Ini 5 Tempat Penginapan Mantap Dengan Permandangan Terindah Di Kundasang


Fuh pergi Sabah pun macam steadykan. Ini 5 Tempat Penginapan Mantap Dengan Permandangan Terindah Di Kundasang

Kalau Di Kundasang, Boleh Bah Stay Sini Ini 4 Tempat Penginapan AirBnB Mantap Dengan Permandangan Indah Di Kundasang. Sekiranya anda di Kundasang, Sabah, daripada anda menginap di hotel mewah, anda boleh sahaja menginap di rumah inap yang selesa (more privacy too!) 


Lengkap dengan pemandangan yang indah serta cuaca yang sentiasa sedap, anda harus cuba tempat-tempat penginapan yang berikut sekiranya anda teringin untuk bercuti di Kundasang!

Ini 4 Tempat Penginapan AirBnB Mantap Dengan Permandangan Indah Di Ranau
Kupi-Kupi & Stay

Bercuti bersama keluarga yang ramai atau dengan semua sahabat yang sekepala dengan anda? Ingin melakukan aktiviti Hiking di Maragang Hill untuk berselfie dengan pemandangan indah Gunung Kinabalu sebagai latar belakang. Salah satu pilihan yang tepat di Kundasang adalah Kupi-Kupi & Stay!

Tempat penginapan ini terletak di perkampungan homestay yang tertinggi dan semestinya sejuk di Sabah. Terletak di Mesilau, Kundasang dan hanya 5 - 8 minit jarak dengan Desa Dairy Farm.
Antara tempat-tempat lain menarik berhampiran dengan homestay ini adalah Ladang Sayur segar Kundasang Aquafarm,D'masilau Rabbit Garden, Starting Point Maragang Hill dan Pekan Kundasang.




Penginapan berwarna warni ini menawarkan 11 Bilik yang mempunyai ruang cukup luas untuk penginapan sekitar 8 orang dewasa. Terdapat banyak pilihan variati bilik buat keluarga besar yang ingin berkunjung ke Kundasang .

Bukan itu sahaja, ia juga lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti peralatan bbq dan dapur yang sempurna untuk anda memasak masakan panas. Untuk berhibur pula, TV bersiaran satelit dan pemain DVD turut disediakan.


Namun apa gunanya jika waktu bercuti dihabiskan di depan skrin kaca bukan? Apa kata jika anda menikmati sepuasnya pemandangan dari ruang balkoni homestay ini. Pada waktu malam, anda mungkin dapat melihat pendaki-pendaki Gunung Kinabalu yang dikatakan kelihatan seperti kelip-kelip dari jauh.



Penuh dengan privasi, udara yang segar dan pemandangan yang menyejukkan mata, Kupi-Kupi & Stay dapat memberikan anda syurga percutian yang diimpikan.

Harga: Dari RM250+ Semalaman

Alamat: Kampung Mesilau, 89308 Ranau

TEMPAH SEKARANG DARI RM 250
 Mountain View Lumava Homestay RanauTempat penginapan ini terletak 5-10 minit dari Pekan Ranau, anda akan menikmati pemandangan yang indah dengan adanya pemandangan gunung Kinabalu yang jelas. Selain menikmati pemandangan, anda boleh juga melakukan aktiviti luar seperti memancing di sebuah tasik berdekatan iaitu tasik Lompoyau.




Antara bilik yang disediakan dalam rumah ini.
Sesuai untuk de-stress, anda boleh bersantai di spa ikan Bombon Marakau yang terletak tidak jauh dari homestay ini. Anda juga boleh berkunjung ke Ranau Rabbit Farm yang terletak 10 minit dari tempat penginapan ini. Jika anda inginkan kesenyapan, tempat penginapan ini sesuai untuk anda kerana rumah ini terletak dalam perumahan yang senyap.

Anda akan perlu menyewakan satu rumah sekiranya anda berminat untuk menginap di sini. Ia sesuai juga untuk sekeluarga atau sekiranya anda dan sekumpulan kawan berminat untuk getaway ke sini, malah tempat menginap ini dilengkap dengan kemudahan. Jangan lupa bawa baju panas kerana cuaca di sini sentiasa sejuk terutamanya pada waktu pagi dan waktu malam!




Pemandangan gunung Kinabalu yang jelas
The Hill Kinabalu, Kundasang, RanauMerupakan sebuah tempat menginap yang kecil terletak 6km dari Kundasang, rumah ini menghadap Ranau di satu sisi dan gunung Kinabalu di satu sisi. Penginap akan menikmati pemandangan yang cantik serta kawasan yang luas, sesuai untuk anda yang suka berjalan-jalan sambil menikmati alam semula jadi.



Rumah sebelah kanan menghadap pekan Ranau, manakala rumah sebelah kiri menghadap pemandangan gunung Kinabalu.
Salah satu ciri-ciri yang menarik adalah dining hall yang besar dan dapur yang memberikan pemandangan gunung Kinabalu yang jelas.

Penginap juga dipersilakan untuk melakukan aktiviti BBQ disini dan sesuai untuk mengadakan parti. Semua bilik dilengkapi dengan bilik mandi masing-masing.




Pemandangan dari beranda
Tempat penginapan ini terletak berdekatan dengan Desa Cattle Dairy Farm (iaitu 11.5km dari sini), Poring Hot Spring, Taman Negara Kinabalu, pekan Ranau dan Kundasang, Kundasang War Memorials dan juga Arnab Village.




Pemandangan gunung Kinabalu dari tempat penginapan ini.
Syameen’s Kampungstay FH02 Quad RoomTempat penginapan ini menyediakan 1 queen bed dan 1 bunk bed (sesuai untuk 4 orang). Berada di aras tinggi berbanding tempat penginapan lain di kawasan ini, ia menawarkan pemandangan padu di mana anda dapat melihat gunung Kinabalu, lembah yang indah dan seluruh bandar Kundasang!




Tempat penginapan yang simple tetapi menawarkan pemandangan yang indah.
Jika anda kunjung pada musim yang tepat, anda berpeluang untuk melihat para petani mengendalikan ladang sayur mereka dan anda boleh juga minta sayur dari mereka!








Pemandangan dari homestay ini, anda boleh lihat seluruh pekan Kundasang!
Kinabalu Mountain LodgeSebuah mountain lodge yang sejuk dan selesa, ia terletak berdekatan HQ Taman Kinabalu (2km berjalan kaki), di mana anda dapat menikmati keindahan alam hutan serta menikmati penjalanan kaki dari persimpangan ke rumah ini



Pemandangan matahari benam dari tempat penginapan.
Sesuai untuk mereka yang minat alam semula jadi, anda akan menikmati penginapan anda disini dikelilingi alam semula jadi iaitu hutan di Taman Kinabalu. Untuk makanan, pihak pengurusan menghidangkan makanan vegetarian sebagai usaha untuk menjadi mesra alam tetapi mereka ada juga menjual makanan ringan, bir, kopi, teh, milo dan mi segera



Ladang sayur berdekatan.
Amazing Grace Lodge 1Terletak di tapak warisan dunia Gunung Kinabalu, ia menawarkan bilik dengan pemandangan gunung dan penginap akan menikmati cuaca yang sejuk. Anda juga akan menikmati pemandangan kota Kundasang yang menyegarkan



Salah satu bilik yang disediakan
Balkoni dan ruang serbagunanya besar dan dapat menampung sebanyak 35 orang. Dapur juga lengkap dengan kemudahan dan tempat BBQ juga disediakan. Bagi peminat flora, homestay ini dikelilingi bunga rare iaitu bunga Balsom dan landskap orkid. Anda juga boleh beri makanan ikan di sebuah kolah berdekatan



You can even feed the fish in the pond! Rumah dikelilingi oleh bunga-bunga.

Jadi dah boleh lah start packing barang anda dan mari bercuti bersama yang tersayang ke Kundasang, Sabah. Buat apa rancang ke tempat yang jauh sehingga ke New Zealand semata-mata untuk melawat Dairy Farm kalau kita boleh lawat di Kundasang sahaja. Seperti peribahasa ibunda kita, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.
Kundasang sememangnya destinasi pilihan untuk ramai pelancong tak kira dalam dan luar negara! Jika anda masih lagi tercari-cari penginapan yang sesuai di Kundasang untuk percutian anda, jangan risau! 
Bah, apa lagi? Belum tahu kalau belum cuba bah kan? Have a pleasant stay, and stay safe from COVID-19!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2020/06/ini-5-tempat-penginapan-mantap-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Tempat Makan Terbaik Mee Udang Di Pulau Pinang

6 Tempat Makan Terbaik Mee Udang Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 762 hits
Mee Udang antara makanan famous yang biasanya orang tercari cari Di Pulau Pinang yang paling Tapi untuk kali ni aku sediakan untuk korang 6 tempat mee udang sempoi di Pulau Pinang Dekat area Sungai Dua je pun ada 2 3 restoran famous mee uda...
Mb Buang Pelitup Muka Di Tempat Betul Jaga Kebersihan

Mb Buang Pelitup Muka Di Tempat Betul Jaga Kebersihan

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 485 hits
SHAH ALAM 7 JUN Dato Menteri Besar menyeru rakyat supaya membuang pelitup muka botol cecair pembasmi kuman dan sarung tangan pakai buang di tempat sewajarnya Dato Seri Amirudin Shari memaklumkan barangan itu antara sampah paling banyak dite...
Who Nasihatkan Orang Ramai Agar Memakai Topeng Muka Di Tempat Awam

Who Nasihatkan Orang Ramai Agar Memakai Topeng Muka Di Tempat Awam

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 410 hits
Organisasi Kesihatan Sedunia telah mengubah nasihatnya tentang topeng muka dengan mengatakan ia harus dipakai di tempat umum bagi membantu menghentikan penyebaran coronavirus Dalam satu laporan yang dikeluarkan BBC badan kesihatan global te...
Who Nasihat Masyarakat Seluruh Dunia Pakai Topeng Muka Di Tempat Awam Bantu Cegah Jangkitan Virus Covid 19

Who Nasihat Masyarakat Seluruh Dunia Pakai Topeng Muka Di Tempat Awam Bantu Cegah Jangkitan Virus Covid 19

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 320 hits
Jika sebelum ini Pertubuhan Kesihatan Dunia menasihatkan hanya mereka yang sakit dan bergejala atau menguruskan orang sakit sahaja yang perlu memakai topeng penutup muka namun dalam kenyataan Ketua Pengarah Tedros Adhanom Ghebreyesus baru b...
11 Tempat Wisata Alam Bandung Terbaru 2020 Yang Populer

11 Tempat Wisata Alam Bandung Terbaru 2020 Yang Populer

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 393 hits
Destinasi wisata alam Bandung terbaru 2020 memang tidak akan mengecewakan Eloknya pemandangan alam serta pegunungan telah menjadi daya tarik tersendiri Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
3 Tempat Paling Mustajab Untuk Mengobati Hati Sedih Dan Galau

3 Tempat Paling Mustajab Untuk Mengobati Hati Sedih Dan Galau

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 299 hits
Penyakit Sedih dan Galau bisa dirasakan oleh siapa saja dan jika terus dibiarkan maka efeknya bisa negatif bahkan mengganggu kesehatan tubuh maupun jiwa Ada beberapa tempat yang Paling Mustajab Untuk Mengobati Hati Sedih dan Galau Sebagaima...
Aksi Pria Berotot Besar Di India Tuntut Pembukaan Tempat Gym

Aksi Pria Berotot Besar Di India Tuntut Pembukaan Tempat Gym

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 432 hits
Aksi Pria Berotot Besar di India Tuntut Pembukaan Tempat Gym Pemilik dan pelatih gym di sejumlah kota di India menggelar aksi protes atas kebijakan pemerintahannya yang masih melarang pembukaan pusat kebugaran di tengah kekhawatiran penyeba...
Dinding Cinta Tempat Luahan Rasa Cinta Pada Kekasih

Dinding Cinta Tempat Luahan Rasa Cinta Pada Kekasih

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 399 hits
Sebuah Dinding Cinta berdiri di taman Abbesses di Montmartre Paris dengan keluasan 40 meter persegi Pada dinding tersebut tertulis ribuan kalimah berahi Aku Cinta Padamu dalam 300 bahasa yang berbeza dari seluruh pelusok dunia Dinding ini d...
8 Tempat Makan Western Di Kl Dan Pj

8 Tempat Makan Western Di Kl Dan Pj

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 673 hits
8 Tempat Makan Western Di KL dan PJ Kuala Lumpur dan Petaling Jaya adalah syurga makanan yang menjadi tumpuan orang ramai dalam dam luar negara Semua jenis makanan daripada makanan melayu cina india dan makanan yang menjadi pilihan adalah m...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah