Penganut Syiah Di Malaysia Kena Serbu


Penganut Syiah Di Malaysia Kena Serbu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof mempertahankan serbuan oleh pihak berkuasa agama terhadap majlis penganut Syiah beberapa hari lalu

Beliau berkata serbuan itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan bidang kuasa jabatan agama negeri perlu dihormati

"Isu ini terletak bawah kuasa negeri. Kita sudah pun mendapat maklum balas daripada menteri besar (Selangor Amirudin Shari) dalam mesyuarat MKI (Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia) kelmarin

"Adapun apa (serbuan) yang dilakukan di Selangor adalah bidang kuasa Selangor dan mengikut SOP, maka kita hormati tindakan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1441H Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini

Menurut laporan, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) masing-masing membuat serbuan itu pada 6 dan 9 September lalu

Penganut Syiah Di Malaysia Kena Serbu
Serbuan dilakukan ketika penganut aliran Syiah berkumpul sempena Hari Asyura yang jatuh pada 9 September tahun ini. Dalam Syiah, hari itu disambut antara lain bagi mengenang ulang tahun kematian Husayn ibn Ali, cucu kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan tokoh utama dalam Syiah

Menurut sumber daripada komuniti Syiah, serbuan itu dilakukan setiap tahun antara 1 hingga 10 Muharram

Sehari selepas serbuan di Selangor, Amirudin berkata ia mengikut SOP yang ditetapkan. Hari ini Jainj turut mengeluarkan kenyataan serupa

Kedua-dua pihak berkata kerajaan negeri berpegang terhadap larangan ke atas amalan Syiah yang telah diputuskan oleh jawatankuasa fatwa negeri masing-masing

Bagaimanapun Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor dilapor portal Free Malaysia Today sebagai berkata, penganut Syiah perlu dibenarkan mengamalkan amalan mereka asalkan secara tertutup dan tidak menyebarkannya

Dalam wawancara bersama Malaysiakini pula, Wan Salim mencadangkan agar fakta berkenaan kefahaman Syiah dimasukkan dalam sukatan pelajaran pengajian Islam untuk mengurangkan fobia terhadap aliran itu

Mujahid tidak menolak cadangan itu yang disifatkannya sebagai “berstruktur” dan “positif” agar tidak berlaku salah faham antara penganut aliran berbeza

“Tetapi isu di Selangor ini lebih kepada SOP dalam melaksanakan penguatkuasaaan

Penganut Syiah Di Malaysia Kena Serbu
Tapi dalam jangka masa panjang, saya rasa (kedua-dua) perkara itu mesti datang seiring,” katanya

Selain cadangan itu, Wan Salim turut berkata isu penganut Syiah atau mana-mana agama tidak wajar diselesaikan dengan keganasan tapi penuh professional, tetapi pada masa sama pengikut Syiah perlu menjalankan majlis secara tertutup dan persendirian untuk tidak menarik perhatian

Berhubung sokongan negara terhadap 'The Amman Message” pada 2005 yang antara lain mengiktiraf beberapa cabang Islam termasuk dua mazhab Syiah, Mujahid memberi jaminan terhadap kebebasan beragama di negara ini seperti termaktub dalam perlembagaan

“Walaubagaimanapun, dalam keadaan tertentu, pihak penguat kuasa ada SOP dia, yang mewajarkan (sesetengah) tindakan

“Antara dua perkara itu, kami menelitinya. Tetapi secara umum kita tetap kekal berpegang pada artikel 3 dan 11 (Perlembagaan Perskutuan tentang kebebasan beragama)”, katanya lagi

‘The Amman Message' ialah kempen perpaduan umat Islam inisiatif inisiatif Raja Jordan Raja Abdullah II bin Al-Hussein, melibatkan rundingan 24 ulama Islam yang memutuskan tiga perkara utama

Menurut laman sesawang rasmi 'The Amman Message' tiga isu asas itu ialah:
Para ulama secara khusus mengakui kesahihan lapan mazhab (dari Sunni, Syiah dan Ibadhi Islam); teologi islam tradisional (Ash'arisme); sufisme dan pemikiran salafi

Penganut Syiah Di Malaysia Kena Serbu
Berdasarkan takrifan itu mereka melarang perbuatan takfiri antara orang Islam; dan
Berasaskan sekolah pemikiran undang-undang yang diiktiraf, ulama menyatakan prasyarat subjektif dan objektif untuk mengeluarkan fatwa bagi mendedahkan penyebaran curang dan batil atas nama Islam. Ia disokong 200 ulama dari lebih 50 negara. - mk





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/



Iklan












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.addindeen.com/2019/09/penganut-syiah-di-malaysia-kena-serbu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syiah Tiada Hak Sebar Fahaman Di Malaysia Kata Mufti

Syiah Tiada Hak Sebar Fahaman Di Malaysia Kata Mufti

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 207 hits
Di sebalik keterbukaan mufti Pulau Pinang menyokong pengikut Syiah mengamalkan kepercayaan mereka asalkan dibuat secara tertutup 2 mufti lain bagaimanapun menyokong tindakan pihak berkuasa menyerbu dan menahan pengikut fahaman itu Mufti Per...
The More Cities The Better For Malaysia Says Academic

The More Cities The Better For Malaysia Says Academic

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 287 hits
Survival rate in cities is better says an academic who advocates more urbanisation KUALA LUMPUR An academic has called for policies to encourage the building of sustainable cities across Malaysia to bring about overall improvements in healt...
Chaos In Jakarta Syed Saddiq Trapped In Stadium After Malaysia Beats Indonesia

Chaos In Jakarta Syed Saddiq Trapped In Stadium After Malaysia Beats Indonesia

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 260 hits
The frustration of Indonesian football fans boiled over as their national team suffered a last minute defeat to Malaysia in a World Cup qualifier on Thursday night Supporters clashed with security personnel outside the Bung Karno stadium wh...
Mufti Wp Mahu Penyokong Malaysia Sambut Tetamu Dengan Akhlak Baik

Mufti Wp Mahu Penyokong Malaysia Sambut Tetamu Dengan Akhlak Baik

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 1589 hits
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri sememangnya dikenali sebagai seorang mufti yang sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak tempatan dan antarabangsa Gemar berkongsi pendapat berdasarkan pengamatan beliau bu...
Free Visa Melancong Ke Guam United States Bagi Rakyat Malaysia

Free Visa Melancong Ke Guam United States Bagi Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 355 hits
Matta Fair September 2019 kini bermula Dalam banyak banyak info yang saya dapat destinasi Guam United States of America menjadi pilihan saya Rupanya baru saya tahu bahawa Free Visa Melancong Ke Guam United States Bagi Rakyat Malaysia Bermak...
Penyokong Tak Berdisiplin Menteri Sukan Indonesia Mohon Maaf Kepada Malaysia

Penyokong Tak Berdisiplin Menteri Sukan Indonesia Mohon Maaf Kepada Malaysia

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 357 hits
Penyokong tak berdisiplin Menteri Sukan Indonesia mohon maaf kepada MalaysiaMenteri Pemuda dan Olahraga Indonesia Imam Nahrawi hari ini secara terbuka memohon maaf atas insiden buruk yang tercetus pada pertembungan Indonesia dan Malaysia di...
Dibaling Batu Suar Penyokong Malaysia Cede3ra Termasuk Patah Tangan

Dibaling Batu Suar Penyokong Malaysia Cede3ra Termasuk Patah Tangan

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 355 hits
Aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 Piala Asia 2023 di Stadium Utama Gelora Bung Karno di Jakarta antara Indonesia dan Malaysia malam ini dicemari perga duhan antara penyokong kedua dua pasukan Dibaling batu suar Penyokong Malays...
Imam Nahrawi Minta Maaf Ke Menpora Malaysia Soal Kericuhan Di Gbk

Imam Nahrawi Minta Maaf Ke Menpora Malaysia Soal Kericuhan Di Gbk

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 171 hits
Menteri Pemuda dan Olahraga Imam Nahrawi meminta maaf kepada Menpora Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas kericuhan yang terjadi dalam laga kualifikasi Piala Dunia 2022 antara Timnas Indonesia melawan Malaysia di Stadion Utama Gelora...
Menteri Olahraga Malaysia Protes Ke Fifa Karena Dilempari Suporter Indonesia

Menteri Olahraga Malaysia Protes Ke Fifa Karena Dilempari Suporter Indonesia

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 278 hits
Saddiq menyampaikan akan membuat laporan resmi pada pemerintah Indonesia Saat kejadian Saddiq tengah berada di dalam stadion untuk memberi dukungan bagi timnas Malaysia di putaran kedua Piala Dunia FIFA 2022
Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Airasia Santan Menu Baru Harga

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Puaka Cuti Semester

Apa Itu Kwsp Akaun 3

Sakit Tekak Yang Amat Sangat

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Lirik Lagu Satu Selamanya Twins