Pengeluaran Kwsp Dibenarkan Moratorium 6 Bulan Tanpa Syarat Demi Bantu Rakyat


AGENDA DAILY
Pengeluaran KWSP dan moratorium enam bulan tanpa syarat kepada orang diberikan kerajaan bagi berdepan cabaran Covid-19 melanda negara.
Orang ramai akan dibenarkan membuat pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan menerima moratorium enam bulan tanpa syarat juga diberikan kepada semua peminjam individu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Perdana Menteri dalam pengumumannya berkata pencarum yang berhasrat untuk mengeluarkan wang simpanan mereka sekali lagi bagi menampung bebanan hidup mereka boleh membuat permohonan baharu bawah kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra.
“Maka dengan itu, bagi meringankan beban kewangan ahli KWSP yang terjejas akibat PKP, KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra.
“Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5000 dengan kadar bayaran tetap RM1000 sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli,” katanya semasa mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) hari ini.
Untuk rekod, kerajaan Perikatan Nasional (PN) antara yang terawal di dunia yang mengambil inisiatif dalam melaksanakan program i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik untuk membantu rakyat dalam mendepani cabaran semasa pandemik Covid-19.
Langkah tersebut bertujuan bagi membantu aliran tunai rakyat sehingga kini dan ia menampakkan kesan positif dalam membantu kehidupan rakyat yang terjejas.
Permohonan tersebut boleh mula dimohon pada 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021. Pemohon boleh membuat permohonan di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my.
Berhubung moratorium, selepas pertimbangan dan penelitian mendalam dijalankan bersama pihak bank, kerajaan membuat keputusan untuk memberikan moratorium enam bulan secara automatik kepada segenap lapisan masyarakat yang memiliki pinjaman tanpa perlu lagi mengemukakan dokumentasi atau semakan seperti sebelum ini.
“Oleh itu, sukacita saya umumkan, dengan kerjasama pihak bank, moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.
“Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan,” ujarnya lagi.
Bagi tujuan ini, pemohon hanya perlu membuat permohonan kelulusan akan diberikan secara automatik.
Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.
Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021. Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.
Muhyiddin berharap dengan inisiatif terbaharu ini, orang ramai dapat meneruskan kehidupan dan peniaga-peniaga yang terjejas dapat menguruskan aliran tunai dengan sebaiknya semasa berdepan tempoh yang mencabar kali ini.
“Saya berharap inisiatif moratorium ini dapat sedikit sebanyak membantu peminjam individu dan PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka semasa tempoh yang mencabar ini.
“Walau bagaimanapun, saya juga ingin berpesan gunalah tawaran ini dengan sebaiknya dan jika tidak mendesak, janganlah membuat tambahan komitmen kewangan lain,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/pengeluaran-kwsp-dibenarkan-moratorium.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemulih Cara Mohon Moratorium Automatik Tanpa Syarat Selama 6 Bulan

Pemulih Cara Mohon Moratorium Automatik Tanpa Syarat Selama 6 Bulan

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 369 hits
Baru baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi yang bertujuan untuk membantu dan meringankan kesusahan rakyat berikutan penularan wabak Covid 19 yang sehingga kini masih belum berakhir Antara...
Pkp 3 0 Akan Terus Disambung Bantuan Moratorium Pinjaman Pengeluaran Wang Dari Kwsp Akan Diumumkan

Pkp 3 0 Akan Terus Disambung Bantuan Moratorium Pinjaman Pengeluaran Wang Dari Kwsp Akan Diumumkan

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 291 hits
The ReporterPerdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 tidak akan ditamatkan esok dan fasa pertama akan terus disambung Beliau berkata PKP 3 0 tidak akan ditamatkan sehingga angka kes positif Covid ...
Peminjam Golongan B40 M40 T20 Usahawan Mikro Dapat Moratorium 6 Bulan Tanpa Syarat

Peminjam Golongan B40 M40 T20 Usahawan Mikro Dapat Moratorium 6 Bulan Tanpa Syarat

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 317 hits
Sebentar tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi telah mengumumkan bantuan yang akan disalurkan kepada rakyat Antara yang menarik perhatian dan paling diharapkan rakyat adalah pemberian moratorium secara automatik
Bantuan I Sinar Dan Pengeluaran Kwsp Rm10 Ribu Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan I Sinar Dan Pengeluaran Kwsp Rm10 Ribu Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 495 hits
KWSP Mampu Laksanakan i Sinar i Lestari 2 0 Pengeluaran One Off RM10 000 Buat Semua Ahli Apa pendapat anda Pakar ekonomi daripada Universiti Tun Abdul Razak Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berpendapat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mas...
Senarai Bantuan Khas Covid 19 Pengeluaran I Citra Kwsp Moratorium Automatik

Senarai Bantuan Khas Covid 19 Pengeluaran I Citra Kwsp Moratorium Automatik

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 400 hits
Petang tadi dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi Perdana Menteri telah umumkan bantuan semasa pkp lebih menyeluruh kepada rakyat dalam Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara Antara yang diumumkan adalah Bantuan...
Moratorium Cara Mohon Penangguhan Bayaran 6 Bulan Tanpa Syarat

Moratorium Cara Mohon Penangguhan Bayaran 6 Bulan Tanpa Syarat

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 319 hits
PEMULIH Cara Mohon Kerajaan telah mengumumkan pakej bantuan moratorium automatik pinjaman selama enam bulan kepada semua peminjam setiap individu tanpa syarat di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi Perdana Menteri iaitu Mu...
Moratorium 6 Bulan Dibuka 7 Julai

Moratorium 6 Bulan Dibuka 7 Julai

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 455 hits
Moratorium 6 Bulan Dibuka 7 Julai 2021 Moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu sama ada dari golongan B40 M40 atau T20 dan usahawan mikro kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Moratorium 6 Bulan Dibuka 7 ...
Masa Yang Tepat Kembalikan Inisiatif Bantu Rakyat Perniagaan

Masa Yang Tepat Kembalikan Inisiatif Bantu Rakyat Perniagaan

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 273 hits
Malaysia negara terawal perkenal i Lestari i Sinar moratorium automatik KUALA LUMPUR Kerajaan akan melaksanakan semula inisiatif membantu rakyat dan perniagaan yang pernah diperkenalkan sebelum ini susulan hadirnya Pelan Pemulihan Negara ka...
Hiburan Tak Perlu Jam Rolex Kereta Vellfire Dan Rombongan Untuk Bantu Rakyat Bront Palarae

Hiburan Tak Perlu Jam Rolex Kereta Vellfire Dan Rombongan Untuk Bantu Rakyat Bront Palarae

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 218 hits
Pelakon hebat Bront Palarae berpendapat bahawa untuk menjadi seorang wakil rakyat sekarang ini tidak perlu pun memakai barangan mewah bagi membantu masyarakat di dalam kesusahan atas permasalahan pandemik COVID 19 yang melanda di negara ket...
Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Constitutional Blunder Or A Fictional Blunder

Rahsia Untuk Bebas Dari Hutang

Dabai Specialty Fruit Of Sarawak Malaysia

Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine