Pengaruh Tiktok Berbaloi Ke Makan Sukiya


Rancangan awal mulanya nak makan dekat tempat lain tapi akhirnya Suki-Ya KL East Mall juga jadi destinasi akhir kami terjah. Datang sebab nak makan lamb dan beef dia tu. 
Lama betul aku mengidam nak makan dekat situ akhirnya suami setuju nak pergi. Selalu nak pergi mesti clash dengan aktiviti lain.
Kan hari tu viral dekat TikTok orang flip beef guna chopstick sampai terbang ke meja sebelah. Aku buat juga, syukur tiada kejadian memalukan berlaku. 
Awal-awal tu segan dan tak yakin je nak buat, tapi lepas beberapa kali percubaan aku jadi ketagih. Tak perlu celup lama-lama dalam kuah, cukup terasa manis daging. Memang betul la mereka gunakan daging fresh. 





Pengaruh TikTok, Berbaloi Ke Makan Suki-Ya?Dah jadi rutin, hujung minggu adalah waktu kami habiskan masa bersama.  Meriah betul orang dekat KL East Mall. Seawal jam 11 pagi tu dah ramai orang memenuhi mall. Restoran Suki-ya ni terletak di Ground 2. 
Level bawah tu pula ialah Blue Ice Skating Rink, tempat orang main Ice Skating. Penuh dengan anak muda dan seronok tengok gelagat mereka yang main dekat situ. Ada yang jatuh tergolek, yang gelakkan kawan-kawan dan ramai juga yang mahir meluncur ais. 
Ini kali ketiga kami ke sini, sebelum ni kami datang untuk  makan Cheesy Fried Chicken Bumbuk K Fry.
Berbalik kepada cerita food hunting; Suki-ya Eat All You Can Sukiyaki & Shabu Shabu. Aku yang cadangkan kepada suami dan anak-anak pun setuju disebabkan pilihan makanan yang ada. 
Pagi tu sengaja tak makan pagi sebab nak kosongkan perut supaya boleh enjoy makan banyak-banyak. Ternyata memang berjaya ya strategi tu. 
Buat yang belum pernah ke Suki-Ya mari aku kongsikan pengalaman aku bawa anak-anak dine in dekat sana. Boleh korang jadikan rujukan bila nak pergi nanti. 


Sukiya Eat All You Can Sukiyaki & Shabu ShabuWaktu kami sampai masih ada kekosongan jadi tak perlu beratur lama. Crew restoran sangat peramah dan banyak membantu. 
Ada empat jenis kuah yang disediakan dan boleh pilih dua jenis kuah untuk korang cuba. Kuah Shabu Shabu, Sukiyaki, Miso Sup dan Kimuchi. Kami pilih kuah Sukiyaki (manis, kicap) dan Kimuchi (rasa kimchi). 
Pilih Sukiyaki Sup sebab anak-anak dan Kimuchi tu tidak la pedas dan masam pun. Sedang elok rasa dia. Kuah jadi bertambah sedap bila dah masukkan daging dan sayuran ke dalam air rebusan. 





Menu utama semestinya hirisan daging, Kambing dan juga Ayam serta aneka pilihan sayuran dari Healthy Bar. 
Free flow untuk tiga jenis daging tu dan korang boleh makan seberapa banyak korang mahu. Minta je dengan crew restoran. 





Daging gulung dia memang sedap dan berbeza dengan restoran steamboat lain yang mana daging dekat Suki-Ya tidak diperap. 
Satu perkara yang aku suka tentang Sukiya, ialah mereka memandang berat tentang pemilihan makanan dan kualiti bahan segar yang diletakkan di kaunter “healthy bar”.  





Setiap makanan yang ada dekat situ terjaga kualiti dia. Selain menu untuk hot pot menu sampingan yang ada ialah nasi kukus Jepun, sushi dan juga ais krim untuk pencuci mulut. 
Kalau di Jepun, Sukiyaki dan Shabu Shabu merujuk kepada hirisan daging, sayur-sayuran dan tauhu yang direbus di dalam periuk panas. Sebagai penambah perasa, kicap, gula dan mirin ditambah ke dalam air rebusan. 





Beza Antara Sukiyaki & Shabu ShabuCuma yang membezakan Sukiyaki dan Shabu Shabu ialah cara menikmati daging hiris tersebut. Untuk Sukiyaki, daging dimasak di dalam kuah kemudian dicelup dengan telur ayam mentah. 
Risau tak tertelan jadi aku tak cuba pun. 
Manakala Shabu Shabu pula, daging hiris yang telah dimasak dimakan dengan sos pencicah pilihan. Ada banyak jenis sos pencicah dan korang boleh buat sendiri sos pilihan hati.  
Pilihan yang ada ialah Gomatare (Sesame Sauce), Ponzu dan Misotare. Dari segi sos pencicah, aku lebih suka pilihan sos di Seoul Garden. 





Kalau datang SukiYa korang boleh datang untuk sesi lunch ataupun dinner. Semestinya harga dinner buffet lebih mahal berbanding lunch buffet. Harga juga berbeza pada hujung minggu dan hari bekerja. 
Next time mungkin boleh cuba dinner dekat Sukiya pula. Agaknya ada pertambahan menu sebab tu mahal. Anak-anak pun enjoy makan, siap ajak datang lagi. 
Harga buffet lunch SukiYa hujung minggu: RM43.80 untuk dewasa dan RM21.90 untuk kanak-kanak. Harga tu belum masuk service charge dan service tax ya. 
Sebagai peminat daging dan kambing memang puas hati sangat makan dekat sini. Ada rezeki nanti kita datang lagi. 
Makan Cheesy Beef Katsu Don – Kimukatsu pun sedap. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2022/08/pengaruh-tiktok-berbaloi-ke-makan-sukiya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berbaloi Makan Di Sea Grill Buffet Dinner Thistle Jb

Berbaloi Makan Di Sea Grill Buffet Dinner Thistle Jb

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 311 hits
BERBALOI MAKAN DI SEA GRILL BUFFET DINNER THISTLE JB Tempat yang selalunya menjadi tumpuan ramai pada hari jumaat dan sabtu dari jam 6 30 petang sehingga 10 00 malam Kalau korang tak tahu mana nak bawak family untuk dinner di kawasan Johor ...
Makan Makan Di Hari Jadi Indah

Makan Makan Di Hari Jadi Indah

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 220 hits
Assalamualaikum wbt SELAMAT Hari Ulangtahun Kelahiran buat anak saudara Sk Nur Zahirah yang ke 15 tahun Bonda doakan agar Indah diberikan keafiaatn dipanjangkan umur berjaya dalam pelajaran serta berbahagia dan sejahtera selalu Amiiinnn Ya ...
Empat Restoran Wajib Singgah Untuk Makan Dessert Di Atria Sopping Gallery Damansara Jaya

Empat Restoran Wajib Singgah Untuk Makan Dessert Di Atria Sopping Gallery Damansara Jaya

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 256 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikashi sekalian Sebelum ini Maha ada kongsikan kepada korang tentang tempat makan yang wajib singgah untuk cari makan tengah hari atau makan ma...
Kadar Kenaikan Gula Dalam Badan Anak Naik Drastik Kalau Makan Instant Quick Oat

Kadar Kenaikan Gula Dalam Badan Anak Naik Drastik Kalau Makan Instant Quick Oat

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 202 hits
Kadar kenaikan gula dalam badan anak naik drastik kalau diberi makan instant oat atau quick oat Dalam pada kita nak bagi anak makan makanan berkhasiat jangan sampai tersilap langkah sehingga memudaratkan kesihatannya Jom Kenali Bijirin Oat ...
Makan Di The Banana Leaf Kitchen

Makan Di The Banana Leaf Kitchen

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 238 hits
Assalamualaikum wbtSambungan kisah GARA GARA tak cukup narlekerk mendaun pisang di Pak Inche mengajak pekena Nasi Daun Pisang lagi sebelum balik ke rumah Kami ke The Banana Leaf Kitchen Eco Botanic dan ini kali kedua Sk dan Iman ke sini tap...
Resipi Cucur Bilis Kentang Paling Mudah Confirm Berebut Makan Satu Keluarga

Resipi Cucur Bilis Kentang Paling Mudah Confirm Berebut Makan Satu Keluarga

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 212 hits
Kadang kadang menu yang paling mudah itulah yang buat kita berselera nak makan Nak bersarapan kalau boleh tak mahu yang terlalu berat pagi pagi ni tak lalu sangat nak makan Bagi penggemar cucur anda patut cuba resipi ini Artikel Menarik Tid...
Jom Makan Nasi Ayam Gemas Pak Mus Seberang Jaya

Jom Makan Nasi Ayam Gemas Pak Mus Seberang Jaya

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 427 hits
Nasi Ayam Gemas Pak MusNi kira kedai nasi ayam la menu utama diorang memang nasi ayam Nasi Ayam Gemas Pak Mus ni terletak di Bandar Sunway Seberang Jaya Pulau Pinang Macam rare la gak restoran ni Kalau korang nak tengok menu diorang ni bole...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord

Keputusan Mahkamah Tarif Menimbulkan Ketidakpastian Baru Dalam Pasaran