Fuziah Peniaga Tak Terlibat Cukai Sst Jangan Ambil Kesempatan


malaysiakini.com
Diterbitkan: Mar 3, 2024 9:57 PM
Peniaga yang tidak terlibat dengan kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diingatkan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan bagi mengaut lebih keuntungan

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh berkata ini kerana tindakan tersebut adalah tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah.

"Pengguna harus tahu kategori apa yang dinaikkan SST. Ia ada banyak (kategori), tapi yang kita buat Ops Kesan ini ada empat, perhotelan, kesihatan dan kesejahteraan, pusat penyediaan latihan dan tunjuk ajar dan juga perkhidmatan dobi.

"Kita pantau Ops Kesan ini empat dan kita cari kedai yang nilai ambangnya lebih daripada RM500,000, bukannya yang kecil-kecil.

"Jadi, bukan semua yang naik dan juga orang ramai harus tahu bahawa makanan dan minuman tidak termasuk kenaikan SST," katanya selepas sesi jelajah mesra di Karnival Jualan Rahmah Madani Pahang di Dataran Anjung Pusat Bandar Jengka hari ini.

Fuziah berharap orang ramai lebih peka dengan maklumat berkaitan cukai SST dan mereka yang menghadapi masalah berkaitan kenaikan harga barangan boleh membuat aduan melalui aplikasi WhatsApp 019-848 000, memuat turun aplikasi EZ Aduan KPDN, menghubungi hotline KPDN 1-800-88-800 atau melayari portal E-Aduan KPDN di eaduan.kpdn.gov.my.

Beliau berkata sejak Ops Kesan dilancarkan pada 1 Mac, lebih 1,000 pemeriksaan dilakukan oleh KPDN di seluruh negara dan 26 notis telah dikeluarkan terhadap peniaga yang didapati melakukan kesalahan.

Sementara itu, di Kelantan Pengarah KPDN negeri Azman Ismail berkata pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap peniaga termasuk di bazar-bazar Ramadan sekiranya terdapat bukti mereka terlibat dalam pencatutan.

Azman berkata meskipun peniaga barangan makanan seperti di bazar Ramadan tidak terlibat secara langsung dengan kenaikan SST dari enam kepada lapan peratus, namun pemantauan tetap dilakukan bagi memastikan tiada yang mengambil kesempatan.

Beliau berkata di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, peniaga tidak boleh mengambil keuntungan melebihi 50 peratus daripada kos.

“Sekiranya ada peniaga terlibat dengan menaikkan harga jualan sewenang-wenangnya, kami akan mengambil tindakan selaras dengan akta yang diperuntukkan,” katanya.

Di Perlis KPDN membuat pemantauan harga barangan secara berterusan untuk memastikan tiada pihak mengambil kesempatan menaikkan harga selepas pelaksanaan kadar baharu SST bermula Jumaat lepas.

Pengarah KPDN Perlis Norazah Jaapar berkata Ops Kesan juga mula dilaksanakan pada hari sama melibatkan industri perhotelan.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata KPDN telah memulakan Ops Kesan 2024 bermula 1 Mac bertujuan memantau kesan pelaksanaan peningkatan kadar cukai perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus.

Fokus pemantauan dan penguatkuasaan adalah untuk memastikan peniaga di semua peringkat tidak mengambil kesempatan untuk mencatut atau membuat kenaikan harga yang bertentangan dengan perundangan pancatutan.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/fuziah-peniaga-tak-terlibat-cukai-sst.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagu Ni Yang Kita Kata Pas Bijak Hapus Cukai Gst Dan Sst Nohhhhh

Lagu Ni Yang Kita Kata Pas Bijak Hapus Cukai Gst Dan Sst Nohhhhh

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 257 hits
Ahmad MursiBaru sedar sistem PAS yang terbaik mansuh GST dan SST tapi boleh dapat hasil terbanyak Allah kita perlukan genius macam ni sebenarnya patutlah masa 33bulan negara belanja surplus SOAL JAWAB TAWARAN PERTAMA MANIFESTO PAS MENGHAPUS...
Kalau Miskin Sangat Nak Bayar Cukai 8 Hangpa Jangan Beli

Kalau Miskin Sangat Nak Bayar Cukai 8 Hangpa Jangan Beli

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 197 hits
Awani siarkan berita ni mengenakan cas SST untuk penghantaran Menjengah ke komen ramailah yang kutuk kerajaan macam macam Aku dah berhenti guna Shopee Sebab kedekut sangat semenjak untung banyak Aku lebih suka guna yang berikan lebih banyak...
Peniaga Melaka Jangan Tamak

Peniaga Melaka Jangan Tamak

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 372 hits
Pada Tahun 2024 ini adalah yahun melawat Melaka dan pelbagai aktiviti telah disediakan oleh kerajaan negeri untuk semua pengunjung ke negeri Melaka Namun ada satu perkara yang harus diingatkan kepada orang Melaka iaitu jangan tamak mencari ...
Guan Eng Minta K Jaan Semak Semula Cukai Baru Termasuk 8 Sst

Guan Eng Minta K Jaan Semak Semula Cukai Baru Termasuk 8 Sst

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 304 hits
malaysiakini comPARLIMEN Kerajaan diminta mempertimbangkan semula cukai cukai baru termasuk kadar baru Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang didakwa akan membeban kepada peniaga dan rakyat Lim Guan Eng sebaliknya berkata cukai cukai baru ini b...
Dah 2 Tahun Tapi Masih Tak Bercakap Mak Ayah Jangan Tunggu Cepat Bertindak Ikut Langkah Ni

Dah 2 Tahun Tapi Masih Tak Bercakap Mak Ayah Jangan Tunggu Cepat Bertindak Ikut Langkah Ni

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 157 hits
Bila anak sudah masuk dua tahun pastinya mama papa sudah mula risau anak masih tak bercakap Sebenarnya memang patut mama papa risau bila anak dah cecah usia dua tahun Walaupun masih belum boleh bercakap lancar anak pada usia ini sepatutnya ...
Tiong Balas Akmal Jangan Jadi Seperti Pembangkang Atau Kumpulan Ekstremis

Tiong Balas Akmal Jangan Jadi Seperti Pembangkang Atau Kumpulan Ekstremis

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 171 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 29 2024 Menteri Pelancongan Tiong King Sing membidas Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh mengingatkannya agar tidak menjadi seperti pembangkang atau kumpulan ekstremis Tiong berkata ini bukan kali pertama Akmal ...
Warga Bogor Jangan Khawatir Stok Beras Aman Hingga Lebaran 2024

Warga Bogor Jangan Khawatir Stok Beras Aman Hingga Lebaran 2024

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 206 hits
Pemerintah Kota Bogor memastikan stok beras aman hingga Idul Fitri 2024
Kapolri Ajak Masyarakat Rekonsiliasi Usai Pemilu Jangan Larut Pada Perbedaan Yang Bisa Buat Polarisasi

Kapolri Ajak Masyarakat Rekonsiliasi Usai Pemilu Jangan Larut Pada Perbedaan Yang Bisa Buat Polarisasi

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 247 hits
Imbauan itu disampaikan sebagai antisipasi agar tidak terjadi perpecahan atau polarisasi di masyarakat selama tahapan proses Pemilu 2024 yang masih berlangsung
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin