2 Juta Ahli Kwsp Layak Keluar 10 Peratus Daripada Akaun 1
                                  Wartawan MalaysiaGazette Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan  amaun yang telah didahulukan di mana caruman baharu akan dikreditkan 100  peratus ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah  digantikan semula.                                                                                                                                                                                                                   

Kira-kira 2 juta ahli KWSP dijangka mendapat akses ke Akaun 1 menerusi kemudahan i-Sinar, pada 18 Nov ini.- Gambar hiasan.            KUALA LUMPUR – Sebanyak 2 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan  Pekerja (KWSP) dijangka layak membuat pengeluaran Akaun 1 di bawah  program i-Sinar yang skopnya kini diperluaskan merangkumi ahli yang  kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber  pendapatan.
Dianggarkan sejumlah RM14 bilion tersedia untuk ahli-ahli yang layak dan permohonan boleh dibuat bermula bulan depan (Disember).
KWSP dalam kenyataannya memberitahu, amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat.
“Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Amaun  pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan  bermula pada tarikh pertama pengkreditan,” kata KWSP.
Memperincikan kemudahan tersebut, KWSP berkata, secara umumnya ahli  yang layak boleh mengakses 10 peratus daripada amaun simpanan mereka  dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.
Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1),  akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan  ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan  pendahuluan pertama sehingga RM4,000.Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1),  akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh  didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan  secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama  sehingga RM10,000.Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan  amaun yang telah didahulukan di mana caruman baharu akan dikreditkan 100  peratus ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah  digantikan semula.
Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus bagi Akaun 2.
Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah  i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan  untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat  Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit  (AKPK).
Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan  i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat. –  MalaysiaGazette
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/2-juta-ahli-kwsp-layak-keluar-10.html