Penginapan Di Svolvaer Lofoten Yang Mesra Kanak Kanak Aurora Terang Sangat Di Sini


P.s : ‘Booking Link’ dengan diskaun 10% ada di hujung post
Hari ini saya nak kongsikan tentang penginapan kami di Lofoten, yang duduk dari dalam bilik saja pun boleh nampak dan ambil gambar Aurora.
Kami bermalam di pekan Svolvaer untuk hari pertama dan 2 malam terakhir. Kabin hotel ini bernama Anker Brygge.
Ianya menggunakan konsep rumah seperti kabin nelayan (fisherman cabin atau orang sini panggil Rorbu)
Lofoten sebenarnya merupakan kepulauan perkampungan nelayan.
‘An archipelago draped by Norwegian Sea’
Rumah para nelayan kebanyakannya memang sama rupa, dan ada 2 warna yang sama iaitu sama ada rumah warna merah, atau rumah warna kuning ‘mustard’
Ciri Kabin Hotel Anker Brygge Dalam kabin rumah kecil ini ada :
✅ 2 bilik tidur yang setiap satunya dilengkapi bilik air (satu bilik di bawah dan satu di atas)
✅ Ruang tamu beserta TV
✅ Ruang makan yang bersambung dengan dapur kecil
✅ Dapur yang lengkap dengan alatan memasak, peti ais kecil dan ‘freezer’ kecil dalamnya, microwave, ‘dishwasher’, ‘coffee maker’ dan lengkap dengan pinggan mangkuk, gelas dan mug.
‘Dishwasher’ itu memang seronok betul lah. Habis makan, susun saja periuk, pinggan mangkuk, cawan semua dalam itu. Dia basuh bersih. Tanggal segala minyak.
Ruang tamu kabin hotel. Penting untuk kami anak 4 sebab di sini lah tempat rehat sebentar selepas sakan main salji di luar
Ruang tamu terus nampak dapur
Dapur lengkap. Meja tepi itu adalah meja makan yang boleh dibuka – macam konsep meja ikea
Dishwasher. Lepas makan, susun semua pinggan mangkuk periuk sudu garfu. Kemudian tekan butang mula dan ianya akan tolong basuhkan. Licin bersih.
Peti ais mini lengkap dengan ‘freezer’. Tinggi baby Hajar saja (baby Hajar waktu ini umur 8 bulan)
Bilik tidur utama di tingkat bawah. Lengkap bilik air.
Bilik tidur di tingkat atas untuk anak-anak. Tengok Aurora dari bilik ini lebih menarik sebab nampak pemandangan atas.
Setiap bilik tidur dilengkapi bilik air dan bilik mandi yang panas. Pijak lantai rasa panas di musim sejuk. Alhamdulillah.
Kanak-kanak dibenarkan duduk percuma di kabin hotel ini.
Cumanya sebab kami bawa 4 anak, kami kena ambil 2 rumah.
Kata pengurusan, 1 rumah kabin hanya membenarkan maksima 5 penghuni. Lebih seorang walaupun baby pun tak boleh ‘nego’.
Ia peraturan di sini.
Syukur kami bawa mak apak sekali, jadi tak perlu lah kami suami isteri duduk rumah berasingan. 1 rumah untuk mak apak, 1 rumah adalah kami.
Syukur Alhamdulillah sangat-sangat sepanjang kami bermalam di sini, memang mudah sangat jumpa Aurora.
Mudah erti kata tengok dari dalam bilik saja pun boleh nampak ia menari-nari membesar menyeluruhi alam. (spread into the sky)
Pemandangan Aurora dari tingkap bilik atas, bilik anak-anak
Subhanallah sangat-sangat!
Andai kalian ke sini, saya sarankan minta bilik yang betul-betul di tepi gunung, bernombor 229 atau 230.
Pemandangan sambil menyusukan baby Hajar di bilik utama, bilik 230. Subhanallah.
Harganya sama saja dengan bilik yang terlindung. Jadi elok minta terus bilik yang punya pemandangan cantik.
Ini juga kerana kebiasaannya Aurora muncul dari arah gunung, ‘view’ berlatarbelakangkan gunung pula memang sangat cantik.
Kami bermalam di sini 2 kali.
Kali pertama masa baru sampai Lofoten. Lapangan Terbang Svolvaer adalah dalam 10 minit ‘drive’ dari sini.
Kali kedua adalah selepas balik dari Leknes. Alhamdulillah kali kedua ini yang dapat bilik sebelah gunung.
5 Sebab Anker Brygge Kegemaran Keluarga Kami Saya suka nak cadangkan kabin hotel ini sebab :
Pemandangan dari bilik sangat-sangat-sangat cantik. Hilang segala penat naik kapal terbang dan layan ragam anak-anak.
Anak-anak teruja nak bersihkan meja yang di timbuni salji
Di musim sejuk iaitu February, salji menimbun sekeliling bilik. Jadi anak-anak bebas main salji bila-bila masa. Asal bersiap dengan ‘winter attire’, boleh terus keluar dan main.
Buka pintu saja untuk keluar main salji
Nota : Seeloknya datang February sebab saya baca kalau bulan December atau January, Lofoten akan kerap hujan dan salji (raining and snowing)
Bila ini terjadi, susah sikit mau jumpa Aurora dan nak berjalan pun kurang selesa.
Sangat dekat dengan ‘supermarket’ Ada banyak ‘supermarket’ di sini.
Saya tak sebut kedai runcit sebab bunyi kedai runcit macam kedai yang kecil.
‘Supermarket’ di sini nak menunjukkan yang kedai di sini yang jual barang runcit makanan, minuman dan keperluan harian; adalah besar dan sangat banyak pilihan.
Bangunan Kiwi itu adalah salah satu supermarket. Bangunannya bersambung dengan supermarket yang lain.
Jalan kaki dalam 8-10 minit kalau tak berhenti menikmati pemandangan.
Ada 4 ‘supermarket’ besar iaitu Coop, Extra, Kiwi, REMA 1000 dan ada juga kedai menjual barangan elektronik kalau nak cari ‘adapter’. Kedai elektronik tersebut bernama Power.
Aurora muncul tepi kabin hotel Subhanallah memang langsung tak sangka. Takde pula saya ingat baca mana-mana ‘review’ bagitau yang di sini mudah jumpa Aurora.
Agaknya orang di sini dah kerap sangat jumpa sampai rasa takde apa dah.
Dari bilik atas saja
Menurut salah seorang penjaga kedai kasut di sini, Aurora memang datang setiap minggu.
Tapi macam biasa, dia tak berani jamin kalau kami tanya malam ni agaknya datang tak Aurora?
Mengikut pengalaman kami, Alhamdulillah memang mudah jumpa Aurora bila langit cerah tanpa awan. Lagi seronok sebab duduk dalam bilik saja pun boleh nampak.
Lepas main salji, anak-anak bergambar sebentar berlatarbelakangkan Aurora, kemudian sambung main
Pilihan makanan ‘breakfast’ yang boleh makan Saya tak sangka untuk ‘complimentary breakfast’ di sini, sebagai Muslim, macam-macam kami boleh makan.
Mungkin juga sebab makanan lebih banyak berasaskan menu ikan, roti kering dan cheese.
Orang di sini memang suka makan roti keras. Macam-macam jenis roti keras tersedia. Saya belum pernah jumpa roti lembut macam di Malaysia.
Roti keras ini biasanya makan dengan pelbagai jem, dengan ikan, dengan cheese atau makan begitu saja.
Harga bilik di sini, saya sarankan untuk kawan-kawan periksa di laman Booking dot com ya, sebab harga adalah mengikut per-pax.
Untuk dapatkan diskaun 10% semasa tempah Anker Brygge ini, kawan-kawan boleh tempah di link ini https://www.booking.com/s/34_6/deeja033
Download Itenary Lofoten Trip Kami

Download Tahniah! Sila semak emel anda dalam 3-5 minit dari sekarang.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://diaryofmuhammad.com/penginapan-di-svolvaer-lofoten-yang-mesra-kanak-kanak-aurora-terang-sangat-di-sini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Restoran Mesra Kanak Kanak Weaning Tots Di Mytown Kuala Lumpur

Restoran Mesra Kanak Kanak Weaning Tots Di Mytown Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 906 hits
Salam Kadang kadang sabtu dan ahad aku bawa anak anak ke Weaning Tots di MyTown Kuala Lumpur Restoran ini sangat unik Anak anak boleh bermain sambil makan Restoran ini diubahsuai menjadi mesra kanak kanak Mereka seperti berada di taman kana...
Lofoten Aurora Pertama Bersama 4 Anak

Lofoten Aurora Pertama Bersama 4 Anak

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 383 hits
Sebelum ini saya sering terbayang kalau nak tengok cahaya aurora ini tempat mesti kena sangat gelap mesti terpencil dan suhu kena ekstrem sejuk Tapi mampu kah anak anak bertahan nak ke tempat sedemikian Saya sendiri tak tentu mampu Tak meng...
Itinerari Menjejak Aurora Di Lofoten Bersama Anak Anak

Itinerari Menjejak Aurora Di Lofoten Bersama Anak Anak

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 307 hits
Sebagai rasa terima kasih kerana mengikuti catatan perjalanan kami ke Lofoten bersama anak anak dan keterujaan kami bertemu Aurora maka kami hasilkan eBook Lofoten khas untuk anda Buat masa ini kami tuliskan itinerari ringkas di dalam eBook...
Airbnb Di Leknes Lofoten Aurora Dari Balkoni Rumah Saja

Airbnb Di Leknes Lofoten Aurora Dari Balkoni Rumah Saja

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 523 hits
P s Booking Link ada di hujung post Dan istimewa untuk first timer Airbnb boleh dapatkan kredit RM 120 melalui link yang saya kongsikan Di Lofoten kami hanya berjalan di 2 tempat utama iaitu Svolvaer dan Leknes sebab 2 ini saja yang ada sup...
Anak Sampai Reput Dalam Rahim Sebab Terikut Sangat Dengan Kira Kira Yang Dibuat Doula Rahim Ibu Juga Terpaksa Dibuang

Anak Sampai Reput Dalam Rahim Sebab Terikut Sangat Dengan Kira Kira Yang Dibuat Doula Rahim Ibu Juga Terpaksa Dibuang

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 778 hits
Masih lagi panas dengan isu doula selepas program analisis yang diadakan pihak tv alhijrah antara pakar perubatan Imelda Balchin dan doula freelance makin ramai yang tampil mendedahkan pengalaman sendiri Artikel kali ini dipetik dari laman ...
Kenapa Dengki Sangat Saya Berniaga Tepi Jalan

Kenapa Dengki Sangat Saya Berniaga Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 289 hits
Penyanyi veteran Shima mendedahkan sepanjang mengusahakan warung Teringin beliau pernah terkena buatan orang sehingga menyebabkan kesihatannya terganggu dan tidak membuka perniagaannya BACA The post appeared first on
Bekas Klien Akhirnya Tampil Dedah Sikap Sebenar Doula Kontroversi Kecewa Sangat Apabila Dihina

Bekas Klien Akhirnya Tampil Dedah Sikap Sebenar Doula Kontroversi Kecewa Sangat Apabila Dihina

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 708 hits
SEBELUM ini hangat isu doula bertikam lidah dengan netizen dan doktor berhubung kepercayaan kaedah perubatan yang kononnya bersalin di rumah lebih selamat berbanding di hospital Tidak habis perang mulut antara doula dan netizen kali ini seo...
Hanya Berniaga Warung Tepi Jalan Kenapa Dengki Sangat Shima

Hanya Berniaga Warung Tepi Jalan Kenapa Dengki Sangat Shima

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 362 hits
Saya bukan buka restoran besar sebaliknya hanya berniaga warung tepi jalan Kenapa ada yang dengki sangat kata penyanyi rock era 1990 an Shima Penyanyi itu mendakwa berdepan pelbagai dugaan sejak mengusahakan Warung Teringin di depan kediama...
Penat Sangat Fariza Tertidur Masa Tengah Study

Penat Sangat Fariza Tertidur Masa Tengah Study

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 302 hits
hai assalammualaikumPenat Sangat Fariza Tertidur Masa Tengah Study Fariza bila bangun dari tidur terus cari mainan dia pergi main Main sampai puas lepas tu cari pulak buku suruh nad baca Kemudian ulang balik main dengan adik dia dan seterus...
Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu

5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You

Johari Ghani To Officiate Pakistan Edible Oil Conference In Karachi

Ho Ho Ho Corruption Good Liberal Secularism Bad

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Stay Strapped How To Transport A Motorcycle The Right Way


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Lelaki Itu Bukan Kiriman Tuhan

Spm 2024 Day 2 Tremendous

Pilihan Raya Ketua Murid Peringkat Sekolah

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Apakah Maksud Adendum

Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan