Penginapan Di Kompo Villa Kuantan
Assalamualaikum dan hi semua..apa khabar? Semoga semua ceria selalu. Cuti-cuti ni korang ke mana? zaza baru-baru ini pergi jalan kuantan itu pun rakan blogger cik renex yang ajak..biasa kalau ada buat aktiviti kat luar pun dengan cik renex je la sebab dia je yang terdekat dengan tempat zaza tinggal.
Masa jalan-jalan kuantan tu, zaza dan cik renex kitorang menginap kat Kompo Villa Kuantan. Tempat penginapan ni cik renex la yang suggest. So ini adalah kali ke 2 zaza menginap.. yang dulu masa bulan 3 sebelum perintah berkurung covid tu.
Kompo Villa ni sesuai sangat untuk solo traveler atau patners sebab harga yang ditawarkan murah. Macam kitorang ni, RM60 untuk 1 malam..so RM30 sorang la kan kena bayar..dah jimat hehe..
Menginap kat sini just disediakan benda yang basic je. So macam peralatan seterika ke dan lain-lain elok bawa sendiri. Yang disediakan tuala mandi je
Tapi zaza selesa dan sedap sangat tidur sebab apa tau..kualiti bantal dia tu..suka sangat zaza..memang empuk dan sangat selesa.
Biasa kalau menginap di luar..tv kalau pasang pun memang tak tengok sangat..siapa macam tu?
Bantal tidur tu la yang buat zaza selesa sangat tidur tau..serius rasa nak beli je bantal tu tapi tak tahu kat mana.
Pemandangan kat luar tingkap.
Bagi zaza sangat ok kalau nak menginap. Lagi pun dekat dengan bandar. Bilik tidur dan bilik air pun sangat bersih
Suasana malam..masa ni baru balik dari makan malam dekat Kimstone
Tak banyak pun zaza nak bercerita tentang penginapan kat sini..just zaza share gambar je la..mana tahu ada yang datang kuantan dan nak cari tempat penginapan murah kan..boleh la menginap kat sini
Kompo Villa ni terletak dekat N0 20-22, Lorong Seri Kuantan17, Jalan Beserah, 25250 Kuantan, Pahang. Tempahan dan pertanyaan boleh telefon : 012 9859820
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.zazaiman.com/2020/06/penginapan-di-kompo-villa-kuantan.html