Pengarah Filem Musyrik Arjin Uppal Berkongsi Pengalaman Aneh Ketika Penggambaran


PENGARAH FILEM MUSYRIK ARJIN UPPAL BERKONGSI PENGALAMAN ANEH KETIKA PENGGAMBARAN | Assalammualaikum semua! Berdebar Ruby baca kisah yang dikongsikan oleh Pengarah Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu iaitu Encik Arjin Uppal. Bukan mudah untuk melaksanakan tugasan penggambaran filem bergenre seram mistik ni. 
Dalam kita mengetahui kepayahan untuk menyelesaikan filem ini, semakin teruja pula ingin menonton. Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! Akan berada di pawagam 7 Julai 2022 hadapan

PENGARAH FILEM MUSYRIK ARJIN UPPAL BERKONGSI PENGALAMAN ANEH KETIKA PENGGAMBARAN
Pengarah berbakat besar, Arjin Uppal berdepan pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan sepanjang menjalani penggambaran filem bergenre seram, Musyrik - Api Neraka Menantimu


Filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu dibintangi Aeril Zafrel, Ashraf Muslim dan Ruhainies selaku teraju utama. Turut serta, Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi. Arjin, 33, berkata, antara kejadian pelik dilalui ketika babak Ruhainies memegang batu nesan di tanah perkuburan, jam 3 pagi

“Batu nesan bukanlah props, sebaliknya saya menggunakan batu nesan sebenar diambil dari tanah perkuburan berkenaan bagi merealisasikan babak ini


“Ia sepatutnya hanya satu babak panjang, tetapi apabila potong babak ini, kamera masih berpusing dan tidak berhenti seolah-olah ada sesuatu yang menggerakkannya,” katanya. Arjin berkata, dia pelik dengan kejadian aneh itu kerana tidak pernah berdepan sebelum ini

“Bayangkan, kamera masih menyala selepas ‘switch’ ditutup

“Hanya selepas bateri dikeluarkan daripada kamera barulah ia berhenti berpusing,” katanya

Bukan sahaja dirinya berdepan kejadian aneh, kata Arjin, ia turut dialami salah seorang pelakon, Aishah yang melakonkan watak Wati, isteri kepada Aeril


“Ia membabitkan babak Aishah baring dalam kubur

“Secara tiba-tiba, seluruh badan Aishah ditumbuhi gelembung gatal dan penggambaran tidak dapat diteruskan,” katanya

Selaku pengarah, Arjin berkata, dia tetap bertenang ketika berdepan kejadian aneh membabitkan Aishah itu

“Aishah terpaksa dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan dengan segera

“Keadaan Aishah hanya okay selepas berehat dan penggambaran hanya disambung semula pada keesokan harinya

“Saya percaya kejadian aneh yang menimpa Aishah adalah gangguan mistik,” katanya

Mengulas mengenai lokasi, Arjin berkata, penggambaran filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! membabitkan dua lokasi iaitu rumah kampung lama yang tidak berpenghuni dan tanah perkuburan

“Saya masih ingat kami diminta penjaga menyiapkan babak di rumah lama berkenaan sehingga jam 12 tengah malam


“Namun, babak dalam rumah hanya selesai pada jam 2 pagi. Seterusnya, kami terus ke lokasi tanah perkuburan

“Ketika di tanah perkuburan, saya dapatkan merasakan sesuatu menyentuh belakang leher. Saya percaya ia gangguan mistik, tetapi saya buat tak tahu,” katanya

Arjin berkata, dia turut berdepan dengan kejadian aneh ketika penggambaran di kawasan hutan

“Saya pergi belakang rumah untuk mencuci tangan, tetapi secara tiba-tiba, air paip berhenti mengalir

“Perasaan saya bercampur berbaur, tetapi saya perlu kuatkan semangat dan bersabar berdepan satu demi satu kejadian aneh,” katanya

Mengulas adakah kru juga berdepan gangguan mistik, Arjin berkata, mereka tidak terlepas diganggu ketika penggambaran di kawasan hutan

“Kawasan hutan itu hanya di belakang rumah lama tidak berpenghuni itu

“Sebelum penggambaran, kru masuk hutan untuk memasang lampu terlebih dahulu

“Secara tiba-tiba, lampu dipasang berkelip-kelip. Mujur, kru tidak panik dan buat tidak tahu hingga lampu menyala semula, sebelum penggambaran dimulakan,” katanya


Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! mula menjengah pawagam seluruh Malaysia pada 7 Julai depan. Trailer rasmi filem boleh ditonton menerusi saluran YouTube/WhiteMerpatiMovies


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/07/pengarah-filem-musyrik-arjin-uppal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Filem Musyrik Api Neraka Menantimu

Filem Musyrik Api Neraka Menantimu

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 286 hits
Filem Musyrik Api Neraka Menantimu sebuah filem seram lakonan Aeril Zafrel Ruhainies Ashraf Muslim dan ramai lagi Filem Musyrik Api Neraka Menantimu mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula Khamis 7 Julai 2022 di pawagam FILEM M...
Filem Musyrik Bakal Box Office Mengikut Jejak Filem Mat Kilau

Filem Musyrik Bakal Box Office Mengikut Jejak Filem Mat Kilau

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 219 hits
FILEM MUSYRIK BAKAL BOX OFFICE MENGIKUT JEJAK FILEM MAT KILAU Assalammualaikum semua Semenjak pelbagai sektor telah dibuka selepas YAB Perdana Menteri mengumumkan negara bakal Endemik COVID 19 Industri perfileman tanahair juga rancak mengha...
Kali Ke 2 Berlakon Bersama Kim Taeri Ryu Junyeol Kongsi Pengalaman Bekerja Untuk Filem Alien

Kali Ke 2 Berlakon Bersama Kim Taeri Ryu Junyeol Kongsi Pengalaman Bekerja Untuk Filem Alien

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 213 hits
Selepas bekerjasama dalam Little Forest Kim Tae ri dan Ryu Jun yeol sekali lagi akan bergandingan dalam filem akan datang Alien ARTIKEL BERKAITAN Pada 23 Jun sidang akhbar bagi filem Alien bahagian pertama yang diarahkan oleh Choi Dong hoon...
So Jisub Dedah Dapat Semangat Dari Kim Woobin Untuk Penggambaran Filem Alien

So Jisub Dedah Dapat Semangat Dari Kim Woobin Untuk Penggambaran Filem Alien

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 214 hits
Tak lama lagi penonton akan dapat lihat gandingan hebat antara So Ji sub dan Kim Woo bin dalam filem Alien ARTIKEL BERKAITAN Pada 23 Jun sidang akhbar bagi filem Alien bahagian pertama yang diarahkan oleh Choi Dong hoon telah diadakan di Se...
Filem Musyrik Api Neraka Menantimu Di Pawagam Mulai 7 Julai Ini

Filem Musyrik Api Neraka Menantimu Di Pawagam Mulai 7 Julai Ini

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 207 hits
Saksikan filem Musyrik Api Neraka Menantimu yang akan menemui penonton di pawagam pawagam terpilih seluruh Malaysia mulai 7 Julai 2022 iaitu pada Khamis Jadi anda boleh mula dapatkan sekarang Filem seram ini merupakan terbitan daripada Whit...
Ashraf Muslim Sebagai Ustaz Di Dalam Filem Genre Seram Musyrik Api Neraka Menantimu

Ashraf Muslim Sebagai Ustaz Di Dalam Filem Genre Seram Musyrik Api Neraka Menantimu

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 238 hits
ASHRAF MUSLIM SEBAGAI USTAZ DI DALAM FILEM GENRE SERAM MUSYRIK API NERAKA MENANTIMU Assalammualaikum semua Siapa peminat film genre seram Islamik Angkat tangan Kita geng lah suka menonton film genre seram tetapi pendekatan penyelesaian situ...
Video Polisi Ungkap Perilaku Aneh Pria Colek Anak Di Mal Bintaro Bab Saat Diamankan

Video Polisi Ungkap Perilaku Aneh Pria Colek Anak Di Mal Bintaro Bab Saat Diamankan

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 236 hits
Dalam sebuah video tingkah pelaku terlihat aneh Kini pelaku berhasil diamankan ke Polres Tangerang Selatan
Pakwe Wanita Buka Baju Ketika Buat Persembahan Komedi Direman 3 Hari

Pakwe Wanita Buka Baju Ketika Buat Persembahan Komedi Direman 3 Hari

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 280 hits
Teman lelaki kepada wanita yang membuka baju ketika membuat persembahan stand up comedy di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail dilaporkan ditahan pihak polis semalam Menerusi Harian Metro Setiausaha Polis Malaysia Polis Diraja Mala
Suasana Sore Di Hari Minggu Sering Terasa Aneh Dan Nggak Enak Begini Alasannya

Suasana Sore Di Hari Minggu Sering Terasa Aneh Dan Nggak Enak Begini Alasannya

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 187 hits
Kamu ngerasa gini juga nggak sih sore sore di hari Minggu itu rasanya aneh dan malesin banget
How Weather Conditions Affect Driving Safety

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Tak Salah Pun Hantar Anak Ke Taska Atau Pengasuh Walaupun Bekerja Dari Rumah

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu

Dedah Skandal Perlombongan Sabah Mr A Bimbang Keselamatan Diri

Rutin Penjagaan Kulit Pagi Malam Untuk Kulit Bebas Cela


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jemputan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446h 2025

Tak Perlu Tunggu Anniversary 10 Hadiah Yang Buat Suami Rasa Dihargai

Hello Everyone

Pokemon Fire Red Version

Kenapa Kotak Scent Diffuser Perlu Rekaan Premium Profesional

Nasi Goreng Telur Dan Sosej Di England