Pengertian Solat Jumaat Dan Persoalannya
Pengertian Solat Jumaat dan Persoalannya | Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu
Dalil Al Quran tentang Solat JumaatFirman Allah SWT:
“ "Wahai orang-orang yang beriman (Lelaki dan perempuan)! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9) ”
Hadis tentang Solat JumaatSabda Rasulullah SAW:
“ "Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia (Gugur jemaah, tapi wajib jumaat): hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim). ”Syarat wajib solat JumaatIslam - tidak wajib bagi orang kafir.Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.Lelaki - tidak diwajibkan berjemaah untuk orang perempuan.Sihat - tidak wajib berjemaah bagi orang yang uzur dan berhalangan.Bermastautin atau bermukim - tidak wajib berjemaah bagi orang yang musafir.
Syarat sah solat JumaatDidirikan di dalam waktu Zuhur.Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang BERIMAN yang tinggal tetap di kawasan itu (menurut Mazhab Syafii).Didahului dengan dua khutbah - rujuk (Khutbah Jumaat).
Haram tinggalkan solat JumaatMeninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain
Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“ "Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud) ”Pengecualian dari menunaikan solat JumaatSeorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat secara berjemaah, mereka hanya perlu solat zuhor seperti biasa:
Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.Perang - Orang yang berada di medan perang.
Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari JumaatMandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.Memotong kuku.Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].Bersugi.Memakai wangi-wangian.Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.Bersegera pergi ke masjid.Berniat Iktikaf.Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan berselawat ke atas Nabi.
Permasalahan Hukum Sekiranya Hari Raya Jatuh Pada Hari Jumaat: Haruskah Kita Meninggalkan Solat Jumaat?Mengikut Imam Syafi‘e r.a, kewajipan mendirikan Jumaat itu umum bagi semua hari, yakni kefardhuan untuk melakukan solat Jumaat itu tidak akan gugur walaupun pada hari tersebut umat Islam telah mendirikan solat sunat ‘Id
Menurut Imam Syafi‘e r.a ahli Qura atau ahli Badwi diberi keringanan (الرخصة) untuk tidak mendirikan solat Jumaat. Manakala ahli Balad kewajipan itu sama sekali tidak gugur. Hal ini berdasarkan sabda nabi SAW,
قَدِ اجْتَمَعَ فِى يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنَ الْجُمُعَةِ وَإِنَّا مُجَمِّعُونَMaksudnya: “Telah berhimpun pada hari ini dua hari raya, barangsiapa yang ingin maka ia (solat sunat hari raya) adalah cukup baginya daripada (solat) Jumaat, adapun kami, menghimpunkan (lakukan kedua-duanya).”[2]
Ditegaskan lagi dengan athar daripada saidina Uthman r.a,
مَنْ أَحَبَّ مِنْ أَهْلِ العَالِيَةِ أَنْ يَنْتَظرَ الجُمُعَة فَلْيَنْتَظرْ، وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَرْجِعَ فَلْيَرْجِعْ.Yang bermaksud, “Mana-mana ahli ‘Aliah (pendalaman) yang mahu menunggu solat Jumaat maka bolehlah mereka menunggunya, tetapi sesiapa di kalangan mereka yang mahu pulang, maka pulanglah.
Mengikut Imam Abu Hanifah dan Imam Malik pula, setiap mukallaf itu dituntut untuk melaksanakan kedua-duanya, iaitu solat Jumaat dan solat sunat ‘Id. Maka antara kedua solat itu tidak boleh menjadi pengganti antara satu dengan yang lain
Pengertian Ahli Balad, Ahli Qura atau Ahli BadwiAhli BaladAhli Balad ditakrifkan sebagai penduduk sebuah penempatan yang mana padanya terdapat segala kemudahan mendirikan solat Jumaat seperti masjid. Selain itu, mereka juga mudah untuk mendengar seruan azan bagi menandakan telah masuknya waktu solat Jumaat
Ahli Qura atau ahli BadwiAhli Qura atau ahli Badwi pula ditakrifkan sebagai kaum atau penduduk yang tinggal di pendalaman atau tempat terpencil yang tidak terdapat kemudahan untuk mendirikan solat Jumaat atau solat ‘Id secara berjemaah dan juga tidak terdengar seruan bagi menandakan waktu solat
Alasan Mengapa Diberikan Rukhsah dan Keringanan Kepada Ahli Qura atau Ahli Badwi pada meninggalkan Fardhu JumaatMengikut Imam Syafi‘e, keringanan (الرخصة) untuk tidak mendirikan solat Jumaat hanya diberikan kepada Ahli Qura atau ahli Badwi kerana terdapatnya kesusahan dan kepayahan (المشقة ) untuk datang semula ke masjid setelah menunaikan solat ‘Id disebabkan tidak terdapatnya kemudahan untuk mereka berulang-alik antara tempat tinggal dengan masjid
Kesusahan (المشقة ) dan halangan untuk menunaikan solat Jumaat itu adalah sebab kepada gugurnya kewajipan menunaikan solat Jumaat
Sekiranya mereka (Ahli Qura) keluar dari masjid sebelum tergelincir matahari, maka mereka diizinkan untuk meninggalkan solat Jmaat
Tetapi jika sebaliknya, mereka wajib menunaikan solat Jumaat sebelum pulang ke rumah
Rukhsah dan keringanan untuk meninggalkan solat Jumaat ini bukan disebabkan oleh jatuhnya Hari Raya itu pada hari Jumaat, tetapi sebaliknya, keringanan (الرخصة) itu disebabkan oleh kesusahan dan halangan untuk menunaikan Jumaat yang dihadapi oleh Ahli Qura atau ahli Badwi yang mana mereka tinggal jauh daripada masjid dan tidak mempunyai kemudahan asas yang mencukupi pada ketika itu untuk menunaikan solat Jumaat
Jabatan Mufti Kerajaan NegeriNegeri Sembilan Darul Khusus
Soalan: Apakah hukum solat Jumaat ketika bermusafir?Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW. Kami memulakan perbahasan ini dengan menyatakan hukum solat Jumaat terlebih dahulu:
Solat jumaat diwajibkan ke atas semua orang islam berdasarkan:
Fiman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَMaksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”. [al-Jumu’ah:9]Para ulama’ memperincikan ayat tersebut dengan meletakkan syarat-syarat wajib Jumaat dan syarat-syarat sah Jumaat. Antara syarat wajib Jumaat ialah bermusthauthin atau bermukim, maka tidak diwajibkan ke atas orang yang bermusafir sebagaimana di dalam hadis Nabi SAW:
Daripada Thariq bin Syihab RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
الجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسلِمٍ فِي جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَربَعَة : عَبدٌ مَملُوكٌ ، أَو امرَأَةٌ ، أَو صَبِيٌّ ، أَو مَرِيضٌMaksudnya: “Jumaat adalah hak wajib bagi setiap muslim secara berjemaah melainkan empat (golongan): Hamba, wanita, bayi atau orang yang sakit”. [Riwayat Abu Daud (1067)][Imam al-Nawawi berkata bahawa hadis ini sanadnya sahih mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim]
Walaupun hadis tersebut tidak menyebut orang musafir tetapi ulama’ menjelaskan bahawa bilangan yang yang disebutkan tidaklah menghadkan kepada empat golongan itu sahaja bahkan perlu dilihat kepada hadis yang lain juga
Pengecualian kepada orang musafir berdasarkan kepada perbuatan Nabi SAW yang tidak melakukan solat jumaat ketika Baginda SAW bermusafir sepertimana ketika Nabi SAW dalam perjalanan menunaikan haji yang mana hari Arafah jatuh pada hari Jumaat, maka Nabi SAW telah melakukan solat zohor dan asar secara jamak. Pandangan itu dipegang oleh jumhur ulama’, antaranya:
Kata Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al majmu’: “tidak diwajibkan jumaat ke atas orang musafir dan ini adalah pegangan mazhab kami yang tiada perselisihan dalam kalangan kami”.
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-BakriMufti Wilayah Persekutuan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://myinfosolat.blogspot.com/2019/12/pengertian-solat-jumaat-dan-persoalannya.html