Penghakiman 2 Bekas Hakim Kanan Dilindungi Doktrin De Facto


Mahkamah Persekutuan memutuskan penghakiman dua bekas hakim kanan, yang pelantikan mereka sebagai hakim tambahan dicabar kerana didakwa melanggar perlembagaan, adalah dilindungi “doktin de facto”.
Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel lima hakim berkata, meskipun jika mahkamah menerima hujah bahawa pelantikan bekas Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif dan bekas presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinudin adalah tidak sah, namun penghakiman mereka akan kekal berdasarkan doktrin de facto.
Beliau berkata, doktrin de facto adalah bertujuan memelihara integriti keputusan kehakiman dan melindungi keputusan hakim daripada serangan kolateral.
“Jika tidak, litigan yang gagal akan menggunakan isu ini untuk menyerang kekurangan kuasa seseorang hakim sebagai alasan untuk membuat litigasi semula atau mengubah keputusan kes mereka atas alasan individu yang mendengar kes mereka bukanlah hakim,” katanya dalam penghakiman setebal 46 muka surat yang dikeluarkan semalam.
Tengku Maimun berkata, tindakan sedemikian sudah tentu akan menjejaskan prestij dan integriti sistem kehakiman serta menjerumuskannya ke lembah kehinaan.
Katanya, meskipun pelantikan seseorang hakim tidak dibuat secara “de jure”, semua keputusannya sama ada dari segi kehakiman atau pentadbiran adalah dilindungi.
Beliau berkata, bahaya yang ingin dielak oleh doktrin de facto ialah kekecohan dan kekeliruan yang mungkin timbul selepas pelantikan pembuat keputusan didapati tidak sah selain kesan yang mungkin ditinggalkan terhadap pentadbiran keadilan.
Dalam keputusan sebulat suara bagi menolak tujuh usul semakan berhubung isu itu dengan kos, Tengku Maimun berkata poin khusus yang dibangkitkan termasuk dakwaan berlaku kegagalan kourum, pelanggaran keadilan semula jadi atau ketidakadilan umum adalah tidak mempunyai merit.
“Kami berpandangan bahawa pemohon tidak berhak secara kolateral mencabar kesahihan pelantikan kedua-dua hakim melalui kesemua usul semakan ini,” katanya.
Turut bersidang Zabariah Yusof, Hasnah Mohammed Hashim, Harmindar Singh Dhaliwal dan Rhodzariah Bujang.
Panel itu mendengar semua usul pada 19 Ogos lepas, yang difailkan pemohon yang meminta agar keputusan tidak memihak kepada mereka diketepikan dan rayuan kes terbabit didengar semula.
Antara pemohon ialah waris mangsa penerbangan MH370 ke Beijing yang hilang pada 2014. Pada November 2017, ketua hakim negara ketika itu, Md Raus yang mengetuai panel lima hakim, mendengar rayuan keluarga mangsa untuk memasukkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd dan Tentera Udara Diraja Malaysia sebagai pihak dalam saman mereka.
Pihak lain termasuk Yakin Tenggara Sdn Bhd, Lim Sue Beng, Tan Boon Lee dan Yong Tshu Khin serta Annie Quah Lay Nah.
Mereka mendakwa nasihat yang diberikan pendahulu Md Raus iaitu Arifin Zakaria kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik kedua-dua hakim sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan adalah tidak sah kerana nasihat sedemikian hanya boleh diberikan oleh ketua hakim negara ketika beliau menyandang jawatan itu.
Mereka juga mendakwa Md Raus tidak berhak menyenaraikan panel Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan itu dan bersidang mendengar semua kes tersebut.
Pada 7 Julai 2017, kerajaan mengumumkan bahawa Md Raus akan kekal menyandang jawatan beliau selama tiga tahun lagi mulai 4 Ogos 2017 manakala Zulkefli selama dua tahun mulai 28 Sept 2017.
Mereka sepatutnya bersara wajib pada tahun itu selepas mencecah usia 66 tahun.
Md Raus dan Zulkefli mengemukakan surat peletakan jawatan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun 2018 dan Yang di-Pertuan Agong telah memberikan perkenan baginda pada 8 Jun 2018.
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata mahkamah tidak bersetuju dengan hujah pemohon bahawa doktrin itu hanya terpakai kepada pegawai bawahan dan pengantara kehakiman serta tidak boleh diguna pakai bagi hakim mahkamah atasan.
“Kami berpendapat bahawa doktrin de facto adalah terpakai bagi pelantikan berperlembagaan,” katanya. Bernama
Jangan ada campur tangan dalam penghakiman inkues Adib

The post Penghakiman 2 bekas hakim kanan dilindungi ‘doktrin de facto’ appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/01/penghakiman-2-bekas-hakim-kanan-dilindungi-doktrin-de-facto/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemprov Bengkulu Ubah Kontainer Bekas Jadi Laboratorium Tes Usap

Pemprov Bengkulu Ubah Kontainer Bekas Jadi Laboratorium Tes Usap

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 173 hits
Sementara itu Kepala BPKP Provinsi Bengkulu Iskandar Novianto mengaku ide awal pembangunan laboratorium mini itu muncul karena kesadaran akan pentingnya pemeriksaan tes usap di tengah pandemi Covid 19 ini
Najib Cuba Dapatkan Dokumen 1mdb Dari Goldman Bekas Eksekutif

Najib Cuba Dapatkan Dokumen 1mdb Dari Goldman Bekas Eksekutif

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 221 hits
Najib Razak berkata Goldman Sachs dan bekas pengerusinya Asia Tenggaranya Tim Leissner mungkin mempunyai dokumen untuk membuktikan beliau dilibatkan secara salah dalam skandal 1MDB NEW YORK Bekas perdana menteri Najib Razak meminta mahkamah...
Sentosa Akan Sambut Pembukaan Hotel Baru Di Bekas Tapak Le Meridien Hotel Amp Spa

Sentosa Akan Sambut Pembukaan Hotel Baru Di Bekas Tapak Le Meridien Hotel Amp Spa

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 222 hits
KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Rakyat Singapura dan para penduduk negara ini boleh menjangkakan satu lagi pilihan sebagai destinasi percutian di dalam negeri pada tahun depan Ini setelah Far East Hospitality salah satu pengendali ut
Bekas Ketua Pemasaran Pengarah Syarikat Direman Bantu Siasatan Rasuah

Bekas Ketua Pemasaran Pengarah Syarikat Direman Bantu Siasatan Rasuah

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 275 hits
KONGSI ARTIKEL PUTRAJAYA Bekas ketua pegawai pemasaran syarikat telekomunikasi dan pengarah syarikat swasta di Malaysia direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penipuan sistem pe
Kisah Hakim Dibelenggu Pelbagai Pesalah Juvana Netflix Kongsi Barisan Pelakon Juvenile Judgement

Kisah Hakim Dibelenggu Pelbagai Pesalah Juvana Netflix Kongsi Barisan Pelakon Juvenile Judgement

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 382 hits
Hanya khabar angin yang bertiup akhirnya Netflix mengesahkan barisan pelakon untuk siri asal terbarunya iaitu Juvenila Judgement Juvenile Judgement ialah sebuah drama perundangan di mana ia membawa kisah seorang hakim yang bencikan pesalah ...
Inilah Punca Orang Takut Dengan Golongan Tabligh Netizen Kesal Bekas Selebriti Langgar Sop

Inilah Punca Orang Takut Dengan Golongan Tabligh Netizen Kesal Bekas Selebriti Langgar Sop

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 327 hits
Peningkatan kes Wabak Koronovirus di dalam negara memberikan kesan yang cukup hebat Peningkatan kes tersebut juga membuatkan pihak kerajaan mengambil langkah menutup kesemua institusi pendidikan Institusi keagamaan pula seperti masjid jemaa...
Kek Tornado Viral Paling Sempoi Buat Bekas Kecil Kecil Lagi Senang Nak Makan

Kek Tornado Viral Paling Sempoi Buat Bekas Kecil Kecil Lagi Senang Nak Makan

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 613 hits
Rasa nak makan pencuci mulut manis manis ini antara salah satu pilihan yang boleh dibuat waktu hujung minggu Nampak je susah nak buat tapi sebenarnya taklah rumit Asalkan ada bahan bahan utama semuanya jadi mudah Bagi yang pertama kali nak ...
Batu Nisan Dipercayai Dari Dinasti Qing Abad Ke 17 Ditemui Di Hadapan Rumah Bekas Menteri Besar Pahang

Batu Nisan Dipercayai Dari Dinasti Qing Abad Ke 17 Ditemui Di Hadapan Rumah Bekas Menteri Besar Pahang

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 381 hits
PEKAN Penemuan sembilan batu nisan dengan tulisan Cina kuno di perkarangan rumah bekas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Muhamad Jusoh di Kampung Pekan Lama dipercayai membuktikan negeri ini pernah menjadi laluan perdagangan utama pada masa d...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner