Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi


Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN merupakan salah satu produk simpanan popular yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). 
Selain memberikan pulangan yang selamat, SSP BSN juga memberi peluang kepada penyimpan untuk memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah setiap bulan. Ini termasuk pelbagai kategori cabutan seperti Cabutan Jutawan, Cabutan Bulanan, Cabutan Wilayah dan macam-macam lagi. 
Bagi yang tengah mencari info mengenai SSP BSN termasuk cara proses pengeluaran SSP BSN dan syarat yang perlu dipatuhi, anda boleh teruskan membaca perkongsian di bawah. 
BACA JUGA: Lupa Kata Laluan BSN Online? – Ini Cara Tukar Password MyBSN
Apa Itu SSP BSN? BSN SSP ialah produk mandat Bank Simpanan Nasional (BSN) di mana Pelanggan boleh menyertai Cabutan BSN SSP dan berpeluang memenangi hadiah cabutan yang menarik.
Ia adalah produk simpanan patuh Syariah yang dibuka kepada pelanggan individu seawal usia 12 tahun. BSN SSP dijamin oleh Kerajaan Malaysia.
Secara mudahnya, anda menyimpan sambil berpeluang untuk menang cabutan bertuah (kalau ada rezeki). 
Jumlah Cabutan SSP BSN 2025 Untuk 2025, BSN SSP menawarkan sebelas (11) kategori cabutan seperti dibawah:
Cabutan Jutawan  Cabutan Bulanan  Cabutan Negeri  Cabutan Penyimpan Baharu  Cabutan Penyimpan Muda  Cabutan Kesetiaan  Cabutan Kerjaya / Segmen  Cabutan Akaun Gaji  Cabutan Penyimpan Konsisten  Cabutan Perayaan  Cabutan Kasih  Tempoh Kempen 2025 1 Januari 2025 – 31 Disember 2025
@bsnmalaysia Jom Jadi Jutawan dengan BSN SSP 2025! 107 Jutawan BSN SSP telah dinobatkan setakat Disember 2024. 12 jutawan baharu bakal dinobatkan pada tahun 2025! Adakah anda bakal jutawan BSN SSP kami ? Rebut peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk BSN SSP RM1 Juta, kereta idaman seperti BMW 320i Sedan, Mercedes EQA, baucar Apple, baucar barang kemas dan banyak lagi apabila anda menyimpan dengan BSN SSP. Hadiah bernilai RM30 Juta untuk hampir 16 ribu pemenang tahun ini! Nikmati juga kadar keuntungan sehingga 2.50% setahun untuk simpanan selama 12 bulan. Sudah ada akaun BSN SSP? Terus menyimpan melalui perbankan internet myBSN, ATM/CDM BSN, cawangan BSN atau Cawangan Bank Bergerak (CBB) BSN. Lebih banyak anda simpan, lebih besar peluang anda untuk memenangi Cabutan BSN SSP! Untuk maklumat lanjut, layari https://www.bsn.com.my/page/bsn-ssp Tertakluk pada terma dan syarat. BSNMalaysia BSNSSP JomJadiJutawan
♬ original sound – BSN – BSN Syarat kelayakan untuk Cabutan Penyimpan Baharu Pelanggan perlu membuat simpanan minimum RM500 dan juga mestilah Pelanggan Baru kepada Bank. Pelanggan juga mesti mematuhi syarat bahawa pelanggan perlu berumur 12 tahun dan ke atas. Pelanggan baharu bank ditakrifkan sebagai pelanggan yang membuka akaun BSN SSP 12 bulan sebelum tarikh cabutan.  Panduan Simpanan BSN SSP  Terdapat banyak cara anda boleh menyimpan dengan BSN Sijil Simpanan Premium (SSP). 
Melalui Mesin ATM 
Masukkan kad ATM / Debit BSN  Pilih Bahasa.  Masukkan nombor PIN  Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.  Masukkan amaun dalam gandaan RM10.  Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.   Melalui Mesin Deposit Tunai (Dengan Kad ATM/Debit BSN) 
Masukkan kad ATM / Debit BSN  Pilih Bahasa.  Masukkan nombor PIN  Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.  Pilih kaedah simpanan (debit akaun atau tunai).  Masukkan amaun dalam gandaan RM10.  Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.   Melalui Mesin Deposit Tunai (Tanpa Kad ATM/Debit BSN, hanya untuk penyimpan BSN SSP sedia ada sahaja) 
Pilih Bahasa.  Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.  Masukkan nombor akaun simpanan BSN Giro/Giro-i.  Masukkan amaun dalam gandaan RM10.  Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi   Melalui Perbankan Internet myBSN 
Kunci masuk ke Laman Web BSN di  www.bsn.com.my.  Pilih ‘Simpanan BSN eSSP’.  Piilih ‘nombor akaun’ daripada senarai.  Lengkapkan maklumat yang diperlukan.  Sahkan simpanan dan cetak resit transaksi.   Melalui Ejen Bank Berdaftar (EB BSN) 
Kemukakan kad pengenalan dan wang tunai (bagi pelanggan baru) ATAU kad ATM/Debit BSN atau tunai (bagi pelanggan sedia ada) kepada EB BSN.  EB BSN akan proses simpanan BSN SSP di terminal POS.  Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.  Simpanan maksimum adalah RM1,000 untuk setiap transaksi.  Tempoh Matang SSP BSN Tempoh matang SSP BSN adalah 45 hari. Selepas tempoh ini, anda boleh mengeluarkan duit anda sekiranya anda nak perlu atau nak keluarkan. Tak perlu tunggu lama-lama. 
Selain tu, tempoh matang yang pendek ini membolehkan anda update sijil dan sertai lebih banyak cabutan bertuah yang BSN buat. Lagi banyak sijil, lagi tinggi peluang nak menang hadiah!

Prosedur Pengeluaran SSP BSN di Cawangan BSN PENTING!
Apabila hendak melakukan pengeluaran SSP BSN, anda perlu tahu tahu 2 perkara penting berikut terlebih dahulu:
1. Tempoh Simpanan Minimum
Pengeluaran SSP BSN boleh dilakukan hanya selepas 45 hari simpanan. Kalau dah lebih 45 hari, anda boleh terus pergi ke mana-mana cawangan BSN untuk melakukan penebusan. Jangan lupa bawa kad pengenalan sekali untuk pengesahan.
Penebusan sebelum cukup tempoh 45 hari adalah berdasarkan pertimbangan tertentu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Anda perlu ke cawangan BSN untuk membuat permohonan pengeluaran. Sekiranya menepati syarat, permohonan anda akan diluluskan. 
2. SSP Platinum
Untuk yang ada SSP Platinum, tempoh matang dia 12 bulan. Tapi, kalau nak keluarkan awal sebelum tempoh matang pun boleh, cuma kena ikut terma dan syarat yang BSN tetapkan. Make sure Anda faham betul-betul syarat-syarat ni sebelum buat keputusan.
Cara Keluarkan Duit SSP BSN – Boleh ke Melalui ATM dan Online? Soalan ni ramai yang tanya, boleh ke keluarkan duit SSP BSN melalui ATM atau online banking? Jawapannya TAK BOLEH. 
Penebusan SSP BSN boleh dilakukan di kaunter BSN sahaja. Hal ini kerana, terdapat proses pengesahan identiti dan syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi. 
@saifulnasa14 Replying to @NAFA BSN SSP ✅ #fyp
♬ Announcement start sound 02 – tibita Jadi, anda perlu datang sendiri ke cawangan BSN terdekat untuk melakukan pengeluaran SSP BSN. Anda boleh rujuk langka-langkah terperinci di bawah:
1. Buat temu janji/ambil nombor giliran
Ada beberapa cawangan BSN yang mungkin perlukan anda buat temu janji terlebih dahulu. Sekiranya tidak perlu, anda boleh terus walk-in untuk ambil nombor giliran. 
2. Bawa kad pengenalan
Jangan lupa bawa kad pengenalan atau dokumen pengesahan lain yang diperlukan. 
3. Isi Borang Penebusan
Anda akan diminta untuk mengisi borang penebusan. Jangan risau, staff BSN akan bantu anda untuk memastikan semua maklumat diisi dengan betul.
4. Proses Pengesahan
Anda perlu menunggu proses pengesahan. Proses ini mungkin akan mengambil masa sedikit terutamanya jika terdapat banyak pelanggan. 
5. Terima Resit & Selesai
Selepas semua prosedur selesai, anda akan menerima duit SSP dan resit sebagai bukti penebusan.
Kelebihan Menyimpan dengan Sijil Simpanan Premium BSN Berikut ialah beberapa kelebihan menyimpan dengan SSP BSN:
Dengan cabutan bertuah yang kerap diadakan, Anda berpeluang menang hadiah wang tunai, kereta, dan banyak lagi hadiah menarik. Walaupun tak ada faedah macam simpanan biasa, SSP bagi pulangan melalui hadiah cabutan. Produk simpanan BSN ni memang selamat sebab diuruskan oleh bank yang kukuh. Duit yang disimpan dalam SSP tak akan hilang, jadi anda tak perlu risau tentang risiko kerugian. Maklumat Lanjut Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi BSN. Atau, ikuti media sosial rasmi BSN:
Facebook BSN Malaysia Tiktok BSN Malaysia Rujukan:
Cara Keluarkan Duit SSP BSN Melalui ATM dan Cawangan – BSNonline.app


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/pengeluaran-ssp-bsn/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pengeluaran-ssp-bsn

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tng Sos Balance Syarat Kelayakan Cara Aktifkan

Tng Sos Balance Syarat Kelayakan Cara Aktifkan

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 151 hits
Touch n Go telah memperkenalkan TNG SOS Balance bagi memudahkan urusan orang ramai apabila baki eWallet TNG anda hampir habis untuk membuat pembayaran tol Ini bagi membolehkan pengguna tidak tersangkut di plaza tol akibat kekurangan baki eW...
Kad Kredit Affin Uitm Cara Mohon Syarat Kelayakan Manfaat

Kad Kredit Affin Uitm Cara Mohon Syarat Kelayakan Manfaat

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 96 hits
Kad Kredit AFFIN UiTM merupakan hasil kerjasama antara AFFIN Bank dan Universiti Teknologi MARA direka khusus untuk memenuhi keperluan komuniti UiTM yang terdiri daripada alumni graduan dan staf Kad ini menawarkan pelbagai manfaat eksklusif...
Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati

Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 173 hits
Tiga perkara yang mesti dielakkan oleh suami isteri jika kita inginkan rumah tangga yang harmoni damai dan diberkati 1 Suami isteri mesti berusaha untuk mengelakkan pertengkaran dalam rumah tangga Pertengkaran pergaduhan jeritan jeritan kas...
Sindrom Turner Punca Simptom Komplikasi Cara Merawatnya

Sindrom Turner Punca Simptom Komplikasi Cara Merawatnya

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 146 hits
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Sindrom Turner dikatakan menjejaskan kira kira 1 daripada setiap 2 000 hingga 4 000 bayi perempuan yang lahir di seluruh dunia Namun begitu di Malaysia kita tidak mempunyai data yang cukup untuk melih...
Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 162 hits
Kita semua biasa mendengar istilah bersangka baik Bagi kebanyakkan orang bersangka baik ini adalah sesuatu yang tidak asing bagi dirinya Ia merupakan sesuatu yang sering diungkapkan dan meniti dibibir Bila ada seseorang yang berkelakuan kur...
Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 217 hits
Dividen 2024 okay Amanah Saham Bumiputera tetap menjadi pilihan utama pelaburan bagi Bumiputera di Malaysia Pengumuman dividen ASB menjadi saat penting yang dinanti oleh pelabur setiap tahun Untuk tahun 2024 berikut adalah maklumat penting ...
Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 150 hits
Pengenalan Konsep Jadual Aktiviti Harian Apa itu Jadual Aktiviti Harian Jadual Aktiviti Harian adalah alat pengurusan masa yang menyenaraikan semua aktiviti yang perlu dilakukan dalam sehari Bayangkan seseorang yang memiliki senarai dari ba...
Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 170 hits
Stress risau gelisah Benda ni semua biasa kita rasa Kadang kadang otak overthinking hati tak pulak tenang Tapi jangan risau ada cara nak handle semua ni tanpa perlu bergantung pada ubat Jom cikla share Mula mula cuba tarik nafas dalam dalam...
Soalan Malu Yang Mungkin Diterima Semasa Perjumpaan Cny Cara Menanganinya

Soalan Malu Yang Mungkin Diterima Semasa Perjumpaan Cny Cara Menanganinya

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 117 hits
Tahun Baru Cina adalah waktu untuk meraikan dan berkumpul bersama keluarga Ini adalah saat yang tepat untuk bertemu semula dengan saudara mara yang sudah lama tidak berjumpa dan menyemarakkan ikatan antara kita Namun kadang kadang saudara m...
Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Uk Real Estate Prices What S The Outlook For 2025

Parliamentary Services Council To Include 2 Opposition Reps

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Lawn Bowler Nor Farah Now World No 1

Malu Apa Bossku 2 0 Parti Yang Malukan Bangsa Melayu Malukan Orang Islam