Penghargaan Mcdonald S Malaysia Kepada Petugas Barisan Hadapan Perubatan
Seruan #KitaBoleh oleh McDonald’s Malaysia
Musuh tanpa mata yang melanda ketika ini, COVID-19 bukan rekaan. Ia adalah kenyataan yang perlu ditempuh oleh dunia. Waktu ini, bukan barisan hadapan sahaja yang perlu bertungkus lumus untuk memberi kemenangan kepada Malaysia dalam menentang COVID-19. Setiap rakyat dalam sesebuah negara perlu bekerjasama bagi memutuskan rantaian wabak ini daripada terus menular.Tidak terkecuali, McDonald’s Malaysia juga memberikan sokongan kepada para petugas barisan hadapan perubatan khususnya dalam menghadapi pandemik yang mencabar ini.
Ini adalah salah satu usaha McDonald's Malaysia yang turut mengambil peduli tentang keadaan semasa negara. Apa yang mereka lakukan dalam kempen ini adalah membuat penghantaran makanan yang dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu ke lebih 70 buah hospital yang merawat pesakit-pesakit COVID-19. Sudah pasti pemberian ini sedikit sebanyak dapat membuatkan para petugas barisan hadapan perubatan lebih bersemangat dan gembira di sebalik kerja keras mereka.
Berkaitan dengan hal itu, tajaan makanan untuk hospital-hospital yang merawat pesakit COVID-19, menjangkau sekitar 30,000 petugas barisan hadapan perubatan. ‘Hero’ yang menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi, rela berkorban masa dan tenaga demi menyelamatkan nyawa seseorang, wajar diberi penghormatan yang selayaknya. Disebabkan usaha hero kita yang tidak pernah mengenal erti penat dan jemu ini, rakyat Malaysia sepatutnya memberi sokongan padu dan bantuan dari setiap sudut. Waktu getir ini bukan masanya untuk kita menuding jari menyalahkan pelbagai pihak, tetapi bersatu padu menghadapi pandemik ini.
Untuk pengetahuan semua, inisiatif terkini oleh McDonald’s Malaysia ini merupakan kesinambungan seruan #KitaBoleh di seluruh negara, yang dimulakan oleh syarikat itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu.
Seruan #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka bertujuan untuk meningkatkan semangat semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan menjaga semangat juang walaupun pada masa-masa sukar. Saya sendiri amat bersetuju dengan usaha yang dibawa oleh mereka. Sejak wabak COVID-19 melanda, rasa seperti sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kesihatan dan keselamatan diri serta orang lain. Penggunaan #KitaBoleh di media sosial juga sentiasa mengingatkan kita bahawa kemenangan dalam menentang COVID-19 pasti akan kita gapai satu hari nanti dengan kesepaduan yang utuh.
Selain itu, panggilan #KitaBoleh juga merupakan panggilan nasional untuk memberitahu keberanian para petugas barisan hadapan yang bekerja tanpa mengenal erti penat lelah dalam memerangi wabak tersebut. Sememangnya tanda pagar ini amat sesuai dengan semangat yang mereka bawa ketika ini. Jika petugas barisan hadapan mampu bekerja mencurahkan bakti semaksimum mungkin, kenapa tidak kita bukan?
"Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Pergerakan pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu, kita rakyat Malaysia telah melalui berbagai tahap kehidupan selama wabak ini, "kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.
"Apa yang tetap konsisten sepanjang masa-masa mencuba ini adalah ketekunan berterusan para barisan hadapan kami, yang pekerjaan hariannya menjadikan kehidupan kita lebih selamat setiap hari ketika kita melawan wabak ini," tambah Azmir.
Azmir juga mengiktiraf pasukan restoran yang telah bertugas untuk menghantar makanan ke hospital, yang secara langsung meletakkan senyuman di wajah para petugas barisan hadapan di hospital.
Syukur sangat apabila ada usaha sebegini, seperti pihak McDonald’s Malaysia menghantar makanan untuk petugas barisan hadapan perubatan. Kita juga sepatutnya mencontohi apa yang mereka lakukan. Kalau kita tidak dapat memberi banyak, pemberian yang sedikit tapi ikhlas, itu sudah memadai.
Tempoh pelaksanaan PKP adalah tempoh yang sepatutnya semua rakyat Malaysia bersatu padu berusaha untuk mengekang wabak COVID-19 daripada terus menyerang. Ia bukan mudah dilaksanakan tetapi dengan mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, kejayaan melawan wabak ini bakal dikecapi.
Sebagai penghias bicara akhir, marilah kita bersama-sama petugas barisan hadapan berganding bahu menjayakan usaha yang akan memberi beribu manfaat kepada semua.
Patuh arahan, jaga kesihatan dan keselamatan diri serta mengamalkan gaya hidup sihat.. InsyaAllah kemenangan melawan wabak ini akan kita genggam.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.maisarahsidi.com/2021/06/penghargaan-mcdonalds-malaysia-kepada-petugas%20Barisan-hadapan-perubatan.html