Jumlah itu meningkat mendadak berbanding hanya 5,818 mangsa daripada 1,540 keluarga, pagi tadi.
Segala barangan disampaikan melalui Sdri Haslina Abin, wakil YBM KPKT dan Sdr Muhammad Saiful Bahri, Ketua Pemuda Negara Negeri Johor yg mewakili PKN Negeri Johor.
Barangan tersebut diserahkan kepada YBM Dato' Halimah Saddique, Menteri Perpaduan yg turut merupakan Ahli Parlimen Kota Tinggi.
Sebanyak 10 laluan utama di negeri ini dinaiki air dengan tujuh daripadanya ditutup kepada semua jenis kenderaan berikutan paras air yang tinggi dan arus deras selain jambatan runtuh.
Tujuh jalan berkenaan adalah Jalan Sungai Sayong, Kota Tinggi (Jambatan Sungai Sayong); Jalan Tun Sri Lanang,Kota Tinggi; Jambatan Jalan Semanggar, Kota Tinggi manakala jambatan di Jalan Mawai Lama, Jalan Haji Suhud, Taman Muhibbah, Johor Bahru runtuh.
Selain Jalan Batu Pahat-Mersing,Kluang (Pertubuhan Peladang Negeri Johor) dan Jalan Batu Pahat-Kluang (Ladang Pelangi) turut dinaiki air, manakala tiga laluan lagi hanya boleh dilalui kenderaan berat iaitu Jalan Kluang-Mersing, Kluang (Kampung Contoh,Kahang) kerana tebing runtuh, selain dua lagi laluan masing-masing di Jalan Batu Pahat-Kluang (Ladang Paloh) dan Jalan Batu Pahat-Kluang (SMK Kahang).
Sebagai contoh Sdr Muhammad Saiful Bahri bin Sahri, Ketua Pemuda Negara Negeri Johor yang juga merupakan Pengerusi PKN untuk Parlimen Johor Baharu turut bersama turun ke padang sendiri memberikan bantuan.
Selain itu, YBhg Dato' Sri Poobalan atau lebih mesra dengan panggilan Uncle Balan yang merupakan Pengerusi PKN Parlimen Pulai turut bersengkang mata untuk sama-sama membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir di sekitar kawasan Pulai.
Turut tidak mahu ketinggalan adalah YBhg Dato' Tan Leik Khang yang merupakan Pengerusi PKN Parlimen Tenggara turut memberikan pelbagai bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar Kota Tinggi.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |