Penggunaan Penanda Wacana Dalam Penulisan Karangan


 
 

PENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM PENULISAN KARANGAN

 

1. MEMASUKKAN PERIBAHASA DALAM AYAT

 

- Berpegang pada falsafah....

- Mendukung panji..........

- Hal ini telahpun ditekankan dalam peribahasa yang berbunyi........

- Persis kata peribahasa....

- Saya yakin bahawa kita  memahami maksud maksud peribahasa..........

- Kita seharusnya berpegang pada / berpaksikan / berteraskan prinsip .....

- Ibarat kata perbidanan,...

- Semangat...wajar kita tonjolkan,....

- ...begitulah kata-kata ahli falsafah silam.

- Benarlah kata-kata pujangga iaitu…….

- Peribahasa ada mengatakan bahawa ……..

- Kata orang tua-tua………….

- Marilah kita menjadikan prinsip...sebagai  panduan

 

 

2. MEMULAKAN AYAT HURAIAN ISI

- Mengapakah dikatakan  begitu?Hal ini demikian......

- Dakwaan tersebut memang berasaskan kerana......

- Hal ini demikian kerana…..

- Oleh hal yang demikian……

- Sehubungan dengan itu

- Senario ini membolehkan.....

- Dalam konteks tersebut....

- Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Hal  ini demikian, …….

- Asal ditugal adalah benihnya. Secara realitinya………..

 

 

3. MEMASUKKAN CONTOH

- Sebagai analogi,....

- Hal ini dikuatkan lagi dengan kajian daripada pihak ....

- Secara relatifnya....

- Sebagai tamsilannya....

- Hal ini terbukti apabila....

- Sebagai uswah

- senario ini wajar diambil  contoh dan diaplikasikan

- Tekniknya adalah mudah,....

 

 

4. MEMULAKAN AYAT KESIMPULAN ISI

 

- Memang tidak dapat dinafikan bahawa....

- Sudah terang lagikan bersuluh....

- Izharnya,....

- Secara holistiknya,....

- Jelaslah bahawa…..

- Secara ringkasnya dapatlah dikatakan bahawa....

LATIHAN KARANGAN RESPONS TERBUKA :

 

 “Ilmu pelita hidup”. Kata-kata hikmat ini menunjukkan bahawa ilmu merupakan elemen yang amat penting dalam kehidupan dan dapat menjadikan kehidupan seseorang itu lebih sempurna.

 

Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan ilmu dalam kehidupan .

 

 

Pendahuluan :

"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad" dan " Ilmu Jambatan Hidup" . Itulah antara dua kata-kata yang membuktikan bahawa ilmu sangat penting dalan hidup manusia. Dalam zaman ini, jika seseorang itu tidak mempunyai ilmu, mereka akan ketinggalan dan mereka akan mengalami kesusahan dalam kehidupan. Untuk memperoleh serta mendlami ilmu, kita perlu berusaha dengan gigih kerana ilmu tidak datang sendiri. Bak kata peribahasa, yang bulat tidak datang menggolek dan yang pipih tidak datang melayang. Penjelasan tentang kepentingan ilmu, saya huraikan dalam perengan seterusnya.

 

 

Cadangan Isi:

 

a) Membolehkan kita memperoleh peluang kerjaya yang lebih baik.

Dengan kepelbagai ilmu yang dimiliki, peluang kerjaya seseorang akan lebih terbuka dan mudah untuk mendapat kerja. Kita juga akan mampu untuk menjawat jawatan yang lebih besar. Hasrat dan cita-cita kita hanya akan tercapai jika kita mempunyai ilmu. Kerjaya proffesional seperti doktor, peguam dan akauntan memerlukan mereka yang berilmu.

 

b) Meningkatkan taraf hidup.

Orang yang berilmu akan dapat mempertingkatkan taraf hidup mereka dan juga keluarga mereka. Dengan ilmu yang mereka miliki, mereka akan berkerjaya dan bergaji yang lumayan. Pendapatan yang mereka perolehi membolehkan mereka mengubah kehidupan dengan membina rumah yang lebih selesa, berkereta yang sesuai dengan taraf kehidupan dan mampu memiliki keperluan asas dan kehendak diri mereka. Mereka juga boleh menggunakan ilmu mereka bagi mendapatkan pendapatan sampingan seperti berniaga, membuat tuisyen dan sebagainya.

 

c) Boleh berkhidmat untuk  negara.

Ilmu yang dimiliki oleh seseorang bukan sahaja boleh memajukan diri mereka malahan mereka juga boleh menyumbangkan tenaga mereka untuk membangunkan  negara. mereka boleh menyampaikan ceramah yang boleh menyedarkan manusia tentang kehebatan sejarah negara dan mendidik masyarakat supaya mematuhi ajaran-ajaran agama. Secara tidak langsung, apabila kesedaran agama itu timbul, masyarakat akan menjadi berjaya membangunkan  negara mereka. Hal ini kerana, semua ajaran agama mengajak manusia melakukan kebaikan.

 

d) Disanjung tinggi oleh masyarakat.

Orang yang berilmu akan dihormati dan disanjung oleh masyarakat. Masyarakat sangat menghargai orang yang berilmu kerana mereka khidmat mereka boleh digunakan untuk kepentingan umum. Contohnya, doktor mampu memberi rawatan kepada pesakit, pendakwah mampu memberi kesedaran kepada masyarakat dan guru boleh menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Masyarakat akan menghargai jasa-jasa orang yang berilmu kerana mereka telah berjaya memberikan perkhidmatan yang diperlukan. Ternyatalah bahawa....

 

e) Ilmu Menjamin kehidupan .

Orang yang berilmu akan terjamin kehidupan mereka. Dengan ilmu kita boleh memperoleh pekerjaan yang lebih baik untuk menjamin kehidupan kita pada masa akan datang. Dengan perancangan yang teliti, pendapatan bulanan kita membolehkan kita merancang kehidupan dengan yang lebih sempuran. Malahan kita boleh berbelanja mengikut kehendak kita, kita boleh melancong, membeli pakaian dan menyara kehidupan. Situasi ini mnugkin berbeza dengan mereka yang kurang berilmu dalam hidup mereka.

 

 

Penutup:

Daripada huraian yang diberikan,  ternyata dan terbuktilah bahawa ilmu sangat penting dalam kehidupan kita. Ilmu yang ingin kita cari perlulah mencakupi ilmu dunia dan ilmu akhirat. Keseimbangan ilmu ini sangat perlu kerana, kita tidak mahu dalam kita berkerjaya dan berkedudukan, akhlak dan rohani kita rosak. Cabaran dunia hari ini memerlukan kita menguasai ilmu agama sebagai benteng dan jati diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak elok dan bertentangan dengan hukum agama.

 

 

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://muinmohsein.blogspot.com/2020/10/penggunaan-penanda-wacana-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penggunaan Pantun Puisi Ungkapan Peribahasa Dalam Penulisan Karangan

Penggunaan Pantun Puisi Ungkapan Peribahasa Dalam Penulisan Karangan

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 631 hits
PENGGUNAAN PANTUN PUISI UNGKAPAN PERIBAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN BIL PANTUN UNGKAPAN PUISI PERIBAHASA MAKSUD PENGGUNAAN 1 Bukan lebah sebarang lebah lebah bersarang di pohon buluh Bukan sembah sebarang sembah sembah bersusun jari sepulu...
Buku Panduan Dan Kaedah Penulisan Jawi

Buku Panduan Dan Kaedah Penulisan Jawi

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 877 hits
Di tulis khusus kepada pengenalan huruf jawi bentuk penyambungan huruf panduan dan kaedah mengeja dalam Jawi Imbuhan dan penulisan Angka Seronoknya sesuai untuk pelajar sekolah menengah pelajar universiti guru ibubapa dan orang awam Yang is...
Storan Ssd Luaran Sandisk Extreme Dan Extreme Pro Diperkenalkan Kelajuan Pembacaan Dan Penulisan Data Sepantas 2gbps

Storan Ssd Luaran Sandisk Extreme Dan Extreme Pro Diperkenalkan Kelajuan Pembacaan Dan Penulisan Data Sepantas 2gbps

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 215 hits
SanDisk ialah sebuah jenama storan digital dibawah naungan Western Digital dan mereka cukup dikenali untuk peranti peranti storan luaran berdasarkan teknologi storan SSD yang pantas Terkini mereka telah memperkenalkan siri storan SSD terbar...
Karangan

Karangan

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 310 hits
MAKLUMAT KARANGAN Langkah Untuk Menggalakkan Orang Ramai Menaiki Pengangkutan Awam di Negara Kita Zaman beralih musim bertukar Setelah tamatnya penjajahan asing selama 446 tahun yang telah lama menghantui rakyat Malaysia telah menjejakkan k...
Latihan Karangan

Latihan Karangan

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 414 hits
Faedah Kegiatan Kokurikulum Di Sekolah Pendahuluan bukan bersifat akademik di luar bilik darjah dibahagikan kepada beberapa jenis wajib disertai oleh setiap pelajar banyak faedah Isi isi Penting memupuk semangat kesukanan bersikap berlumba ...
Latihan Menulis Karangan

Latihan Menulis Karangan

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 362 hits
Anda selaku wartawan dari salah sebuah akhbar tempatan telah diminta mewawancara seorang pegawai di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tentang masalah cetak rompak di negara ini Tuliskan wawancara anda itu selengkap...
Markah Penanda Aras Apple A14 Bionic Menunjukkan Peningkatan Prestasi Hampir 30

Markah Penanda Aras Apple A14 Bionic Menunjukkan Peningkatan Prestasi Hampir 30

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 184 hits
iPad Air 2020 ialah peranti pertama yang menggunakan cip Apple A14 Bionic Ini ialah cip yang akan turut digunakan oleh iPhone 12 kelak Hujung minggu ini markah penanda aras untuk iPad Air 2020 tertiris dan menunjukkan berapakah peningkatan ...
Karangan Yang Ditulis Oleh Pelajar

Karangan Yang Ditulis Oleh Pelajar

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 404 hits
Kepentingan Internet Sekali air bah sekali pantai berubah Begitulah gambaran revolusi ledakan maklumat pada era pascamoden ini Penggunaan internet bagaikan makanan harian kita Internet juga umpama sungai besar mengalir tanpa kawalan dan bol...
Cara Maksimalkan Penggunaan Instagram Dengan Kamera 64mp Power Master Ponsel Realme 7

Cara Maksimalkan Penggunaan Instagram Dengan Kamera 64mp Power Master Ponsel Realme 7

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 249 hits
Eksplorasi tema dan memanfaatkan fitur fitur bawaan ponsel bisa bikin konten Instagram jadi lebih menarik
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash