai tarikan seperti Sunway Lagoon Theme Park dan Sunway Pyramid Shopping Mall.
Anda boleh membawa anak-anak bermain di taman tema air yang besar dan pelbagai permainan yang menarik di Sunway Lagoon. 
Sunway Resort Hotel Sekiranya anda ingin menghabiskan masa di hotel, jangan risau. 
Hotel ini juga mempunyai kolam renang khas untuk kanak-kanak dan taman permainan yang luas. Bukan itu sahaja, ruang khas untuk anak-anak pun ada.
Sunway Resort Hotel Ibu bapa  juga boleh gunakan  perkhidmatan penjagaan kanak-kanak untuk menjaga anak-anak mereka sekiranya perlu. Ini membolehkan ibu bapa menikmati masa berkualiti bersama tanpa mengabaikan anak-anak.
Laman web: https://www.sunwayhotels.com/sunway-resort 
3. Shangrila Golden Sands Penang  Terletak di pantai Batu Feringgi yang terkenal di Pulau Pinang, Shangri-La’s Golden Sands Resort menawarkan percutian pantai yang sempurna untuk keluarga. 
Resort ini terkenal dengan fasilitinya yang mesra kanak-kanak dan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk dilakukan bersama keluarga. 
Shangrila Golden Sands Penang Salah satu tarikan untuk kanak-kanak di hotel ini, ialah  Adventure Zone, sebuah taman permainan dalaman tiga tingkat yang dilengkapi dengan gelongsor dan pelbagai aktiviti menarik. 
Selain itu, terdapat juga kolam renang khas kanak-kanak dengan air terjun mini dan gelongsor air. Taman tema air mini pun ada. 
Memang recommend sangat bawa anak-anak menginap di sini!
Laman web: https://www.shangri-la.com/en/penang/goldensandsresort/ 
4. DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort – Perak DoubleTree by Hilton Resort Damai Laut menawarkan pengalaman percutian yang tenang dan menyeronokkan untuk seluruh keluarga. 
Resort ini menyediakan pelbagai kemudahan termasuk kolam renang bertema, taman permainan kanak-kanak, dan aktiviti air yang pasti menghiburkan si kecil. Yang bestnya lagi, ia terletak di tepi pantai. 
DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort Di hotel ini juga terdapat kolam renang infinity yang menghadap laut serta taman permainan yang dilengkapi dengan pelbagai permainan menarik. 
Resort ini juga menawarkan aktiviti seperti berbasikal, bermain tenis, dan sukan air yang sesuai untuk seisi keluarga. 
Laman web: https://www.hilton.com/en/hotels/iphdldi-doubletree-damai-laut-resort/ 
5. DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside – Putrajaya Sekiranya anda ingin menginap di sekitar Putrajaya, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside juga salah satu pilihan hotel mesra kanak-kanak di Malaysia yang boleh dipertimbangkan. 
Lokasinya yang strategik memudahkan pengunjung untuk melawat tarikan utama Putrajaya seperti Masjid Putra, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan sebagainya. 
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside Di hotel ini terdapat taman tema air mini, Splash Pool yang dilengkapi dengan pelbagai permainan air. Selain itu, hotel ini juga mempunyai taman permainan dalaman (indoor playground) yang luas. Ada macam-macam lagi kemudahan yang mesra keluarga dan mesra kanak-kanak, of course. 
Bawa anak-anak menginap di sini memang puas hati sangat. Semuanya ada!
Laman web: https://www.hilton.com/en/hotels/kulprdi-doubletree-putrajaya-lakeside/ 
6. Hard Rock Hotel Penang Hard Rock Hotel Penang menawarkan pengalaman percutian yang unik dengan tema rock ‘n’ roll. Hotel ini bukan sahaja menarik untuk peminat muzik, tetapi juga sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga.
Hotel ini menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang direka khas untuk memenuhi keperluan seisi keluarga termasuklah kanak-kanak. 
Hard Rock Hotel Penang Antara tarikan utamanya adalah Roxity Kids Club untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun, yang dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 8 malam. 
Kelab ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti seni dan kraf, permainan interaktif, dan aktiviti berkonsepkan muzik dan tarian. 
Hard Rock Hotel Penang Untuk kanak-kanak di bawah umur 3 tahun, hotel ini menyediakan Lil’ Rockers Infants Club. Kawasan permainan dalaman ini dilengkapi dengan bermacam jenis mainan yang edukatif dan menyeronokkan. 
Hard Rock Hotel Penang Bagi remaja pula, mereka boleh menghabiskan masa di TABU Teens Club yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan. 
Hard Rock Hotel Penang Selain itu, Hard Rock Hotel Penang juga mempunyai kolam renang yang besar dan menarik dengan gelongsor air dan kawasan air cetek yang sesuai untuk kanak-kanak. 
Hotel ini juga menawarkan suite khas untuk keluarga seperti Roxity Kids Suite yang dilengkapi dengan kemudahan mesra kanak-kanak.
Laman web: https://hotel.hardrock.com/penang/ 
7. Lexis Suites Penang Lexis Suites Penang juga salah satu hotel yang mesra kanak-kanak dan sesuai untuk percutian keluarga. Hotel ini menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang direka khas untuk memastikan keseronokan anak-anak anda sepanjang penginapan mereka.
Lexis Suites Penang Antara tarikan utama di Lexis Suites Penang ialah Kidz World, iaitu sebuah ruang permainan dalaman yang selamat dan menyeronokkan untuk kanak-kanak. 
Di sini, mereka boleh melakukan pelbagai aktiviti dan bermain dengan rakan-rakan dalam persekitaran yang kondusif.
Selain itu, hotel ini juga mempunyai Games Room yang dilengkapi dengan permainan seperti foosball, billiard, mesin arked, dan konsol Xbox. 
Lexis Suites Penang Setiap suite di Lexis Suites Penang dilengkapi dengan kolam renang peribadi. Ini salah satu best poin menginap di sini. 
Dengan lokasi strategik berhampiran pantai, anda juga boleh menikmati aktiviti pantai dan pemandangan laut yang memukau bersama-sama. . 
Laman web: https://www.lexissuitespenang.com/ 
8. Four Points By Sheraton KLCC Seterusnya, hotel mesra kanak-kanak di Malaysia yang anda boleh pertimbangkan ialah Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, City Centre. 
Hotel ini sangat mesra kanak-kanak dan menawarkan pelbagai kemudahan serta aktiviti yang sesuai untuk keluarga. 
Four Points By Sheraton KLCC Ia dilengkapi dengan kolam renang untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Di hotel ini juga terdapat juga kelab kanak-kanak percuma yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk si kecil.  Ada beberapa juga zon kawasan disediakan khusus untuk kanak-kanak bermain dengan selamat. 
Four Points By Sheraton KLCC Untuk memudahkan keluarga yang membawa anak-anak, hotel ini turut menyediakan alatan makan kanak-kanak dan hidangan khas untuk kanak-kanak. 
Lokasi strategik hotel ini juga memudahkan akses ke pelbagai tarikan pelancongan di sekitar Kuala Lumpur. 
Laman web: https://www.marriott.com/en-us/hotels/kulfk-four-points-kuala-lumpur-city-centre/overview/ 
9. Monkey Canopy – Sungai Long Hill, Cheras Monkeys Canopy Resort adalah antara pilihan penginapan mesra keluarga di Malaysia yang anda wajib cuba. Resort ini ada pelbagai tarikan menarik seperti taman air, taman tema, dan aktiviti khas untuk kanak-kanak. 
Monkey Canopy Suasananya mesra dan selamat, jadi ibu bapa boleh rasa tenang biarkan anak-anak bermain dan berseronok. 
Selain untuk si kecil, ada juga permainan dan aktiviti untuk semua peringkat umur. Jadi, kalau anda anak remaja, mereka pun boleh enjoy sekali. 
Monkey Canopy Monkey Canopy Kalau ada sambutan hari jadi atau nak buat acara keluarga, resort ini juga ada sediakan pakej khas dengan tawaran menarik.
Lokasinya yang terletak di Sungai Long, Cheras membuatkannya mudah diakses dan sesuai dijadikan destinasi percutian hujung minggu. 
Laman web: https://monkeyscanopy.com/ 
10. Ethan Zen Home – Kuala Lumpur Ethan Zen Home ni bukan hotel tetapi sebuah airbnb yang mesra kanak-kanak di Kuala Lumpur. Dengan hiasan bertemakan haiwan (Safari, Circus, Wild Wonderland, Aqua Wondersea) serta pelbagai kelengkapan yang mesra kanak-kanak, ia memang sangat sesuai dijadikan pilihan penginapan bersama keluarga. 
Ethan Zen Home Ethan Zen Home Selain itu, lokasinya yang strategik memudahkan akses ke pelbagai tarikan utama di Kuala Lumpur, menjadikannya pilihan penginapan ideal untuk bercuti di Kuala Lumpur. 
Laman web: https://www.instagram.com/ethan_zenhome/ 
11. KSL Esplanade Hotel – Klang  KSL Esplanade Hotel ini terletak di Klang dan menawarkan pelbagai kemudahan serta aktiviti untuk keluarga. 
Hotel ini dilengkapi dengan taman permainan kanak-kanak yang menarik, di mana si kecil boleh bermain dan berseronok. Hotel ini juga menyediakan kelab kanak-kanak dan bilik permainan. 
Selain itu, terdapat juga kolam renang khas untuk kanak-kanak dan taman permainan air yang pasti akan menghiburkan mereka. 
KSL Esplanade Hotel KSL Esplanade Hotel Lokasi hotel ini juga strategik dan berdekatan dengan pusat membeli-belah KSL Esplanade Mall. Ini  memudahkan anda sekeluarga untuk menjamu selera dan membeli-belah tanpa perlu berjalan jauh. 
Dengan pelbagai kemudahan mesra kanak-kanak ini, KSL Esplanade Hotel merupakan pilihan yang sesuai untuk percutian keluarga yang menyeronokkan di Klang.
Laman Web: https://www.kslesplanadehotel.com/ 
12. Bayview Hotel Georgetown Penang Sekiranya anda bercuti di Penang dan mencari hotel mesra kanak-kanak, Bayview Beach Resort adalah salah satu hotel mesra kanak-kanak yang mesti masuk dalam senarai pilihan anda. 
Resort ini menawarkan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk percutian keluarga, termasuk kolam renang yang besar, mini water play area, dan kawasan bermain dalam bilik (Kids Play Room). 
Bayview Hotel Georgetown Penang Bayview Hotel Georgetown Penang Terdapat juga pelbagai aktiviti rekreasi yang sesuai untuk keluarga seperti berbasikal, menyelam dan memancing.
Kanak-kanak yang lebih besar mungkin akan menikmati kemudahan seperti gelanggang tenis yang disediakan di resort. 
Resort ini juga berada berdekatan dengan pantai, jadi selepas puas bermain di kolam renang, keluarga boleh terus ke pantai untuk berkelah atau bermain pasir​.
Laman web:https://bhgp.bayviewhotels.com/
13. Holiday Villa Cherating – Pahang  Di Pahang pula, salah satu pilihan penginapan mesra kanak-kanak yang anda boleh cuba ialah Holiday Villa Cherating. 
Suasana sekelilingnya yang santai menjadikannya pilihan tepat untuk berehat dan menenangkan fikiran sambil meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.
Holiday Villa Cherating Resort ini dilengkapi dengan dua kolam renang, termasuk kolam renang khas untuk kanak-kanak. Selain itu, terdapat juga kelab kanak-kanak yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik.
Holiday Villa Cherating Menariknya lagi, resort ini membenarkan kanak-kanak berusia antara 4 hingga 11 tahun menginap secara percuma. 
Anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti pantai semasa menginap di sini. Contohnya seperti bola tampar, polo air, bola sepak pantai dan sebagainya. Ini membolehkan seluruh ahli keluarga dapat berseronok bersama-sama. 
Dengan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang disediakan, resort ini merupakan destinasi yang sesuai untuk percutian keluarga yang menyeronokkan dan selesa.
Laman web:https://www.holidayvillahotels.com/holiday-villa-beach-resort-spa-cherating/ 
14. Resorts World Kijal – Terengganu  Resorts World Kijal juga antara pilihan penginapan mesra keluarga di Malaysia. Resort ini terletak di kawasan pantai, Terengganu dan menyediakan persekitaran yang ideal untuk percutian keluarga dengan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang mesra kanak-kanak.
Terdapat pelbagai kemudahan dan aktiviti disediakan, yang bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi seisi keluarga. 
Resorts World Kijal Antara kemudahan yang disediakan ialah kolam renang yang mesra kanak-kanak, Kolam tersebut turut dilengkapi dengan gelongsor air dan kawasan permainan air. 
Selain itu, terdapat juga taman permainan kanak-kanak, kelab kanak-kanak, dan bilik permainan. Konfem anak-anak anda sentiasa terhibur sepanjang penginapan di sini!
Resorts World Kijal Bukan itu sahaja, di sini juga anda sekeluarga berpeluang untuk melakukan aktiviti luar seperti pelepasan anak penyu, ATV, berbasikal, tenis, dan sukan air. Kemudahan karaoke dan catur outdoor bersaiz gergasi pun ada!
Resorts World Kijal Haa, Resorts World Kijal juga menawarkan pengalaman glamping. Ini boleh menjadi aktiviti menyeronokkan untuk keluarga yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza. Seronoknya!
Dengan pantai peribadi sepanjang 7.6km, anda sekeluarga boleh menikmati pelbagai aktiviti pantai dalam persekitaran yang selamat dan selesa. 
Laman web: https://www.rwkijal.com/ 
15. Grand Orient Hotel Perai, Penang Grand Orient Hotel Perai, Penang memang mesra kanak-kanak dan menawarkan pelbagai kemudahan serta aktiviti yang sesuai untuk keluarga.
Hotel ini dilengkapi dengan taman tema air (Laguna Water Park) yang menarik untuk kanak-kanak. Terdapat pelbagai permainan disediakan di mana anan anda boleh bermain sepanjang hari sehingga puas.
Grand Orient Hotel Perai, Penang Grand Orient Hotel Perai, Penang Selain tarikan air, Grand Orient Hotel terletak di lokasi yang strategik berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, memudahkan akses bagi pengunjung dari luar kawasan. 
Jadi, jika anda mencari pengalaman penginapan yang selesa dengan pilihan bilik yang menarik serta fasiliti lengkap untuk keluarga, hotel ini adalah pilihan tepat.
Laman web: https://grandorienthotel.com/ 
16. Furama Hotel – Bukit Bintang, KL Furama Hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur adalah pilihan yang sangat mesra keluarga terutamanya untuk penginapan bersama anak-anak.
Hotel ini menyediakan bilik bertema keluarga yang direka khas untuk memberi pengalaman penginapan yang menyeronokkan kepada kanak-kanak dan ibu bapa. 
Furama Hotel Bilik-bilik ini dilengkapi dengan dekorasi yang imaginatif dan perabot yang direka khas untuk menghiburkan kanak-kanak. 
Selain bilik bertema, Furama Hotel Bukit Bintang juga mempunyai kolam renang luaran yang sesuai untuk aktiviti keluarga. Kanak-kanak boleh bermain air sambil ibu bapa berehat di tepi kolam. 
Furama Hotel Hotel ini juga menyediakan sarapan dengan harga khas untuk kanak-kanak berumur 4-11 tahun. 
Dengan lokasinya yang strategik di kawasan Bukit Bintang, hotel ini memudahkan keluarga untuk meneroka tarikan dan kemudahan berdekatan yang sesuai untuk kanak-kanak. 
Laman web: https://www.furama.com/bukitbintang 
17. Bali Residence By Heystay Melaka Apabila bercuti di Melaka, anda boleh pertimbangkan untuk menginap di Bali Residence By Heystay Melaka. 
Bali Residences Melaka memang mesra kanak-kanak dan menawarkan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk keluarga dengan anak-anak. 
Iai menyediakan bilik permainan kanak-kanak yang memberikan ruang selamat dan menyeronokkan untuk si kecil bermain. Selain itu, terdapat juga kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak.
Bali Residence By Heystay Melaka Beberapa unit di Bali Residences Melaka turut dilengkapi dengan kemudahan tambahan untuk kanak-kanak, seperti khemah kanak-kanak dalam bilik. Ini menjadikan penginapan lebih menarik dan menghiburkan untuk anak-anak. 
Bagi keluarga dengan bayi atau anak kecil, Bali Residences Melaka menyediakan kemudahan yang membolehkan ibu bapa memasak makanan bayi dan menyediakan keperluan anak-anak dengan mudah. Ini menjadikan penginapan di sini lebih selesa dan praktikal untuk seisi keluarga. 
Laman web: https://bali-residence-melaka.malaccahotel.org/en/ 
18. Mangala Estate Boutique Resort Mangala Estate Boutique Resort yang terletak di Gambang, Pahang ini memang sesuai untuk percutian keluarga. 
Resort ini menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti mesra keluarga, termasuk “MY Explorer Kids’ Club” yang direka khas untuk membangkitkan rasa ingin tahu dan semangat pengembaraan kanak-kanak. 
Mangala Estate Boutique Resort Anak-anak anda boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik yang memberi peluang untuk mereka berseronok dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
Bukan itu sahaja, resort ini juga menyediakan pelbagai aktiviti luar yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur, seperti berkanu, berbasikal, dan bermain memanah. 
Mangala Estate Boutique Resort Untuk  ibu bapa pula, mereka juga boleh berehat sambil menikmati rawatan spa atau berenang di kolam renang yang disediakan.
Dengan persekitaran yang tenang dan dikelilingi alam semula jadi, Mangala Estate adalah tempat yang ideal untuk keluarga yang mencari pengalaman percutian yang santai.
Laman web: https://www.frankyhotels.com/Kuantan/Mangala/index.aspx 
19. Espira Kinrara – Selangor Espira Kinrara merupakan hotel mesra kanak-kanak di Selangor yang menawarkan pelbagai kemudahan serta aktiviti yang sesuai untuk keluarga. 
Hotel ini dilengkapi dengan kolam renang kanak-kanak, taman permainan, dan kelab kanak-kanak serta kemudahan mesra kanak-kanak seperti kolam renang terbuka dan kawasan permainan yang luas.
Espira Kinrara – Selangor Selain itu, Espira Kinrara mempunyai polisi mesra kanak-kanak di mana kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun boleh menginap secara percuma!
Ini memudahkan keluarga untuk merancang percutian tanpa perlu risau tentang kos tambahan.
Lokasi resort ini juga berdekatan dengan beberapa tarikan menarik di sekitar Klang Valley, seperti Sunway Lagoon yang sangat popular untuk aktiviti keluarga. 
Jadi, jika anda mencari tempat untuk meluangkan masa bersama anak-anak, Espira Kinrara adalah pilihan penginapan yang ideal.
Laman web: https://espira.attanahotels.com/espira-kinrara/ 
20. The Granite Luxury Hotel Penang The Granite Luxury Hotel Penang menawarkan pilihan bilik keluarga yang selesa dan luas. Ini membolehkan anda sekeluarga menginap dengan selesa. 
The Granite Luxury Hotel Penang Hotel mesra keluarga ini menawarkan pelbagai kemudahan untuk kanak-kanak. Terdapat bilik bertema safari khas untuk keluarga yang dilengkapi dengan permainan dan mainan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. 
Selain itu, kolam renang kanak-kanak dan tandas khusus untuk kanak-kanak pun ada disediakan tau. 
The Granite Luxury Hotel Penang Bukan itu sahaja, di hotel ini juga ada  kolam renang infinity dengan dasar akrilik yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai ‘Highest Cantilevered Acrylic Bottom Swimming Pool’ pada ketinggian 49.5 meter!
Laman web: https://www.thegranitehotel.com/ 
21. Resorts World Awana – Genting Highlands Resort ini terletak di tengah-tengah alam semulajadi Genting Highlands yang sejuk, menjadikannya pilihan penginapan di Genting Highlands yang sesuai untuk keluarga yang mencari ketenangan. 
Resort ini menyediakan beberapa kemudahan dan aktiviti mesra keluarga untuk menjadikan penginapan anda penuh keseronokan dan keselesaan. 
Resorts World Awana – Genting Highlands Antara tarikan utama untuk kanak-kanak di sini ialah kolam renang, taman permainan kanak-kanak dan kelab kanak-kanak yang menawarkan pelbagai aktiviti interaktif. Kanak-kanak juga boleh menikmati aktiviti luar seperti berbasikal dan bermain tenis bersama keluarga. 
Resorts World Awana turut menawarkan pakej “Percutian Bertemakan Alam Semula Jadi” yang sesuai untuk keluarga. 
Pakej ini termasuk aktiviti seperti trekking di hutan hujan berumur 130 juta tahun dan aktiviti memerhati burung. 
Resorts World Awana – Genting Highlands Pada hujung minggu, resort ini mengadakan program khas untuk kanak-kanak seperti Awana Nature Trail Escapade, di mana mereka boleh belajar tentang alam semula jadi dan berkebun. 
Resort ini juga terletak berdekatan dengan tarikan lain di Genting Highlands seperti taman tema Genting SkyWorlds dan Skytropolis Indoor Theme Park. 
Laman web: https://www.rwgenting.com/en/hotels/resorts-world-awana.html 
BACA JUGA:
Tempat Menarik Di Hatyai Untuk Kanak-Kanak 20+ Tempat Menarik Di Johor Bahru, Sesuai untuk Hujung Minggu! 15+ Tempat Percutian Menarik Di Malaysia, Sesuai Untuk Berbulan Madu

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/hotel-mesra-kanak-kanak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hotel-mesra-kanak-kanak

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia School Holidays 2025 And 2026 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026

Malaysia School Holidays 2025 And 2026 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 261 hits
School holidays The word itself conjures up images of pure bliss for some and utter chaos for others But whether you re a parent dreading the inevitable I m bored or a student dreaming of freedom one thing s for sure the Malaysian school ho...
Buffet Ramadan 2025 Citarasa Nenda Harum Semerbak Setulus Kasih Di Concorde Hotel Shah Alam

Buffet Ramadan 2025 Citarasa Nenda Harum Semerbak Setulus Kasih Di Concorde Hotel Shah Alam

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 158 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraRamadan tahun 2025 kembali lagi Tak sangka bulan puasa semakin mendekati kita Rasanya macam baru sahaja menyambut hari raya Aidilfitri 2024 tup tup dah nak dekat puasa di tahun 2025 pula Makin lama bulan R...
Buffet Ramadan 2025 Trove Hotel Johor Bahru

Buffet Ramadan 2025 Trove Hotel Johor Bahru

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 278 hits
Buffet Ramadan 2025 Trove Hotel Johor Bahru Bufet Ramadan Rasa Nusantara di Trove Hotel pada tahun ini menampilkan hidangan nusantara dari Malaysia Indonesia Singapura Thailand Filipina dan Brunei The post appeared first on
Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia Terengganu Fc Vs Jdt Fc Piala Malaysia 17 Januari 2025

Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia Terengganu Fc Vs Jdt Fc Piala Malaysia 17 Januari 2025

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 204 hits
Keputusan perlawanan Separuh Akhir Pertama antara Terengganu FC yang melayan kunjungan JDT FC di Stadium Sultan Mizan Zanal Abidin Gong Badak Kuala Nerus Terengganu yang berlangsung pada 17 Januari 2025 9 00 malam KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN...
Malaysia Open 2025 Jadual Badminton Keputusan Terkini

Malaysia Open 2025 Jadual Badminton Keputusan Terkini

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 305 hits
Malaysia Open 2025 Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia dianjurkan oleh Persatuan Badminton Malaysia dengan kebenaran daripada Badminton World Federation Kejohanan Terbuka Malaysia kali ini juga secara rasmi dikenali sebagai PETRONAS Malays...
Mandarin Korean Signage In Sabah Hotel Irks Netizens Who Want To Know What Malaysia Has Come To

Mandarin Korean Signage In Sabah Hotel Irks Netizens Who Want To Know What Malaysia Has Come To

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 251 hits
IN A post that mirrors Tun Dr Mahathir Mohamad s recent about signage in languages other than Malay a hotel sign in Mandarin and Korean seems to have gotten certain netizen s knickers in a knot Sharing a post by a guest at Kota Kinabalu s P...
Asean 2025 Malaysia Perlu Berada Dalam Radar Pelabur Dunia Pm Anwar

Asean 2025 Malaysia Perlu Berada Dalam Radar Pelabur Dunia Pm Anwar

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 342 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika selesai mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri UK Keir Starmer di Pejabat Perdana Menteri UK itu di No 10 Downing Street atas jemputan Starmer pada Rabu Foto Facebook Anwar IbrahimLONDON ...
Pakej Haji Swasta Mkm Travel 2025 Pilihan Terbaik Untuk Pengalaman Ibadah Yang Sempurna

Pakej Haji Swasta Mkm Travel 2025 Pilihan Terbaik Untuk Pengalaman Ibadah Yang Sempurna

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 182 hits
Jika anda sedang mencari pakej Haji swasta untuk musim 2025 MKM Travel adalah pilihan yang tepat Dengan pengalaman lebih dari 13 tahun syarikat ini telah menguruskan lebih 100 000 jemaah Haji dan Umrah dengan kadar kepuasan pelanggan mencap...
Jadual Tarikh Bayaran Mykasih 2025

Jadual Tarikh Bayaran Mykasih 2025

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 168 hits
Jadual Tarikh Bayaran MyKasih 2025 Kerajaan MADANI telah mengumumkan jadual pembayaran MyKasih 2025 yang akan dilaksanakan secara berperingkat Penerima yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih akan menerima bantuan bermula Januari 2025 ma...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Online Presence Is Critical For Business

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Gummy Eyeball Bawa Maut Mak Ayah Minta Haramkan Penjualan Jajan Merapu


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Pgzeed42 Bonuses Promotions Your Ticket To Jackpot Success

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital

Ura Kekalkan Ambang Persetujuan 100 Peratus Pemilik Tanah Akmal

Ura Jangan Sampai Sudah Terhantuk Baru Terngadah

Hannahavenhome Tips Menabung Perlahan Untuk Move On Dengan Baik

Terkini Bekas Pm Ismail Sabri Dihantar Ke Hospital Di Damansara Selepas Ditemui Tidak Sedar Diri