Penginapan Pilihan Bila Datang Bercuti Ke Pulau Tioman


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari tu dah post pasal aktiviti menarik yang korang boleh lakukan bila berada di Pulau Tioman ini so kali ini pula Maha nak share ngan korang beberapa pilihan hotel dan resort yang terbaik di Tioman ini. Banyak jenis hotel resort mahupun berkonsepkan chalet. Semua ikut kepada bajet dan juga kemampuan korang

Setengah orang kalau datang bercuti ni mereka nak betul-betul berehat kat bilik hotel dan menikmati suasan tenang dan nyaman tanpa gangguan. Ada pula yang datang nak berhibur dengan aktiviti yang ada hotel ini cuma tempat untuk persalinan dan juga merehatkan badan waktu malam sahaja. Jadi apa pun yang korang nak pilih tepuk dada tanya kemampuan ok hehehe. So jom kita lihat senarai hotel dan resort yang ada di Pulau Tioman

1108 Tekek Tioman
Bagi yang datang mencari untuk penginapan bajet dah juga tidak begitu mahal 1108 Tekek Tioman ini antara yang sesuai. Terletak di Kampung Tekek hanya beberapa kilometer sahaja dari jeti dan juga kawasan bandar kat Pulau Tioman. Jalan kaki pun boleh sampai tapi berpeluh sikit lah. Kalau nak mudah kat sini boleh sewa motor.



Chelet ini sangat sesuai untuk mereka yang datang berdua kerana tak begitu besar tapi cukup selesa mengadap betul-betul laut. Kalau tanya harga pula dalam lingkungan RM118 hingga paling tinggi RM258 khas untuk family saiz satu malam. Kat sini best mereka ada persisir pantai yang luas dan sesuai untuk mandi manda.




Kalau nak makan mereka boleh sediakan kerana ada cafe sendiri di sini tapi akan ada kos tambahan untuk makan sarapan pagi, tengahari atau pun malam. Maha suka kepada design lukisan pada dinding chalet ini sangat berseni melambang seorang yang kreatif. Kalau korang nak datang bermalam sini boleh hubungi mereka ditalian telefon 012-231 5831.

Damai Tioman Resort Kg Genting
Ini juga adalah salah satu pilihan untuk penginapan bermalam di Tioman pada harga sangat berpatutan dan murah. Terletak di Kampung Genting kalau nak datang resort ni turun sahaja jeti Kg Genting dan jalan kaki lebih kurang 5 minit dah sampai. Betul-betul berada kat kawasan tengah kampung ni dan sangat dekat dengan kemudahan kedai.




Sini konsep lebih kepada rumah kampung dengan bilik yang dibangunkan menggunakan kayu dan juga di lereng bukit. Ada pelbagai jenis bilik untuk korang nak yang bilik berdua sahaja atau juga bilik keluarga pun ada di sini. Bermula dari harga RM90 hingga ker RM210 untuk satu malam. Sini juga selalu dianjurkan Start in Tioman (SIT) yang mengumpulkan diver seluruh dunia.



Mereka juga ada menyediakan cafe untuk pelanggan yang nak makan dan juga ada wifi di kawasan cafe. Susana pagi sini sangat menarik kerana kita dapat lihat matahari terbit dan juga waktu petang matahari terbenam. Banyak port lokasi untuk ambil gambar yang menarik dan cantik kemudian boleh upload dalam Instagram. Kalau nak booking kat sini boleh lah hubungi talian 09-423 1442.

Berjaya Tioman Resort 
Ok tadi kita dah lihat beberapa resort unguk harga yang murah sekarang kita pergi pula kepada hotel dan resort yang high level sikit. Bagi mereka yang merancang percutian mewah Berjaya Tioman Resort adalah pilihan yang sangat sesuai. Resort ini bertaraf 5 bintang dan ini merupakan kali kedua Maha bermalam di sini. Sebelum ini pernah datang Tioman dan menginap di sini.






Kali ini Maha dapat bilik ada Garden View Chalet yang mana ia adalah chalet berkembar dan boleh berhubung antara dua chalet tu. Bilik sini sangat luas dan memang selesa paling best bilik air ada bath tab kalau sapa yang suka berendam. Bilik sesuai untuk 2 orang kalau datang berbulan madu sangat best. Kemudahan semua ada kat sini dari pada pilihan cafe untuk makanan Thailand, China dan juga Melayu memberi pilihan kepada tetamu yang datang. Mereka mempunyai kawasan khas jeti untuk aktiviti snorkeling dan juga menyelam. Mereka juga mempunyai pantai yang luas.

Barat Tioman Beach Resort 
Ini juga tempat penginapan yang Maha suka bukan sahaja keselesaan tapi juga cantik menarik. Barat Tioman Beach Resort ini terletak di Kampung Juara. Kalau nak datang ke sini perlu menaiki 4WD untuk sampai perjalanan lebih kurang 30 minit dari Jeti Tekek. Sebab Barat Resort ni terletak di sebelah seberang pulau dipisahkan oleh hutan simpan.



Kat sini lebih sunyi sikit daripada kesibukan kampung tapi selalu diadakan Tioman SurFestival di bulan Januari. Membawa kaki surfing dari seluruh dunia datang ker sini untuk bermain sky air dengan merasai ombak Laut Cina Selatan. Dari segi bilik pula kat sini lebih konsep modern dan juga mewah. Bilik mereka besar dan ada banyak jenis yang sesuai untuk didiami seisi keluarga.




Kemudahn lain pun ada kat sini iaitu seperti kolam renang yang besar dan juga kafe yang sentiasa ada menyediakan makanan a la-carte. Cuma satu jer kurang kat sini adalah wifi kalau datang memang susah nak dapat juga kemudahan talian komunikasi yang agak terbatas. Sini juga merak ada pelbagai aktiviti seperti sukan air iaitu kayak, untuk menjelajah hutan dengan jungle traking serta macam-macam lagi. Kalau siapa nak bermalam di sini boleh lah layari laman sesawang meraka https://barattioman.com.

Aman Tioman Beach Resort
Ia adalah satu resort yang baru sahaja beroperasi di Pulau Tioman ini tak silap baru 2 tahun dibuka. Aman Tioman Beach Resort terletak di Kampung Paya dekat dengan jeti. Kalau korang perasan pada logo resort ini merupakan sekor Tupai. Ini kerana semasa pemulaan pembinaan mereka terjumpa seekor tupai yang unik di sini dan sebab itu ia menjadi lambang kepada resort ini.




Sini pun sama bilik berkonsepkan modern dan mewah yang mampu memuatkan sehingga empat orang. Jadi ia sesuai untuk mereka yang datang bercuti bersama keluarga di sini. Kemudahan kafe dan juga wifi di semua pelusuk bilik. Meraka juga mempunyai kedai bebas cukai sendiri di dalam resort ini.





Kerana ia baru jadi rekaan sangat baru dan juga begitu rasa selesa untuk bermalam di sini. Mereka mempunyai ruang untuk mesyuarat atau juga cafe terbuka di tingkat atas untuk memberi suasana udara segar. Juga di bahagian hadapan resort ada ruang makan tepi pantai yang didirikan bagi nikmati makan mengadap laut. Nak rasai tidur bilik besar dan mewah boleh layari laman sesawang https://amantioman.com.

Tunamaya Beach & Spa Resort
Tunamaya Beach & Spa Resort adalah lokasi yang ideal untuk hari-hari santai di bawah matahari di tepi pantai yang terpencil jauh daripada segala-galanya. Kalau nak datang sini kena menaiki boat khas meraka dan tiada perhubungan darat untuk ke sini. Walaupun jauh ia masih tetap menarik dan memberi ruang exclusive kepada pelanggannya. Maha suka sini sebab ia satu-satunya resort yanga da pantai pasir yang berwarna putih bersih.




Disebabkan ia jauh dari tempat lain makan kat sini mereka ada sediakan cafe untuk makan sarapan pagi, tengah hari dan juga malam. Juga meraka ada infinity pool yang sangat besar serta menghadap laut best. Bilik kat sini pelbagai jenis daripada yang memberi pemandangan laut indah atau pemandangan alam semulajadi. Bilik mereka juga sangat kemas dan cantik luas untuk bermalam bagi keluarga.




Satu keistimewaan sini adalah mereka ada Sarang Spa yang exclusive untuk membuat pelbagai jenis rawatan spa. Ada empat bilik terapi dalamnya dan dibelai manja sambil berehat serta menikmati keindahan alam semulajadi. Kalau dapat duduk sini jauh dari kesibukan kerja dan kesesakan kota ini memang rasa tak nak balik lah hehehe. Kalau nak booking kat sini boleh tengok-tengok kat laman sesawang mereka https://www.careluxuryhotels.com/tunamaya-tioman dan buat tempahan online je.




Ini adalah antara beberapa hotel dan resort yang Maha sempat pergi singgah dan melihat sendiri fasiliti yang meraka ada. Senang nak buat servay untuk bercuti kat Tioman nanti nak yang harga biasa sahaja atau yang mewah semua ada. Cuma sekarang terpulang pada kita sendiri lah. Tioman ini akan buka sepanjang tahun walaupun ada musim monsun kerana ia mempunyai pengankutan feri besar.




Sempena dengan Visit Malasia 2020 nanti korang boleh plan untuk bercuti dalam negara atau memberpekanalkan tempat menari macam Tioman ini kepada keluarga dan kawan-kawan luar negara. Sama-sama kita semarakkan sambutan dan juga Tahun Melawat Malaysia 2020 yang bakal membawa anggaran 30 juta pelancong dari dalam dan luar negara

Hashtag rasmi : #tourismmalaysia #tourismmalaysiawilayahtimur #beyondkl #vm2020 #visitmalaysia2020 #tiomanvm2020 #tourismmywilayahtimur








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2019/10/penginapan-pilihan-bila-datang-bercuti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beda Pilihan Kades Hajatan Keluarga Ini Diboikot Warga Tetangga Tak Mau Datang

Beda Pilihan Kades Hajatan Keluarga Ini Diboikot Warga Tetangga Tak Mau Datang

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 262 hits
Seorang janda asal Desa Hadiluwih Kecamatan Sumberlawang Sragen Suhartini harus menahan pilu dan malu seusai hajatan pernikahan anak bungsunya Dwi Sri Suwarni dengan Eko Jatmiko diboikot warga Alasannya Tini sapaan akrabnya dituduh beda pil...
Aktiviti Snorkeling Best Di Pulau Tioman Wajib Singgah

Aktiviti Snorkeling Best Di Pulau Tioman Wajib Singgah

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 642 hits
Paling popular di Pulau Tioman adalah keindahan lautnya yang jernih dan penuh dengan Batu Karang dan hidupan laut Antaranya Aktiviti Snorkeling Best Di Pulau Tioman Wajib Singgah di sekitar Pulau Renggis lokasi terkenal berdekatan dengan Ka...
Terminal Feri Tanjung Gemuk Pulau Tioman

Terminal Feri Tanjung Gemuk Pulau Tioman

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 605 hits
Terminal Feri Tanjung Gemuk adalah pelabuhan atau jeti di negeri Pahang yang membolehkan anda menaiki feri untuk ke Pulau Tioman Pekan Tanjung Gemuk terletak antara pekan Endau dengan pekan Rompin di mana kira kira 30 minit pemanduan dari u...
Pilihan Lokasi Penginapan Apartment Percutian Bagi Rombongan

Pilihan Lokasi Penginapan Apartment Percutian Bagi Rombongan

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 349 hits
Masa hantar anak ke Tadika di Perumahan Makmur Cameron atau dikenali sebagai Prima Tanah Rata saya dapati sebanyak 21 buah bas pelancong sedang menunggu Prima Tanah Rata menjadi pilihan utama kepada penginapan apartment percutian bagi rombo...
Sbc Fc Juara Bola Sepak Pantai Pulau Perhentian 2019

Sbc Fc Juara Bola Sepak Pantai Pulau Perhentian 2019

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 299 hits
Oleh Saifullah JusohBESUT 20 Oktober Shisha Beach Cafe Fc menjadi juara dalam Kejohanan Bola Sepak Pantai Terbuka Pulau Perhentian 2019 SBC FC menewaskan pasukan Aqua FC pada perlawanan akhir dengan penentuan sepakan penalti apabila seri sa...
Pulau Pinang Tidak Ikut Pusat Cadang Rm800 000 Had Harga Bagi Warga Asing

Pulau Pinang Tidak Ikut Pusat Cadang Rm800 000 Had Harga Bagi Warga Asing

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 293 hits
Jagdeep Singh Deo berkata Pulau Pinang mencadangkan had harga bagi warga asing untuk membeli hartanah mewah ditetapkan pada RM800 000 berbanding RM600 000 oleh Putrajaya GEORGE TOWN Kerajaan Pulau Pinang mencadangkan had harga bagi warga as...
Fatwa Syiah Sesat Tidak Suci Boleh Disemak Balik Kata Mufti Pulau Pinang

Fatwa Syiah Sesat Tidak Suci Boleh Disemak Balik Kata Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 349 hits
Fatwa menetapkan fahaman Syiah sebagai menyimpang boleh disemak semula berdasarkan hujah bahawa fatwa tidak bersifat sakral atau suci di sisi agama kata Mufti Pulau Pinang Wan Salim Mohd Nor Menurut beliau fatwa tidak lebih daripada ijtihad...
Pulau Babi Pulau Yang Dipenuhi Dengan Babi Berenang

Pulau Babi Pulau Yang Dipenuhi Dengan Babi Berenang

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 507 hits
Apabila sebut tentang haiwan ini pasti menimbulkan rasa tidak senang kepada banyak pihak dan perkataan babi seakan menjadi satu perkataan kejian dalam masyarakat Malaysia Akan tetapi adakah anda tahu terdapat pulau yang dihuni oleh beratus ...
Gangguan Bekalan Air Berjadual Di Selatan Pulau Pinang Isnin Ini

Gangguan Bekalan Air Berjadual Di Selatan Pulau Pinang Isnin Ini

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 630 hits
Kira kira 200 000 pengguna akan menghadapi gangguan bekalan air antara 12 hingga 24 jam mulai pukul 10 pagi Isnin ini susulan insiden paip pecah di Jalan Bukit Gambir dekat sini Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Da...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Skill Up Steam Curator


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand