Penggunaan Bahan Terlarang Produk Murah


Penggunaan bahan terlarang produk murah| Istilah produk murah merujuk kepada produk-produk yang terdapat di pasaran, dijual kepada pengguna, dibangunkan tanpa kajian mendalam dan mengabaikan aspek keselamatan kepada pengguna serta ketidakpatuhan kepada perundangan sedia ada. Selain itu, punca utama lambakan produk murah di pasaran adalah kerana dicipta dengan tujuan mengaut keuntungan semata-mata tanpa memikirkan betapa bahayanya risiko dan kesan jangka panjang kepada pengguna. Produk murah boleh terkait apa jua produk yang terdapat di pasaran tempatan, namun pada entri kali ini, saya hanya fokuskan kepada produk murah yang melanggar peraturan farmaseutikal sahaja.


Isu ini telah dibangkitkan berkali-kali oleh segelintir pakar perubatan namun tahap kesedaran pengguna masih membimbangkan apatah lagi, keberkesanan strategi pemasaran yang dijalankan oleh segelintir "founder" mengakibatkan kebanyakan pengguna dangkal sentiasa terdedah terhadap bahaya tersebut. Maka secara tidak langsung, mereka yang telah terdedah akan membantu mendedahkan orang lain pula kepada risiko produk murah tersebut. Pengetahuan saya berkenaan topik ini tidak setinggi mana, namun atas kapasiti dan kemampuan yang saya ada, saya akan cuba menyedarkan masyarakat bahawa tidak semua produk itu selamat digunakan. Usah percaya kepada sesuatu produk dengan membabi buta tetapi semak terlebih dahulu melalui saluran yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (Link)
Produk murah yang dikesan mengandungi bahan terlarang terdiri daripada produk kosmetik, jamu dan pil, produk minuman, pil kurus badan, produk kuat lelaki dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, jabatan farmasi sentiasa melakukan pemantauan berterusan terhadap produk-produk yang terdapat di pasaran. Melalui tanggungjawab saya di seksyen baharu, analisa yang dijalankan mendapati, pengabaian aspek keselamatan kepada pengguna memang benar dan wujud namun sekiranya pengguna sedia kekal untuk memerlukan produk-produk tersebut, maka rantaian pengeluaran produk tersebut tidak akan pernah terhenti. Hasilnya, lahirlah jutawan-jutawan muda yang berbekalkan kaedah promosi berkesan dan menyakinkan tanpa memikirkan kesan kepada pengguna

Sebagai contoh, sibutramine telah banyak dikesan dalam produk menguruskan badan. Bahaya sibutramine kepada pengguna adalah jelas. Ianya boleh menyebabkan mulut kering, anoreksia, insomnia, sembelit dan sakit kepala. Malah lebih teruk lagi, pengguna akan halusinasi, demam, gegaran, refleks yang terlalu aktif, loya, muntah-muntah, cirit-birit serta banyak lagi kesan buruk kepada pengguna. Manakala, dexamethasone dikesan pada produk kosmetik yang mampu memberikan kesan bahaya segera dan jangka panjang kepada kulit manusia. Bagaimana pula dengan produk seperti pil jamu dan maajun tanpa maklumat kandungan dan deskripsi jelas pada bungkusan produk. Ianya sangat berisiko kepada pengguna

Bahaya awal dexamethasone yang biasa terjadi kepada pengguna adalah seperti senarai dibawah:Loya, Muntah Perut tidak selesa Bengkak (edema) Sakit kepala , Pening Perubahan mood, seperti kemurungan, perubahan mood, atau perubahan personaliti Masalah tidur Kebimbangan Paras kalium yang rendah (menyebabkan gejala seperti keletihan) Tekanan darah tinggi Masalah penglihatan Penglihatan kabur
Sememangnya sangat sukar untuk melakukan pemantauan terhadap beribu jenis produk murah yang muncul umpama cendawan tumbuh selepas hujan memandangkan kos penghasilannya sangat murah dan mudah. Tambahan lagi, masyarakat di negara ini tidak menggunakan saluran yang betul semasa membuat andaian berkenaan sesuatu produk. Pengguna digalakkan membuat laporan kepada bahagian farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia dan bukan mengadu kepada mahkamah awam di media sosial dan sebagainya. Seharusnya, berhenti menggunakan produk murah yang disyaki mengandungi bahan terlarang melainkan telah disahkan selamat digunakan oleh pihak bertanggungjawab. Tiada pembeli, tiada penjual, ini adalah "nature of business"

Saya memahami bahawa pengguna mahu keputusan dengan kadar segera berkenaan produk apa yang merbahaya kepada pengguna. Sekali lagi, ianya sangat sukar memandangkan produk ini dipasarkan melalui kaedah promosi yang berkesan. Pengguna mudah terpedaya dengan janji "founder" sebelum analisa dijalankan kepada produk oleh pihak bertanggungjawab. Telah terbukti produk sedia ada yang lulus pemeriksaan juga terbabit dalam penyalahgunaan bahan terlarang merkuri atau hydroquinone. Justeru, kesedaran pengguna terhadap bahaya menggunakan produk terlarang harus dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa. Pilihan lain sentiasa ada kepada pengguna. Murah atau mahal sesuatu produk bukan isunya. Apa yang penting, keselamatan kepada pengguna. Wallahualam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2018/09/penggunaan-bahan-terlarang-produk-murah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kinerja Ekspor Produk Umkm Di Indonesia Masih Rendah

Kinerja Ekspor Produk Umkm Di Indonesia Masih Rendah

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 139 hits
Wakil Ketua Komisi VI DPR RI Aria Bima mendorong para pelaku usaha mikro kecil dan menengah agar lebih berani melakukan ekspor barang barang hasil produksinya Sebab kontribusi UMKM untuk ekspor masih terlalu kecil
Serbu Ragam Diskon Produk Susu Hingga Frozen Food Di Diamondfair 25 30 November 2022

Serbu Ragam Diskon Produk Susu Hingga Frozen Food Di Diamondfair 25 30 November 2022

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 166 hits
PT Diamondfair Ritel Indonesia kembali menghadirkan DIAMONDfair SUPER BAZAAR mulai 25 30 November 2022 di 38 toko DIAMONDfair yang tersebar di Indonesia Akan banyak diskon menarik saat bazaar DIAMONDfair kali ini
Kenapa Korang Perlu Miliki Wireless Bluetooth Keyboard Ajazz 308i Murah Dan Mampu Milik

Kenapa Korang Perlu Miliki Wireless Bluetooth Keyboard Ajazz 308i Murah Dan Mampu Milik

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 246 hits
AssalamualaikumKenapa Korang Perlu Miliki Wireless Bluetooth Keyboard Ajazz 308i Murah Dan Mampu Milik Bila sejenis cepat terpengaruh sangat berbahaya ya Suami aku pun risau kalau aku nie cepat sangat terpengaruh Pantang di tunjuk barang ba...
Daftar 5 Produk Apple Yang Tidak Diproduksi Lagi Ada Produk Kesayanganmu

Daftar 5 Produk Apple Yang Tidak Diproduksi Lagi Ada Produk Kesayanganmu

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 163 hits
Silahkan lanjut baca artikel di Apple tidak hanya membuat iPhone Ada cukup banyak produk yang setiap tahun dirilis ataupun diperbaharui Artikel pertama kali dipublikasikan di
Punca Ubat Produk Kau Pereka Fesyen Dedah Ustazah Afifah Ubatkan Orang Brunei Sampai Meninggal

Punca Ubat Produk Kau Pereka Fesyen Dedah Ustazah Afifah Ubatkan Orang Brunei Sampai Meninggal

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 335 hits
Sedia maklum pasangan suami isteri yang di katakan sebagai pendakwah bebas menjadi viral di platform media selepas sering mengeluarkan statement 8216 tidak masuk akal 8217 serta di anggap merapu bagi para netizen Kalau sebelum ini mereka me...
Check Harga Graphic Card Terbaru Cari Yang Paling Murah Jom Sembang

Check Harga Graphic Card Terbaru Cari Yang Paling Murah Jom Sembang

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 135 hits
Link ke Sheets Barang Yang Ditanya https docs google com spreadsheets d 1 V21TF4JkGYADYGBFFyQ 6vyURSN208cbMJINveo6FY edit usp sharing Join channel Telegram Monaliza https t me xGYaofsTk45hN2I9
Bekalan Durian Luar Biasa Banyak Peniaga Singapura Jual Murah Murah Musang King Cuma Rm32 Sebiji

Bekalan Durian Luar Biasa Banyak Peniaga Singapura Jual Murah Murah Musang King Cuma Rm32 Sebiji

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 166 hits
Durian di Singapura dijual dengan harga paling rendah iaitu S 10 sekilogram ekoran bekalan durian dari Malaysia yang meriah dan luar biasa banyak Seorang peniaga memberitahu harga untuk durian Musang King kini sekitar S 10 untuk sebiji duri
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bahaya Vitamin Dan Suplemen Tanpa Nasihat Pakar

Drama Jadikan Aku Bidadari Lakonan Farah Nabilah Nazim Othman

Bertha Benz Cipta Sistem Brek Kenderaan

Resepi Spicy Salted Egg Cornflakes

Hilux Vios Main Langgar Orang Tepi Jalan Di Jalan Klang Lama

Belajar Trading Bagi Pemula Gratis Bergaransi Sampai Bisa Di Pontianak

3 Cara Memaksa Penipu Online Mengembalikan Uang Anda


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Why Not Indian Cm In Penang Mipp Leader Asks

Cara Solat Sunat Dhuha Panduan Lengkap

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar