Pengeluaran Berterusan Kwsp Umpama Bunuh Angsa Emas




Pengeluaran berterusan KWSP umpama ‘bunuh angsa emas’Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: January 31, 2023
ShareKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disaran melaksanakan sistem agihan dividen bertingkat sebagai usaha meningkatkan simpanan pencarumnya.
Cadangan itu adalah antara tiga perkara dikemukakan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung susulan gesaan pihak tertentu baru-baru ini yang mahu kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan mereka.
Beliau yang juga Pengarah Komunikasi KEADILAN berkata, melalui pelaksanaan dividen bertingkat itu tiga tingkat simpanan yang mana dividen paling tinggi, diberikan mengikut caruman simpanan.
“Dividen diberikan untuk simpanan RM50,000 pertama, simpanan RM50,000 hingga RM240,000 (sasaran simpanan asas) dan simpanan RM240,000 ke atas.
“Jika pencarum mempunyai simpanan lebih RM1 juta, mereka masih boleh mendapat dividen yang tinggi untuk RM50,000 simpanannya,” katanya dalam kenyataan.
Media sebelum ini melaporkan bahawa 97 peratus pencarum KWSP berusia 55 tahun dan ke bawah tidak mempunyai paras simpanan ideal sebanyak RM600,000 untuk bersara dengan selesa dengan kos kehidupan di bandar besar.
Situasi itu menurut Chean Chung merupakan keadaan yang amat mengusarkan.
“Sebanyak 6.67 juta ahli KWSP ataupun 51.5% hanya mempunyai simpanan di bawah RM10,000. Nilai ini adalah jauh berbanding sasaran RM240,000 untuk simpanan asas.
“Pengeluaran berterusan umpama membunuh ‘angsa bertelur emas’ yang bukan saja melepaskan peluang menambahkan aset pencarum, malah memerlukan antara tiga hingga lima tahun untuk paras simpanan kembali ke paras asal,” tambahnya.
Selain cadangan pelaksanaan dividen bertingkat, beliau turut mencadang KWSP meningkatkan pelaburan luar supaya organisasi itu lebih produktif dan profesional.
Katanya, pada 2021, KWSP mencapai pulangan 8.64 peratus untuk pelaburan antarabangsa, manakala pulangan pelaburan tempatan hanya sekadar 5.02 peratus.
Beliau juga mencadangkan supaya KWSP menghadkan pengeluaran selepas mencapai umur 55 tahun mengikut jumlah caruman serta mengambil kira keperluan persaraan.
“Adalah lebih baik semua pihak menumpukan cara untuk mencukupkan caruman berbanding berdebat sama ada pengeluaran tambahan harus dibenarkan.
“KWSP sebagai pelaksana wajar tumpukan tenaga mereka untuk meningkatkan pulangan dan memberikan kesedaran serta kecelikan dalam pengurusan persaraan rakyat,” tambahnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/01/pengeluaran-berterusan-kwsp-umpama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengeluaran Khas Kwsp 2023 Yang Dibenarkan Mengikut Syarat

Pengeluaran Khas Kwsp 2023 Yang Dibenarkan Mengikut Syarat

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 208 hits
Pengeluaran KWSP Khas Bagi Individu Yang Diluluskan Makluman kepada pencarum para KWSP kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pengeluaran bersyarat bagi pencarum untuk urusan peribadi dan dengan mengikut beberapa syarat yang telah ditetapka...
Benarkan Pengeluaran Kwsp 2 0 Untuk 3 Juta Pencarum

Benarkan Pengeluaran Kwsp 2 0 Untuk 3 Juta Pencarum

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 170 hits
Benarkan Pengeluaran Kwsp 2 0 Untuk 3 Juta Pencarum KWSP adalah singkatan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ia adalah sebuah sistem pembangunan simpanan berteraskan kumpulan di Malaysia yang membolehkan pekerja menyimpan wang untuk ma...
Pengeluaran Khas Kwsp Pm Pertimbangkan Apa Yang Terbaik

Pengeluaran Khas Kwsp Pm Pertimbangkan Apa Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 169 hits
Pengeluaran Khas KWSP PM Pertimbangkan Apa Yang Terbaik Ramai yang tertunggu tunggu dengan berita dan khabaran rasmi daripada Kerajaan mengenai KWSP Terkini Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah berkata kerajaan perlu mempertimbangkan nasib d...
Penganggur Samun Bunuh Warga Emas Di Jasin Didakwa Di Mahkamah

Penganggur Samun Bunuh Warga Emas Di Jasin Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 252 hits
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Jasin di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga emas Peter David 20 dituduh membunuh Misah Md Amin 91 di KM16 Kampung Pulai Darat Merlimau di sini pada 1 30 pagi 20 Janua...
Pengeluaran Kwsp Sempena Musim Perayaan Aidilfitri Tahun 2023

Pengeluaran Kwsp Sempena Musim Perayaan Aidilfitri Tahun 2023

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 337 hits
Pengeluaran KWSP Sempena Musim Perayaan Aidilfitri Tahun 2023 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh perkongsian kita hari ini adalah berkaitan info info pengeluaran duit bagi sempena perayaan rasmi pada tahun ini Sukacita dimaklumkan T...
Dana Kwsp Tak Akan Terjejas Jika Pengeluaran Khas Seterusnya Dibenar Kata 4pm

Dana Kwsp Tak Akan Terjejas Jika Pengeluaran Khas Seterusnya Dibenar Kata 4pm

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 156 hits
nbsp Dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tidak akan terjejas sekiranya desakan pengeluaran khas dipenuhi berikutan berjuta caruman lagi masuk setiap bulan dalam tabungan agensi terbabit Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia
Bocah 9 Tahun Di Makassar Saksikan Pamannya Bunuh Diri Secara Sadis

Bocah 9 Tahun Di Makassar Saksikan Pamannya Bunuh Diri Secara Sadis

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 189 hits
Seorang buruh bangunan bernama Aswan ditemukan bersimbah darah di kamar mandi rumahnya Jalan Sabutung Baru Kelurahan Panampu Kecamatan Tallo Makassar Rabu Diduga Aswan bunuh diri dengan cara menggorok lehernya
Ibu Muda Dituduh Bunuh Bayi Dengan Tekup Bantal Di Muka

Ibu Muda Dituduh Bunuh Bayi Dengan Tekup Bantal Di Muka

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 175 hits
Ibu muda dituduh bunuh bayi dengan tekup bantal di muka Seorang ibu muda didakwa di Mahkamah Majistret Sepang hari ini atas dakwaan membunuh anaknya berusia satu tahun enam bulan dengan menekup bantal di muka bayi berkenaan Foto NSTP Aizudd...
Potret Ganteng Prajurit Tni Yang Miliki Suara Emas Pernah Duet Dengan Kasad Dudung

Potret Ganteng Prajurit Tni Yang Miliki Suara Emas Pernah Duet Dengan Kasad Dudung

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 292 hits
Suara emas dimiliki oleh seorang prajurit Tentara Nasional Indonesia Stenly Timbowo merupakan TNI viral lantaran mempunyai suara yang merdu dengan tipikal nada tinggi bagi seorang pria Ia pun bahkan sempat mendapat kesempatan untuk berduet ...
We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

The Tragicomedy Of Parti Keluarga Rakyat

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia

The Flawed Thinking Of Choosing Race Or Nationality

Misteri Lori Bergerak Tanpa Pemandu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kecilkan Circle Untuk Jaga Kualiti Persahabatan

Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India