Penghapusan Ap Langkah Berani Pm Ismail Sabri


 

Menghapuskan AP untuk import makanan adalah satu langkah yang amat berani dari pihak perdana menteri.
Isu AP untuk import makanan ini telah lama diperkatakan dan dikupas oleh ahli-ahli ekonomi, dan akhirnya menjadi kenyataan.
Tetapi apakah ini satu kejayaan atau langkah yang memberangsangkan untuk negara bergerak maju ke depan?
Sebenarnya reaksi berbeza diperhatikan; terserah di sebelah mana anda berada.
Siapa pemilik AP?
Kalau anda seorang ahli parti politik yang mendapat kemudahan AP dan menjualkan AP anda kepada pengimport makanan seperti beras, gula, tepung, daging dan berbagai-bagai jenis bahan makanan yang lain, anda akan merasa terkilan dan amat marah dengan langkah tiba-tiba dari pihak kerajaan ini.
Tindakan PM akan dilihat sebagai tidak adil, memusnahkan peluang anda untuk mendapat wang yang lumayan secara berkala.
Anda telah memiliki AP begitu lama tanpa sebarang modal, usaha dan risiko, tetapi bagi rakan peniaga anda yang anda memeras mereka selama ini, yang mengeluarkan modal untuk menceburi bidang pengimport makanan yang tulin pula, mereka akan mengalu-alukan tindakan PM itu.
Kerana yuran AP yang mereka bayar kepada pemilik AP selama ini sudah tiada. Kos itu hilang dan ahli politik, kakitangan kerajaan, dan pegawai yang menggunakan nama ahli keluarga untuk mengeluarkan AP itu tidak lagi perlu.
Dengan pengumuman yang dibuat oleh PM itu, pemilik AP tidak lagi berkuasa, hilang pendapatan, dan tidak lagi berdaya untuk meminta bayaran yang bukan-bukan.
“Cable” yang mereka miliki itu hilang sekelip mata.
AP kereta import
Ramai yang menyarankan kepada PM, supaya AP kereta itu juga mesti dihapuskan juga.
Kalau dulu AP digunakan sebagai sebab untuk melindungi pengilang kereta tempatan, seperti Proton namun sekarang Proton bukan lagi milik negara.
Jadi kenapa kerajaan mesti melindungi mereka dengan ‘mekanisme perlindungan’ yang dinamakan AP kereta import itu?
Begitu juga perbahasan tentang AP makanan ini. Selama ini, siapa yang sebenarnya dilindungi kerajaan? Pengimport makanan tulen atau pemilik AP? Atau pasangan tersebut?
Tentunya pengimport-pengimport makanan yang selama ini menjadi ‘monopoli’ dan menguasai pasaran tempatan dengan harga yang tidak berpatutan kepada ramai para pengguna, usahawan tempatan, dan pembeli keseluruhanya.
Tidakkah dengan menghapuskan AP makanan itu akan memberi daya saing yang lebih baik kepada pengimport makanan keseluruhannya?
Dalam erti kata sebenar, kos import akan turun, kualiti barangan akan naik, dan kerana persaingan dalam pasaran, harga jualan juga akhirnya akan menjadi lebih rendah. Keuntungan sebenarnya kepada pengguna.
Pasaran terbuka
Ini telah banyak terbukti dalam banyak barangan lain seperti bahan-bahan industri yang tidak disekat dalam bentuk AP.
Negara kita banyak menggunakan kaedah AP ini (juga disebut ‘lesen monopoli’) untuk berbagai-bagai perkara lain seperti tenaga kerja atau “supply of foreign labour”, pembantu rumah, visa untuk pelajar di kolej dan universiti tempatan serta pelbagai jenis sekatan lain yang berbentuk ‘monopoli’ atau ‘kuasa mutlak’.
Pembentukan kerjasama antara pihak menteri yang mempunyai kuasa dalam kerajaan dan ahli perniagaan yang mahu menguasai pasaran tertentu telah menjadikan negara kita begitu ketara dalam pelbagai jenis dan bentuk korupsi.
Tetapi dengan terbongkarnya beberapa kes korupsi yang melibatkan beberapa menteri, termasuklah keterangan saksi di mahkamah tentang bayaran berskala kepada bekas-bekas menteri yang terlibat, ramai pembaca akan merasakan bahawa langkah yang dibuat oleh PM itu satu langkah yang bijak.
Langkah ini juga bertepatan dengan waktu dan isu-isu politik semasa. Ia juga akan memberi nafas baru kepada ekonomi negara yang banyak bergantung kepada bahan-bahan import untuk sektor pembuatan dalam negara serta akan menurunkan lagi kadar kos pembuatan tempatan.
Walaupun terdapat pandangan yang berlawanan dengan langkah PM itu, penghapusan AP makanan ini mesti diteruskan.
Kerana ia membuktikan keseriusan dan ketegasan PM yang bukan sahaja mesti menangani kuasa peniaga monopoli, akan tetapi, kuasa-kuasa ahli politik dalaman yang membolot kedua-duanya sekali; politik dan pengimport. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/05/penghapusan-ap-langkah-berani-pm-ismail.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ap Lifted For Wheat Imports Says Ismail Sabri

Ap Lifted For Wheat Imports Says Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 192 hits
PUTRAJAYA The Approved Permit requirement to import wheat has been lifted This is the latest decision by the Cabinet in a move to ensure sufficient food supply in the country Last week the government announced that AP was no longer needed t...
Ismail Sabri Arahkan Mesyuarat Kabinet Diawalkan Bincang Kos Sara Hidup Bekalan Makanan

Ismail Sabri Arahkan Mesyuarat Kabinet Diawalkan Bincang Kos Sara Hidup Bekalan Makanan

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 174 hits
Mesyuarat Kabinet akan diawalkan ke esok bagi membincangkan isu peningkatan kos sara hidup dan penawaran bahan makanan kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Ismail berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta...
Survey Finds Ismail Sabri Govt Somewhat Favourable

Survey Finds Ismail Sabri Govt Somewhat Favourable

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 153 hits
A survey finds that a majority of Malaysians have at least a somewhat favourable opinion of Prime Minister Ismail Sabri Yaakob s government The commissioned by the US based International Republican Institute found that only 17 percent of re...
Hiburan Cringenya Ismail Sabri Teruja Disambut Di Airport Rupanya Semua Dah Dibayar

Hiburan Cringenya Ismail Sabri Teruja Disambut Di Airport Rupanya Semua Dah Dibayar

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 174 hits
Beberapa hari yang lalu Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah pulang ke Malaysia setelah empat hari berada di Washington DC atas urusan kerja Kepulangannya ke negara ini semula telah disambut meriah oleh ramai ...
Ismail Sabri Visits Japan To Enhance Look East Policy

Ismail Sabri Visits Japan To Enhance Look East Policy

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 164 hits
Empowering the Malaysian Look East Policy and introducing the content of Malaysian Family in Malaysia Japan bilateral ties are the agenda to be highlighted by Prime Minister Ismail Sabri Yaakob during his six day official working visit to J...
Hiburan Baju Lembu Juga Dipilih Netizen Persoal Pakaian Ismail Sabri Anggap Tak Proper Ketika Pertemuan Formal

Hiburan Baju Lembu Juga Dipilih Netizen Persoal Pakaian Ismail Sabri Anggap Tak Proper Ketika Pertemuan Formal

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 161 hits
Sedia maklum baru baru ini Perdana Menteri Malaysia mempunyai kesempatan untuk bertemu dengan rakan sejawat di Singapura iaitu Lee Hsein Loong Pertemuan secara face to face itu telah mendapat perhatian netizen bukan kerana atas dasar kerja ...
Eksklusif Pencalonan Ismail Sabri Ku Li Sekolahkan Umno

Eksklusif Pencalonan Ismail Sabri Ku Li Sekolahkan Umno

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 228 hits
Pada 13 Mei 2022 lalu krew studio Politik Kini telah menemubual negarawan YBM Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah untuk mendapatkan perspektif beliau mengenai situasi politik Malaysia sekarang
Ismail Sabri Dan Mahathir Akan Berucap Pada Sidang Nikkei Ke 27

Ismail Sabri Dan Mahathir Akan Berucap Pada Sidang Nikkei Ke 27

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 157 hits
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad akan berucap pada Persidangan ke 27 Nikkei Future of Asia di Tokyo masing masing pada 25 Mei dan 26 Mei Ini adalah penampilan pertama Ismail Sabri di persidan...
Berapa Lama Kerajaan Ismail Sabri Boleh Bertahan

Berapa Lama Kerajaan Ismail Sabri Boleh Bertahan

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 211 hits
Tempoh bertenang wait and see bagi kerajaan sheraton Ismail Sabri sebagai PM mungkin telah tamat sepertimana yang dinikmati oleh Muhyiddin sebelum ini Di medos nama PM mula diserang walaupun pada isu isu secara tidak langsung terutama isu k...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation