Penggunaan Pantun Puisi Ungkapan Peribahasa Dalam Penulisan Karangan


 
PENGGUNAAN PANTUN / PUISI /  UNGKAPAN / PERIBAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN

 

BIL

PANTUN / UNGKAPAN / PUISI / PERIBAHASA

MAKSUD / PENGGUNAAN

1

Bukan lebah sebarang lebah,

                  lebah bersarang di pohon buluh.

    Bukan sembah sebarang sembah,

                sembah bersusun jari sepuluh.

 

 

2

Batu kecubung warna ungu,

            ditatah berlian batu bermutu.

 Adat kami menyambut tetamu,

                hamparkan tikar lebarkan pintu.

 

 

3

Menurut Alex Osborn; Lampu Aladin tidak akan bersinar dengan sendirinya tetapi Aladin yang mengosoknya terlebih dahulu. Berbekalkan kata-kata tersebut setiap warga negara ini perlu berusaha melonjakkan nama ibu pertiwi dengan pelbagai pengiktirafan dan kegemilangan

 

 

4

Menurut Lincoln; Dua orang tidak mungkin jalan bersama jika mereka tidak sepakat. Lantaran itu, melalui misi dan visi  yang ampuh mampu menyatukan tenaga dan idea warga Malaysia ke arah kecemerlangan. Melalui misi dan visi yang berkesan juga sudah tentu dapat membuahkan kejayaan yang cemerlang kepada negara kita.

 

 

5

Kita seharusnya berpegang pada prinsip;

satu tumbang ke kiri,

satu tumbang ke kanan,

tegak sama tegak,

tumbang sama tumbang,

condong sama condong,

baring sama baring.

 

Kalau jala sama menebar,

kalau pukat sama menarik,

kalau rakit sama bergalah,

kalau ruyung sama dipecahkan.

 

 

6

Genggam bara api biar sampai jadi arang. Berpaksikan prinsip tersebut, program-program yang dirancang dan dilaksanakan  perlu menggunakan pelbagai instrumen, anjal dari segi pendekatan serta mudah diubahsuaikan mengikut ruang dan potensi .

 

7

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Dengan itu, program-program yang dilaksanakan hendalah mengemblengkan sumber tenaga dan kepakaran semua pihak secara optimum. Kejayaan setiap program akan  dapat menghasilkan output yang berkualiti

 

 

8

Kata pujangga; kita membentuk masa hadapan dengan menggunakan sesuatu  yang paling baik yang ada pada hari ini. Maka melalui program yang dirancang  kita akan berjaya melonjakkan  prestasi.

 

 

9

Kita seharusnya berganding bahu dalam mengimplimentasikan segala usaha yang dirancang berlandaskan  ungkapan lama iaitu;

Seberkas selilitan,

seikat setalian,

secembul sepergaulan,

setakar seulitan.

Kalau sedikit, secubit seorang,

kalau banyak, sesenduk seseorang.

Cubit paha kiri paha kanan terasa juga,

susah sama susah, senang sama senang.

 

 

10

Sekolah Penjana Generasi Berhemah, justeru pihak sekolah sewajarnya  dapat mendidik pelajar agar dapat membangunkan modal insan berminda kelas pertama kerana bagaimana contoh begitulah gubahannya.

 

 

11

Selain menjana kemahiran interpersonal, aktiviti ini juga  merupakan galeri ilmu yang penuh dengan sumber-sumber maklumat agar para pelajar dapat memanfaatkannya untuk mendapat pengetahuan; bak kata pepatah Melayu lama sambil menyelam minum air.

 

 

12

Kegembiraan dan kegiatan membuatkan waktu seakan-akan menjadi pendek.  Demikianlah kata-kata Shakespeare dalam menggambarkan keriangan dalam menimba ilmu. Justeru, keceriaan sesuatu tempat bukan sahaja tertumpu pada landskap  tetapi merangkumi susun aturnya . Hal ini demikian, suasana sesuatu tempat itu  berperanan penting dalam mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif dan efektif.

 

 

13

Menurut John F. Kennedy; Anak yang salah dididik merupakan anak yang ‘hilang’ Dalam mendidik generasi muda, kemudahan fizikal tempat tinggal  dikenal pasti sebagai faktor utama yang dapat mewujudkan suasana kondusif , tempat untuk menelaah serta menjamin keselamatan dan kejayaan mereka.

 

14

Menurut Emerson; apa yang diajarkan di sekolah bukanlah pendidikan melainkan usaha yang menuju ke arah pendidikan

Demi memainkan peranan sekolah sebagai institusi pendidikan yang terulung maka keharmonian sekolah perlu terserlah apabila wujud budaya sekolah yang menjadi penyerinya. Dalam erti kata lain, sekolah yang mempunyai budaya sekolah yang terancang serta dibantu oleh persekitaran sekolah yang ceria, bersih dan harmonis mampu menjana kecemerlangan pelajar sekali gus menjadi sekolah yang berkesan bagi mencapai Wawasan Pendidikan Negara.

 

 

15

Menurut Newton; Diriku dengan alam dapat diumpamakan kerang kecil yang indah merayap di pantai Menyedari peri pentingnya keindahan alam dalam aspek kehidupan manusia maka semua pihak perlu mengambil inisiatif untuk menggunakan setiap ruang dan sudut yang terbiar bagi menjayakan konsep negara dalam taman

 

 

16

Yang bulat tak akan datang mengolek, yang pipih tak akan datang melayang. Dengan itu, berkat kerja keras serta didasari pula dengan komitmen semua pihak yang terlibat nescaya kemelut ini akan berjaya ditangani. Kefahaman  yang jelas dan mendalam tentang visi, misi, matlamat dan sasaran yang ingin dicapai  sudah tentu segala usaha yang dirancang mampu membuahkan hasil. Ditambah pula dengan kepimpinan yang mantap dalam memastikan setiap program dan aktiviti yang dirancang menepati sasaran maka modus operandi yang direncanakan dapat direalisasikan.

 

 

17

Ambilkan kami buah delima,

                 masak sebiji di balik daun.

Kunjungan tuan kami terima,

                     jadi kenangan bertahun-tahun.

 

 

18

Sesungguhnya setiap anak watan Malaysia perlu sentiasa berusaha untuk terus berbakti demi melonjakkan kualiti imej dan martabat negara dengan berpegang pada prinsip;

dari ulat, sampai menjadi songket,

dari karang, sampai menjadi pulau,

dari ranting, sampai menjadi dahan,

dari rotan, sampai menjadi manau,

dari kancil, sampai menjadi pelanduk,

dari puyuh, sampai menjadi bangau.

 

 

19

Kalau Tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.  Rentetan itu, pelbagai modus operandi  perlu disusun rapi dengan penetapan piawaian, pencapaian, pemantauan, penyeliaan pelaksanaan program serta penilaian dan tindakan susulan. Impak pelaksanaan yang amat sistematik ini mampu  menobatkan nama negara agar gah di persada dunia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://muinmohsein.blogspot.com/2020/10/penggunaan-pantun-puisi-ungkapan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penggunaan Penanda Wacana Dalam Penulisan Karangan

Penggunaan Penanda Wacana Dalam Penulisan Karangan

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 353 hits
PENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM PENULISAN KARANGAN 1 MEMASUKKAN PERIBAHASA DALAM AYAT Berpegang pada falsafah Mendukung panji Hal ini telahpun ditekankan dalam peribahasa yang berbunyi Persis kata peribahasa Saya yakin bahawa kita memahami ...
Buku Panduan Dan Kaedah Penulisan Jawi

Buku Panduan Dan Kaedah Penulisan Jawi

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 875 hits
Di tulis khusus kepada pengenalan huruf jawi bentuk penyambungan huruf panduan dan kaedah mengeja dalam Jawi Imbuhan dan penulisan Angka Seronoknya sesuai untuk pelajar sekolah menengah pelajar universiti guru ibubapa dan orang awam Yang is...
Storan Ssd Luaran Sandisk Extreme Dan Extreme Pro Diperkenalkan Kelajuan Pembacaan Dan Penulisan Data Sepantas 2gbps

Storan Ssd Luaran Sandisk Extreme Dan Extreme Pro Diperkenalkan Kelajuan Pembacaan Dan Penulisan Data Sepantas 2gbps

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 215 hits
SanDisk ialah sebuah jenama storan digital dibawah naungan Western Digital dan mereka cukup dikenali untuk peranti peranti storan luaran berdasarkan teknologi storan SSD yang pantas Terkini mereka telah memperkenalkan siri storan SSD terbar...
Karangan

Karangan

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 310 hits
MAKLUMAT KARANGAN Langkah Untuk Menggalakkan Orang Ramai Menaiki Pengangkutan Awam di Negara Kita Zaman beralih musim bertukar Setelah tamatnya penjajahan asing selama 446 tahun yang telah lama menghantui rakyat Malaysia telah menjejakkan k...
Latihan Peribahasa

Latihan Peribahasa

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 363 hits
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah Namun dia belajar setiap hari...
Karangan Yang Ditulis Oleh Pelajar

Karangan Yang Ditulis Oleh Pelajar

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 404 hits
Kepentingan Internet Sekali air bah sekali pantai berubah Begitulah gambaran revolusi ledakan maklumat pada era pascamoden ini Penggunaan internet bagaikan makanan harian kita Internet juga umpama sungai besar mengalir tanpa kawalan dan bol...
Latihan Menulis Karangan

Latihan Menulis Karangan

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 362 hits
Anda selaku wartawan dari salah sebuah akhbar tempatan telah diminta mewawancara seorang pegawai di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tentang masalah cetak rompak di negara ini Tuliskan wawancara anda itu selengkap...
Latihan Karangan

Latihan Karangan

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 413 hits
Faedah Kegiatan Kokurikulum Di Sekolah Pendahuluan bukan bersifat akademik di luar bilik darjah dibahagikan kepada beberapa jenis wajib disertai oleh setiap pelajar banyak faedah Isi isi Penting memupuk semangat kesukanan bersikap berlumba ...
Latihan Peribahasa

Latihan Peribahasa

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 327 hits
Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah Anda hanya perlu menulis peribahasa yang berkenaan sahaja Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri Perihal orang yang berada dalam ke...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba