Pengguna 600 Kwj Elektrik Ke Bawah Tetap Nikmati Sifar Cukai


hmetro.com.my
BERNAMA
GAMBAR hiasan.Kuala Lumpur: Lebih 85 peratus pengguna domestik yang penggunaan elektrik bulanannya sebanyak 600 kilowatt jam (kWj) dan ke bawah akan terus menikmati cukai perkhidmatan sifar bagi bil elektrik mereka, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Beliau berkata hanya isi rumah domestik yang menggunakan lebih daripada 600 kWj elektrik sebulan akan terlibat dengan kenaikan cukai perkhidmatan sebanyak lapan peratus yang berkuat kuasa pada 1 Mac 2024.

"Kami tidak menukar peraturan untuk mereka yang dikenakan cukai perkhidmatan; kami hanya ingin menjelaskan bahawa pada masa ini, cukai perkhidmatan (enam peratus) dikenakan ke atas segmen ini (penggunaan elektrik lebih daripada 600 kWj sebulan), yang mana segmennya agak kecil," katanya pada sesi taklimat bersama editor, di sini, hari ini.

Johan Mahmood berkata pengguna elektrik komersial dan industri juga tidak akan dikenakan cukai perkhidmatan, kerana selama ini mereka tidak dikenakan cukai itu.

Begitu juga, cukai perkhidmatan tidak akan dikenakan ke atas bil air, katanya.

Kerajaan dijadual menaikkan cukai perkhidmatan kepada lapan peratus mulai 1 Mac 2024, daripada enam peratus pada masa ini.

Bagaimanapun, kenaikan itu tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman (F&B), telekomunikasi, ruang parkir kereta dan perkhidmatan logistik yang merangkumi penghantaran barangan.

Ditanya sama ada fisioterapi di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774) boleh menikmati pengecualian cukai perkhidmatan seperti pengamal perubatan tradisional dan komplementari (TCM) yang berdaftar di bawah Akta T&CM 2016 (Akta 775), Johan Mahmood berkata kerajaan masih sedang mengkaji perkara tersebut.

"Kami cuba untuk konsisten berhubung rawatan untuk jenis perkhidmatan yang serupa, tetapi kami belum memuktamadkan lagi kajian itu," katanya.

Menurut Johan Mahmood, kenaikan dua peratus cukai perkhidmatan itu dijangka membawa tambahan hasil RM3 bilion kepada kerajaan tahun depan.

Mengenai sama ada kerajaan akan mempertimbang untuk melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi meningkatkan hasil negara, beliau berkata ketika ini bukan masa yang sesuai untuk pelaksanaan semula cukai tersebut.

"Kerajaan akan meneruskan (usaha) mengurangkan defisit fiskal dengan memperkenalkan langkah-langkah secara beransur-ansur, yang boleh meningkatkan hasil kerajaan dan dalam masa yang sama mengurangkan kesan kepada rakyat dan perniagaan," katanya.

Mengenai cukai barang bernilai tinggi (HVGT), juga dikenali sebagai cukai mewah sebelum ini, Johan Mahmood berkata kerajaan masih sedang meneliti butiran terperinci mengenainya dan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada Oktober tahun lalu berkata kerajaan akan menggubal undang-undang baharu untuk melaksanakan HVGT pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barangan bernilai tinggi tertentu seperti barang kemas dan jam tangan, berdasarkan nilai ambang barang.

Menurut Kementerian Kewangan, cukai itu dijangka dilaksanakan mulai 1 Mei, 2024.
Disiarkan pada: Februari 28, 2024 @ 10:27pm

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/02/pengguna-600-kwj-elektrik-ke-bawah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
85 Pengguna Malaysia Tak Kena Pun Cukai

85 Pengguna Malaysia Tak Kena Pun Cukai

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 164 hits
Ahmad Mursi 600kWj bil RM219 80 700kWj bil RM289 68 6 ST RM3 28 8 ST RM4 37Tambahan RM1 0985 pengguna tak sampai pun 600kWj untuk kegunaan domestik Orang kaya2 je Yang terlebih pakai tu mmg layak lah contribute skit Tak perlu memgamuk sanga...
Senarai Semak Cukai Pendapatan

Senarai Semak Cukai Pendapatan

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 186 hits
LHDN kata kalau gaji setahun selepas tolak KWSP lebih RM34 000 barulah kena daftar nombor cukai hantar borang cukai Contoh Gaji setahun sebelum tolak KWSP RM38 202Potongan KWSP RM4 202Gaji setahun selepas tolak KWSP RM34 000 Sekiranya penda...
Masih Bab Cukai

Masih Bab Cukai

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 178 hits
Masih lagi bab cukai Mohd Farul Al QasasKadar cukai hanya dinaikkan dari 6 ke 8 Maksudnya kenaikan adalah 2 sahaja Bukan dari 0 ke 8 kecuali untuk perkara dinyatakan Rujuk m s 3 Apakah cukai baru Contohnya 8 untuk aktiviti karaoke kecuali k...
Sanusi Gentlemen Kami Naik Cukai Hangpa Pun Sokong Kami

Sanusi Gentlemen Kami Naik Cukai Hangpa Pun Sokong Kami

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 166 hits
Sanusi kata dia gentleman bila naikkan cukai selepas naikkan bil air Semua kena ni Dia tanya rakyat nak banyak kemudahan tapi bayaran nak kurang dari mana nak cekau duit Tolong dia bagi jawapan sat
Pelepasan Cukai Pendapatan Individu 2024

Pelepasan Cukai Pendapatan Individu 2024

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 196 hits
Pelepasan cukai pendapatan individu 2024 Berikut adalah senarai perbelanjaan bagi individu pemastautin yang diberi pelepasan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Nilai pelepasan ini akan ditolak dari jumlah pendapatan yang anda failkan lal...
Fuziah Peniaga Tak Terlibat Cukai Sst Jangan Ambil Kesempatan

Fuziah Peniaga Tak Terlibat Cukai Sst Jangan Ambil Kesempatan

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 145 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 3 2024 9 57 PMPeniaga yang tidak terlibat dengan kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan diingatkan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan bagi mengaut lebih keuntungan Timbalan Menteri Perdaganga...
Guan Eng Minta K Jaan Semak Semula Cukai Baru Termasuk 8 Sst

Guan Eng Minta K Jaan Semak Semula Cukai Baru Termasuk 8 Sst

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 172 hits
malaysiakini comPARLIMEN Kerajaan diminta mempertimbangkan semula cukai cukai baru termasuk kadar baru Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang didakwa akan membeban kepada peniaga dan rakyat Lim Guan Eng sebaliknya berkata cukai cukai baru ini b...
Perbezaan Cukai Jualan Dan Cukai Perkhidmatan

Perbezaan Cukai Jualan Dan Cukai Perkhidmatan

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 173 hits
Tahukah anda Cukai Perkhidmatan merupakan salah satu daripada dua jenis cukai yang merangkumi SST Penting untuk kita ketahui bahawa perubahan kadar cukai baru baru ini hanyalah melibatkan Cukai Perkhidmatan dan bukan Cukai Jualan Kami kongs...
Cukai Taksiran Kadar Dan Cara Bayaran

Cukai Taksiran Kadar Dan Cara Bayaran

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 160 hits
Sekiranya anda merupakan seorang pemilik kediaman anda perlulah membayar Cukai Taksiran kepada pihak berkuasa temmpatan majlis bandaraya majlis perbandaran Misalnya sekiranya anda memiliki kediaman di Kuala Lumpur maka anda perlu membayar c...
1 Ringgit Berapa Rupiah Faktor Yang Mempengaruhi Implikasinya

Bagaimana Ketidakpastian Mega Cap Mempengaruhi Penurunan S P Dan Nasdaq

Wanda Hara Hadiri Kajian Hanan Attaki Pakai Cadar Berbuntut Panjang Kasusnya Dibawa Ke Jalur Hukum

Mengopi Tepi Pantai Di Kopi Penunjuk Kijal Terengganu

Melaka Ke Muzium Kapal Selam Sekali Lagi

Transform Your Home With Art Placement That Speaks Volumes

Peniaga Pisang Goreng Mengaku Culik Dua Kanak Kanak Sebab Teringin Nak Ada Anak Perempuan

Kronologi Kes Zulfarhan Osman Zulkarnain



Kenapa Kita Gelarkan Masa Guna Istilah Second Minute Hour Day Week and Year

Biodata Ikhmal Nour Personaliti TikTok Terkenal

Apakah Fatwa Berkenaan Menanam Jambang dan Rambut Bagi Lelaki

Info Dan Sinopsis Drama Tonton Berepisod SeOfis Slot Samarinda TV3

Biodata Mek Yun Mek Kelate Personaliti TikTok Terkenal


Graduan Kejuruteraan Usahawan Sambal Acar Ikan Masin

Aktiviti Dengan Anak 003

Rasa Risau Dan Takut Terhadap Perkara Yang Masih Belum Berlaku Selalunya Adalah Berlebihan

Memahami Inflasi Dan Indikator Tren Dalam Pasar Keuangan

Lagu Tiktok Yang Viral Pada Bulan Julai 2024

Resepi Sotong Sumbat Telur