Pengertian Puasa Niat Syarak Rukun Dan Doa
Assalamualaikum dan Salam Mesra | Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan ramadhan dan hukum puasa ramadhan adalah wajib bagi umat Islam .
Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Hal ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni dalam diri pelakunya.
Firman Allah Ta’ala :
Surah Al-Baqarah ayat-183 .Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ” Surah Al-Baqarah Ayat 183 .
Pengertian Puasa :
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
Hukum – Hukum Puasa :
1 - Wajib2 - Sunat3 - Makruh4 - Haram
Puasa Wajib :
Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.
Puasa Sunat :
1 - Puasa dalam bulan Sya’ban2 - Puasa 6 hari dalam bulan Syawal3 - Puasa Arafah pada 9 zulhijjah4 - Puasa hari Tasu’a dan‘Asyura pada 9 dan 10 Muharram5 - Puasa pada hari Isnin dan Khamis6 - Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 dan 157 - Puasa satu hari berbuka satu hari8 - Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.9 - Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab
Puasa Makruh :
1 - Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja2 - Berpuasa sepanjang tahun
Puasa Haram :
1 - Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya2 - Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban3 - Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik4 - Puasa perempuan haid & Nifas5 - Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
Syarat-syarat Puasa Terbahagi Kepada 2 :
1 - Syarat-syarat wajib2 - Syarat-syarat sah
Syarat Wajib :
1 - Islam2 - Baligh3 - Berakal4 - Berupaya(sihat)5 - Bermukim
Syarat Sah Puasa :
1 - Islam2 - Berakal3 - Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari4 - Niat
Rukun Puasa :
1 - NiatMenahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya2 - Masa PuasaPuasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari
Faedah- faedah berpuasa :
1 - Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin2 - Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan3 - Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin4 - Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah5 - Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji5 - Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri6 - Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan7 - Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia
Perkara - perkara sunat ketika berpuasa :
1 - Makan sahur serta melambatkannya2 - Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis3 - Menjamu orang-orang yang berbuka puasa4 - Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar5 - Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan6 - Membaca Al-Quran7 - Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan
Perkara - perkara makruh ketika berpuasa :
1 - Berbekam2 - Mengeluarkan darah3 - Berkucup4 - Merasa makanan5 - Bersugi selepas gelincir matahari6 - Mencium wangian
Perkara yang membatalkan puasa :
1 - Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa2 - Makan dan minum sepanjang hari3 - Muntah dengan sengaja4 - Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja5 - Keluar darah haid dan nifas6 - Gila7 - Pitam atau mabuk sepanjang hari8 - Murtad
Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa :
1 - Musafir2 - Sakit3 - Mengandung dan Ibu yang menyusukan anak4 - Tua
Keistimewaan Bulan Ramadhan :
1 - Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan2 - Al-Quran diturunkan dalam bulan ini3 - Iblis dipenjarakan4 - Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.5 - Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan
Niat Puasa Ramadhan .
Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :
Niat puasa fardhu Ramdhan .Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala.
Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan sebulan :
Niat puasa sebulan .Ertinya : Sahaja aku berpuasa sebulan seluruhnya kerana Allah Ta'ala.
Doa Ketika Berbuka Puasa .
Doa ketika berbuka puasa.Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani
Justeru itu ,marilah kita bersama - sama berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan .Niat juga untuk membezakan antara adat dan ibadat supaya kita tahu bahawa yang kita ingin lakukan adalah ibadat yang akan dipersembahkan kepada Allah SWT .
Article Provided By : www2.islamgrid.gov.my | Obor yang menyinari Alam .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mdruzai.blogspot.com/2018/09/pengertian-puasa-niat-syarak-rukun-dan.html