Kenapa Korang Perlu Miliki Wireless Bluetooth Keyboard Ajazz 308i Murah Dan Mampu Milik
Assalamualaikum
Kenapa Korang Perlu Miliki Wireless Bluetooth Keyboard Ajazz 308i | Murah Dan Mampu Milik | Bila sejenis cepat terpengaruh, sangat berbahaya ya. Suami aku pun risau kalau aku nie cepat sangat terpengaruh. Pantang di tunjuk barang-barang baru dan best, confirm cepat je aku add to cart. Hahahahahaaa..
Korang korang! Sini sini.. aku nak meracun sikit. Korang pernah tak scroll shopee, ternampak wireless keyboard nie? Alaa.. wireless bluetooth yang retro keycap comel-comel macam aku nie. Bulat-bulat berwarna-warni seperti kehidupan yang ceria.
Aku nie sejenis kalau nak menaip, mesti nak keycap yang soft ya. Aku pernah guna keyboard yang keycapnya a bit hard. Menyampah ye! Sekali dengan pakej lag teruk dan bunyi yang kuat. Keyboard aku sebelum nie keyboard mekanikal tu je. Tapi kali nie aku berubah angin. Kita cuba keyboard aku.
Wireless Bluetooth Keyboard Ajazz 308i
Comel kan? Walaupun nie seorang yang anti warna pink, kadang kadang aku pilih pink untuk nampak ceria dan comel. Keyboard nie dah lama aku aim tapi aku nie mengumpul duit dulu. Beli menggunakan duit review yang aku dapat. Okay laa tu kan? Boleh dikatakan self reward untuk aku.
Korang! Aku nak bagitahu nie.. korang perlu dapatkan keyboard nie sekarang!
Kenapa Korang Miliki Wireless Bluetooth Keyboard Ajazz 308i
Wireless Bluetooth Keyboard Ajazz 308i didatangkan dengan 84 keycap dengan keyboard bersaiz 12.6 x 5.4 x 1.2 inci. Keyboard ini menggunakan dua biji batteri AAA dan korang boleh connect dengan mana-mana devices Mac, iOS, Windows, Android menggunakan bluetooth.
Ciri-ciri Wireless Bluetooth Keyboard Ajazz 308i
Keyboard yang ergonomik dan memberikan keselesaan kepada pengguna. Dengan noise-redusing techonology, bila korang tekan-tekan keyboard nie pun tak mengganggu ya bunyinya.
Reka bentuk keycap yang retro dan unik ini juga dapat membantu mengurangkan keletihan jari jemari semasa tempoh penggunaan yang lama.
Selain itu, keyboard ini juga mempunyai button shortcut ya. Nak print screen, volume, copy paste semua ada. Mudah kan?
Jenama: Ajazz
Model: Papan Kekunci Bluetooth 308i
Versi Bluetooth: 3.0
Warna: Kuning, Kelabu, Hitam, Putih, Berbilang warna (Pilihan)
Kunci: 84
Saiz: 320 * 137 * 30.5mm / 12.6 * 5.4 * 1.2 inci
Tukar Kehidupan: 10 Juta Kali
Bateri: 2 * AAA
Keperluan Sistem: untuk Mac, iOS, Windows, Android
Berat: 300g / 10.6oz
Cara Connect Keyboard Dan Device
Mudah sangat! Nanti ada manual book. Kalau korang nak connect dengan device, pastikan device korang on bluetooth ya. Keyboard tu korang hanya tekan serentak button Fn + C selama 2 saat macam tu, terus boleh connect dan guna macam biasa.
Power saving pada keyboard ini akan membantu penjimatan bateri tau! Selepas 15 minit tiada penggunaan, keyboard ini akan auto sleep dan disconnect bluetooth dengan sendirinya.
Harga Wireless Bluetooth Keyboard Ajazz 308i
Keyboard nie boleh di dapatkan dengan harga bawah RM100. Aku beli yang aku punya dengan harga RM75.00 sahaja. Ada yang lagi murah tapi satu warna je laa keyboard. Tapi yang bagusnya seller nie, aku order je terus pos. Tapi dua hari baru sampai sebab courier shopee express.
Nahh link untuk korang membeli Wireless Bluetooth Keyboard Ajazz 308i
Berbaloi Ke Keyboard Ajazz 308i
Personally, bagi aku berbaloi. Keyboard sangat-sangat memudahkan kerja aku untuk guna dimana sahaja. Aku kadang-kadang menggunakan tablet untuk selesaikan tugasan dengan segera. Maka, bila ada keyboard nie, semuanya smooth je. Dengan saiz kecil dan harga mampu milik, sangat berbaloi memiliki keyboard Ajazz 308i.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eyqahasnan.com/2022/12/wireless-bluetooth-keyboard-ajazz-308i-murah.html